BERITA RINGKAS 8 April : Lawatan daripada Universiti of Santo Tomas, Philippines
PUTRAJAYA, 8 April------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima kunjungan delegasi daripada Universiti Of Santo Tomas, Philippines petang semalam. Delegasi seramai sembilan (9) orang pelajar dan pegawai-pegawai diketuai oleh Dr. Edwin S. Martin. Satu sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Pengerusi Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. ------MediaSPA
Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)
KUALA LUMPUR 6 Ogos------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa. ------MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 14 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 404 orang dan seramai 1,164 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2137 orang dan seramai 797 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 15 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,665 orang dan seramai 848 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Sesi Interaksi Tan Sri Mahmood Adam Bersama Peserta DPA
BUKIT KIARA, 9 April------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi dengan peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Auditorium INTAN Bukit Kiara. Hadir sama Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, YBrs. Dr. Alauddin Sidal. Seramai 434 peserta hadir dalam sesi interaksi yang pertama kali di adakan untuk peserta DPA. Dalam sesi interaksi ini YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menerangkan mengenai Transformasi yang telah dan sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Satu sesi soal jawab juga turut diadakan. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 69 orang dan seorang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh (2) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiada yang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Catatan : Pecahan pelantikan adalah seperti berikut:
Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020
Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020 oleh En. Mior Hasrul Affendi bin Mior Ahmad dari Biro Pengaduan Awam, JPM pada 21 - 22 Januari 2020 di Bilik Latihan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 8, Blok C7, Kompleks C, SPA, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Lawatan Kerja Tan Sri mahmood Adam Ke Pusat Temu Duga SPA Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 11 April------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah membuat lawatan kerja ke Pusat Temu Duga S.P.A Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur semalam. Lawatan selama 2 jam itu turut diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Abdullah Tahir dan Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. Tan Sri Mahmood Adam juga turut melapangkan masa bertanya khabar kepada calon-calon yang hadir untuk sesi temu duga, melihat ruang bilik temu duga serta bilik rehat Ahli Suruhanjaya. Di akhir lawatan, Tan Sri Mahmood Adam meletakkan plak di Pusat Temu duga Cenderasari sebagai tanda kenangan. ----- MediaSPA
BERITA RINGKAS 21 April : "Penjawat awam seharusnya jaga kesihatan" Dato' Seri Arpah
PUTRAJAYA 20 April------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak berkata, penjawat awam seharusnya menjaga kesihatan dan mempunyai fizikal yang baik dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada perkhidmatan awam. Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan yang berkonsepkan secara santai dengan tema cergas dan sihat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah mengambil langkah iaitu pembaharuan bagi beberapa jawatan yang dikenalpasti melalui proses tapisan di Assessment Centre dan mereka akan diuji tahap kecergasan fizikal melalui ujian UKJK, BMI yang akan menentukan sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya iaitu temu duga. Terdahulu, satu majlis ringkas penyampaian kit perlindungan lengkap denggi telah disampaikan oleh Dato’ Mustapha Ahmad S.Marican daripada Yayasan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan untuk diagihkan kepada warga S.P.A. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 16 Jun : Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Pengambilan SPA Johor
PUTRAJAYA, 16 Jun------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan urusan peperiksaan secara online bagi jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 Pengambilan SPA Johor, semalam. Seramai 231 atau 84.3 peratus calon hadir dalam peperiksaan termasuk calon yang berada di Arab Saudi dan Singapura. Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia turut hadir bagi melihat perjalanan peperiksaan. ------MediaSPA
Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 pada 13 Januari 2020. Majlis dihadiri YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Timbalan Pengerusi, YBhg. Datuk Zohari Said, Setiausaha SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis ini juga, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim telah melancarkan Video Korporat SPA.