Tan Sri Mahmood Adam Mempengerusikan Mesyuarat Bersama Pentadbir Pusat Temu Duga S.P.A
PUTRAJAYA, 14 Julai ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang ini mempengerusikan mesyuarat bersama pentadbir-pentadbir pusat temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R.Segarajah. Seramai 23 orang pentadbir pusat temu duga hadir. Antara perkara yang dibincangkan adalah menganai urusan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai yang hadir menjalankan sesi temu duga di pusat-pusat temu duga S.P.A. di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. ------MediaSPA
"Banyak perkara dapat diselesaikan dengan cara perbincangan" Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA, 8 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan melantik ke jawatan tetap pegawai-pegawai yang bertaraf kontrak. Ini termasuklah pegawai kontrak di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jabatan Perpaduan. “Dengan beberapa kaedah penyelesaian dan siri perjumpaan yang melibatkan S.P.A, JPA dan Kementerian Kewangan, perkara ini dapat diselesaikan dan sebahagian pegawai-pegawai kontrak dapat dilantik ke jawatan tetap”. Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata demikian semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai KEMAS di Putrajaya petang semalam. Hadir sama Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin. Menurut Tan Sri Mahmood lagi siri perbincangan dan perjumpaan yang bermula sejak Julai 2012, akan diteruskan dan beliau yakin masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan. ------MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-40 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 13 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 163 orang dan seramai 913 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 41 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 25/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 821 orang dan seramai 897 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 9 Dis ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke - 143
PUTRAJAYA 6 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-143 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA
PULAU PINANG, 4 Mac----- Pasukan Bola Sepak SPA FC telah berjaya menewaskan pasukan Pulau Pinang SDM 1 – 0 dalam perlawanan Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu kawan, Pulau Pinang petang semalam (Ahad). Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-23 oleh Mohd Shafiq Mohd Zahari. Pasukan SPA FC yang menewaskan MBJB dalam perlawanan Piala FA, minggu lepas akan bertemu dengan pasukan dari Kemboja (Preach Khan Reach FC) pada Sabtu ini jam 8.45 malam di Stadium Bola Sepak Bukit Jalil, Kuala Lumpur. -----MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 21/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 563 orang dan seramai 419 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 18 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA, 15 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) mengadakan majlis berbuka puasa yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya petang semalam. Majlis anjuran PASPA dan PUSPANITA itu turut dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam bersama isteri Puan Sri Nabihah Haji Hassan. Hadir Sama Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Pegawai tugas-tugas khas, Setiausaha Datuk Ramli Juhari warga S.P.A dan keluarga. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah Tahir. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga S.P.A yang hadir. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 11 Dis ----- Program Ria Cuti Sekolah Anak-Anak Warga SPA
PUTRAJAYA 10 Dis ----- Perpustakaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menganjurkan Program Galakan Membaca Tahun 2019 dan sempena Kempen Membaca Kebangsaan (2018 -2020) dan Dekad Membaca Kebangsaan (2021-2030). Program yang diadakan di Presint 4, Putrajaya itu dihadiri Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Ghazali Hizam. Turut hadir, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA, Datin Umi Kalshom Abdul Ghaffar. Program dimulakan dengan pertandingan mewarna dan membaca buku-buku pilihan. ----- MediaSPA
Cipta Sejarah, SPA FC bertemu Kelantan dalam Piala FA 2012
BUKIT JALIL, 10 Mac----- Pasukan Bola Sepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA FC), melakar sejarah apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam perlawanan Piala FA 2012. Dalam perlawanan malam tadi di aksi pusingan kedua, SPA FC menewaskan pasukan dari Kamboja, Preah Khan Reach FC 1– 0, di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jaringan diperoleh pada minit ke-54 oleh Mohd Zulkifli Affendi. Mengulas kemenangan, Presiden Pasukan SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo berkata, "Ini satu rekod baru bagi sebuah kelab dari Liga FAM untuk berada di tempat 8 pasukan terbaik di negara kita”. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurus, ketua pasukan, jurulatih yang bertungkus lumus untuk merangka strategi dalam perlawanan ini. Sementara itu, dalam perlawanan menentang Kelantan pada 24 Mac ini, jurulatih pasukan, Nidzam Jamil berkata "Kelantan adalah pasukan yang besar dan beliau tidak mahu pemain bermain dalam keadaan tertekan ”. Pengurus pasukan SPA FC, Aidid Molana pula berkata, pemain amatur (SPA FC) juga tiada halangan untuk memenangi permainan di peringkat yang lebih tinggi dan menewaskan pasukan yang lebih baik. -----MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 22/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 113 orang dan seramai 1,220 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. - Manakala, 17 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. - Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.