April 2015 Aktiviti 28
-
PERISTIWA BERGAMBAR 21 April : Taklimat WeChat
Peristiwa bergambar.


Accessibility Tools
PERISTIWA BERGAMBAR 21 April : Taklimat WeChat
Peristiwa bergambar.


KOTA KINABALU 21 November-----Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mengadakan majlis Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Badan-Badan Bukan Kerajaan. Persatuan-Persatuan dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Sabah. Majlis yang diadakan di INTAN Sabah itu turut dihadiri oleh YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama Setiausaha Persekutauan Sabah, YBhg. Dato' Abu Bakar Hassan. Sejurus selepas selesai majlis Interaksi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sidang media di tempat yang sama ----- MediaSPA



SPA, 18 Februari ------ Timbalan Presiden Pasukan Bola Sepak SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari berkata, semua pemain bolasepak SPA mestilah berfikir secara positif, lupakan semua masalah apabila di atas padang dan memberi tumpuan kepada permainan dengan matlamat untuk menang. Beliau berkata demikian ketika memberi amanat kepada pemain-pemain Pasukan Bola Sepak SPA FC jumaat lepas. SPA FC akan bertemu pasukan MBJB dalam perlawanan bolasepak Piala FA di Stadium Mini Petronas, Bangi jam 4.15 petang esok (Sabtu). Beliau juga mengingatkan kepada pemain-pemain supaya tidak terlibat dengan rasuah. YBhg. Datuk Ramli juga memberi penghargaan kepada pasukan SPA FC kerana dengan adanya pasukan ini secara tidak langsung mempromosikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kepada orang ramai. Beliau merujuk kepada akhbar-akhbar utama yang memaparkan jadual perlawanan antara SPA FC dengan MBJB. Sementara itu Pengurus pasukan, Encik Aidid Molana berkata, pemain-pemain mestilah memberikan komitmen dan bermain secara berpasukan. ------ MediaSPA

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 28/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, enam(6) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 314 orang dan seramai 1,218 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 32 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.




Peristiwa Bergambar.

PUTRAJAYA, 17 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad hadir ke majlis ringkas perjumpaan bersama Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir yang akan bersara wajib pada Ahad 19 November 2017. Majlis ringkas yang diadakan di Anjung Ilham semalam, turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA serta kakitangan Bahagian Pengambilan. ----- MediaSPA



Lab Perancangan Strategik S.P.A 2016 - 2020
MELAKA, 17 April ------ Suruhanjaya Perkidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan “Lab Perancangan Strategik S.P.A 2016-2020” yang diadakan di Melaka. Pelan perancangan Strategik selama tiga (3) hari yang bermula semalam turut dihadiri Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah, Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan. Hadir sama Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Antara program yang telah diatur oleh Bahagian Dasar & Perancangan ialah sesi taklimat overview pembangunan pelan strategik S.P.A yang disampaikan oleh Tuan Haji Sumali Amat serta sesi perbincangan bersama Dato’ R. Segarajah. ------ MediaSPA











KOTA KINABALU 20 November----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam malam ini telah mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidangkuasa SPA, di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu Sabah. Mesyuarat kali ke 3/2012 ini turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Hadir sama, Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. ----- MediaSPA




BANGI, 19 Februari ------ Pasukan SPA FC menang 3 – 0 setelah menewaskan pasukan MBJB dalam perlawanan piala FA 2012 yang berlangsung petang semalam di Stadium Mini Petronas, Bangi. Jaringan SPA FC di peroleh pada minit ke-4 melalui tendangan percuma oleh Mohd Zulkifli Affendi, di luar kotak penalti. Jaringan kedua dilakukan oleh Fadzly Iskandar melalui tandukan yang menewaskan penjaga gol MBJB pada minit ke-15. Pasukan MBJB terus dikecewakan dengan jaringan ketiga oleh Mohd Shafiq pada minit ke 25. Pasukan MBJB juga kehilangan 3 pemain kerana dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Sementara itu, Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari yang menyaksikan perlawanan, mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Beliau yang terus memberi semangat kepada pemain-pemain dan yakin pada perlawanan seterusnya SPA FC pasti boleh memperoleh kemenangan jika prestasi dan semangat berpasukan seperti ini dapat dikekalkan. ------ MediaSPA






Kota Kinabalu, 29 Julai ----- Majlis penyerahan surat tawaran pelantikan bagi jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 dan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 telah diadakan di Dewan Persatuan India, Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Penyerahan surat tawaran ini disampaikan oleh Tn Hj Musa bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sabah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Encik Toisin Gantor.
Seramai 126 calon Jururawat Masyarakat Gred U19 dan 56 calon Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 yang telah tamat latihan pada bulan Jun 2013.







JOHOR BAHRU, 18 November ----- Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang diadakan di Pejabat Penyelarasan Pembangunan (ICU) Negeri Johor, di Johor Bahru pada Sabtu lepas. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras. YBhg. Dato’ Zainal Abidin juga turut mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pentadbir pusat temu duga SPA, yang diadakan di pusat temu duga SPA Johor Bahru. ----- MediaSPA


KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) petang ini telah mengadakan perjumpaan bersama SPA Negeri Sabah. Delegasi dari SPA Malaysia telah diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. Satu taklimat dari SPA Negeri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Iamail Awang Besar di Pejabat SPA Negeri di Kota Kinabalu. ----- MediaSPA




SPA, 23 Februari ------ Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, mengarahkan semua Penolong Setiausaha (PSU) supaya melihat semula e-Rulling dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. ”Semua PSU-PSU hendaklah melihat semula e-Rulling atau apa-apa peraturan yang difikirkan perlu diubah dan kemukakan cadangan jika difikirkan perlu dibuat penambahbaikan”. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan di Dewan Temu Duga SPA di aras 6, semalam. Turut hadir, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pegawai-pegawai bawahan turut melibatkan diri dalam menyumbang idea-idea supaya matlamat organisasi tercapai. Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Bowling Tertutup SPA 2011. ------ MediaSPA





SPA, 31 Julai ------- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan jersi rasmi S.P.A kepada pemain Badminton Kebangsaan, Mohd. Zakri Latif yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos depan. Mohd Zakri akan menyarung jersi yang tertera nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dan menjadi pakaian rasmi beliau sepanjang kejohanan tersebut. Dalam majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi sebentar tadi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd. Zakri dan menasihati beliau agar menjaga displin dan nama baik negara. Mohd. Zakri akan ke Guangzhou pada Jumaat ini dan akan ditemani jurulatih Razif Sidek. ------ MediaSPA.

KUALA LUMPUR, 6 Jun ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, apabila seseorang itu dilantik sebagai kakitangan kerajaan mestilah patuh kepada peraturan-peraturan dan terikat kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian dihadapan 97 orang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang baru menerima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Katanya lagi, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik juga adalah menjadi tulang belakang kepada kerajaan. Turut hadir dimajlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Pengarah INTAN Dato’ Dr . Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis yang diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara, berakhir sebentar tadi. ------ MediaSPA





PUTRAJAYA, 20 November ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2017, yang diadakan di Putrajaya. Sambutan yang bertemakan “Integriti dan Inovasi Merealisasi Transformasi” turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan turut disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Dato’ Abdul Samat Kasah. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah, beliau berkata, majlis ini adalah sebagai menzahirkan bahawa warga SPA sangat komited memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan. Katanya lagi, dalam konteks SPA sebagai jabatan yang terlibat dalam melantik penjawat awam, kita harus memastikan konsep integriti ini sentiasa dipegang dan dengan adanya lafaz Ikrar ini menunjukkan komitmen kita bagi memperkukuhkan interiti dilaksanakan secara berterusan. ----- MediaSPA




PERISTIWA BERGAMBAR 22 April : Mesyuarat PLP
Peristiwa bergambar.

KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan sesi Retreat Suruhanjaya. Sesi Retreat Bil 3/2012 yang bermula malam tadi hingga Rabu ini dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada malam tadi, SPA telah mengadakan mesyuarat mingguan Suruhanjaya Bil 38/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA









PAHANG, 29 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Kursus Compentency Based Interview Technique (CBI), anjuran ASPA di Awana Genting Golf and Country Resort. Kursus 3 hari yang bermula Isnin lepas, telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Mengulas mengenai kursus CBI yang berakhir hari ini, Dato’ Lamien Sawiyo berkata ”Kursus CBI ini merupakan satu usaha SPA untuk meningkatkan tahap profesionalisma Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA yang terlibat dengan urusan temu duga supaya urusan temu duga yang kita jalankan ini, lebih mantap dan lebih berkesan untuk mencari calon-calon yang terbaik memasuki perkhidmatan awam”. Mengulas mengenai temu duga yang dijalankan oleh SPA sebelum ini beliau berkata, ” di masa-masa yang lepas mungkin kita tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas, jadi ini mungkin berbeza diantara seseorang penemu duga dengan seseorang yang lain, tapi melalui kaedah yang sama ini (CBI), kita boleh mengurangkan perbezaan yang luas diantara satu penemu duga dengan penemu duga, dan dengan ini kita akan dapat satu calon yang unggul untuk menganggotai perkhidmatan awam”. Terdahulu dari itu YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, yang menjalankan fungsi Pengerusi SPA, telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dari Omni View Consultancy (M) Sdn. Bhd kepada peserta yang hadir. ------ MediaSPA



