"Kakitangan S.P.A Kena Lebih Peka" Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA. 23 April ------ Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan supaya semua warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam lebih peka dan mengambil tahu perkembangan, pembaharuan yang telah dilakukan oleh S.P.A. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat “ Integriti Dalam Perkhidmatan Awam” di Putrajaya, semalam. Tegasnya lagi beliau tidak mahu orang lain mempersoalkan ketelusan dan integriti S.P.A. “ Saya mahu warga S.P.A terutama yang akan terlibat dalam kenaikan pangkat atau yang akan ditemu duga wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh ASPA”. Menurutnya lagi beliau tidak mahu kakitangan berasa selesa apabila berada dalam perkhidmatan awam, dan tidak mahu menambah ilmu. Sementara itu ASPA akan mengaturkan supaya semua pegawai di setiap Bahagian hadir dan sesi taklimat akan disampaikan oleh Pengerusi S.P.A sendiri. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-38 pada kali ini telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 14 Kertas Rayuan Tatatertib dan lima (5) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 80 orang dan seramai 811 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 52 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai 2 orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, 15 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 135 orang dan seramai 829 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 45 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Perjanjian Persefahaman Antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn Bhd
SPA 17 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Perjanjian Memorandum Persefahaman bersama Agensi Pekerjaan Kayelle Sdn.Bhd. Perjanjian yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menganjurkan dan mengadakan kursus persediaan bagi calon-calon yang bakal menghadapi Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu duga yang dijalankan oleh SPA. Kerjasama di antara SPA dan Agensi Pekerjaan Kayelle ini juga adalah untuk menarik minat kaum Cina berkhidmat dalam sektor awam. Hadir di majlis ini, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad. ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 490 orang dan seramai 672 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
S.P.A, 8 Mei ------ Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu, YBhg. Dato' Ismail Ahmad hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Ketibaan beliau bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan seterusnya mengadakan perbincangan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ bermula pada 25 Mac 2013, menggantikan YBhg. Datuk Seri Solah Mat Hassan.------ MediaSPA
Lawatan Daripada Ministry Of Finance Kyrgyz Republic
PUTRAJAYA, 24 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima kunjungan rombongan dari Kyrgyz Republic. Delegasi diketuai oleh Ministry Of Finance Kyrgyz, Madam Zuura Baiamanova serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan rombongan disambut oleh Tan Sri Mahmood Adam dan sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan beliau. ------ MediaSPA
NEGERI SEMBILAN, 19 Januari------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Seminar Perancangan Strategik SPA 2011-2015 di Nilai Spring Resort Hotel, Negeri Sembilan. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menentukan hala tuju dan perancangan jangka panjang SPA 2011-2015, membuat penambahbaikan terhadap sistem kerja sedia ada dan merancang strategi-strategi baru yang lebih dinamik. Seminar selama tiga (3) hari bermula 16 Januari 2011 lalu dan berakhir semalam telah dihadiri oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ----MediaSPA
PUTRAJAYA, 4 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima seorang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Dato' Amiruddin Alias. Upacara mengangkat sumpah semalam telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Y.A. Tuan Haji Kamardin Hashim di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut mengiringi, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Dato' Amiruddin Alias telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,531 orang dan seramai 1,123 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.