Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2016 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 20 Jan ----- Peperiksaan online untuk memasuki jawatan PTD Gred M41 berjalan lancar

PUTRAJAYA 19 Jan -----Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menjalankan peperiksaan online untuk memasuki jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 yang diadakan malam tadi. Peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam itu telah beroperasi dari Wisma CommerceDotCom di Petaling Jaya, Selangor. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir bagi menyaksikan perjalanan peperiksaan. Peperiksaan yang berakhir jam 9.40 malam turut dihadiri calon-calon yang berada di 42 buah negara, antaranya Australia, Brunei, China, Egypt, France, Indonesia, Japan, Korea Selatan, Saudi Arabia, Singapura, Thailand dan United Kingdom. Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai-pegawai S.P.A yang bekerjasama sehingga peperiksaan ini berjalan dengan lancar. Keputusan peperiksaan dijangka akan diumumkan selepas Mesyuarat Suruhanjaya pada minggu hadapan di portal S.P.A www.spa.gov.my. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 3/2018 pada 22 Januari 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 21

  • Lawatan Kerja Menteri Di JPM Ke S.P.A  
       
    PUTRAJAYA, 27 Jun ------ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A). Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Beliau yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bertanggung jawab dalam portfolio berkaitan dengan S.P.A pada bulan lepas telah diberi taklimat ringkas oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir beberapa orang Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------  MediaSPA
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 29

  • Menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014, Pemain-Pemain S.P.A Dapat Insentif RM400 hingga RM1000 Seorang

    Kuala Lumpur, 20 JUN ------ Pemain-pemain badminton S.P.A menerima insentif berupa wang tunai RM400 hingga RM1000 setiap seorang kerana menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2014 setelah menewaskan pasukan dari KWSP dalam perlawanan akhir pada minggu lepas. Satu majlis ringkas penyampaian sijil serta insentif telah disampaikan oleh Penaung Kelab Badminton S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain serta jurulatih kerana dapat mengekalkan kejohanan badminton MAKSWIP selama dua tahun berturut-turut. Hadir sama Timbalan Presiden Kelab Badminton S.P.A, Zainal Abidin Ahmad dan Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 12

  • BERITA RINGKAS 21 Jan ----- Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri Di JPM Datuk Joseph Entulu Belaun

PUTRAJAYA 21 Jan -----Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) dan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini telah hadir di majlis Amanat Tahun Baru 2016 bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun di Putrajaya. Turut hadir Pengerusi SPP Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah MAMPU dan pegawai-pegawai kanan. Di majlis itu juga MAMPU telah melancarkan buku bertajuk “Nilai Unggul Perkhidmatan Awam”, Teks ucapan Menteri telah disampaikan oleh Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mei 2015 Aktiviti 10

  • Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 Terbaik Pernah Dianjurkan S.P.A

    PUTRAJAYA, 14 Mei ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam berkata Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 yang berakhir semalam merupakan persidangan terbaik dan berjaya pernah dianjurkan oleh SPA. Beliau berkata demikian di majlis penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang bertugas disepanjang persidangan berlangsung. Beliau turut mengucapkan tahniah dan berasa bangga dengan sikap kerjasama pegawai-pegawai bertugas yang diketuai oleh Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-18 adalah anjuran bersama S.P.A dan SPP bermula 11 hingga 13 Mei 2015 di Putrajaya.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Februari 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 6 Februari ----- Forum Aspirasi Negaraku

PUTRAJAYA, 5 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan sesi Pemukiman Pemantapan Kepimpinan dalam melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan seiring dengan hala tuju negara, yang diadakan di dewan temu duga SPA, semalam. Forum yang diadakan selama dua jam itu turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Panel bagi forum adalah pegawai daripada Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 17

  • Lawatan Dari Republic of Kazakhstan  
       
    SPA, 17 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Republic of Kazakhstan. Delegasi seramai enam (6) orang telah diketuai oleh Mr. Serik Sainov dan satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Pengerusi. Antara taklimat yang disampaikan ialah berkenaan dengan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

Jun 2013 Aktiviti 22

  • Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A  
       
    S.P.A, 29 Jun ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah merasmikan Makmal Kajian Penggunaan Media Sosial Bagi Menangani Masalah Persepsi Terhadap S.P.A. Majlis yang diadakan bertempat di Dewan temu duga S.P.A telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Khas yang dilantik oleh S.P.A iaitu NGO Melayu, Cina, India dan Dayak. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu dari itu, kumpulan-kumpulan NGO telah mengadakan aktiviti perbincangan mengikut kumpulan. Tujuan makmal ini diadakan adalah untuk menangani persepsi negatif terhadap S.P.A. dan meningkatkan mutu perkhidmatan S.P.A. Taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Sasongko dari Media Intelligence dan Tun Mahereza dari TMX. ------  MediaSPA
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 30

  • Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke atas Presiden SDNU

    KUCHING, 23 JUN ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi yang juga Presiden Sarawak Dayak National Union (SDNU). Kunjungan hormat selama 25 minit itu telah diadakan di pejabat Presiden SDNU di Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Tan Sri Mahmood Adam seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching. Satu taklimat mengenai JKDM telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Abdul Karim Wahab. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 27 Jan ----- S.P.A tandatangani perjanjian Peperiksaan Online dengan NET2ONE Sdn Bhd

PUTRAJAYA 27 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menandatangani perjanjian peperiksaan online dengan Syarikat NET2ONE Sdn.Bhd. di Putrajaya pagi tadi. Hadir menyaksikan perjanjian antara S.P.A dengan NET2ONE Sdn.Bhd, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Pengerusi Altel Datuk Hilmi Mohd Nor. Dokumen perjanjian telah ditandatangani Dato’ Zainal Abidin Ahmad bagi pihak S.P.A dan Nik Abdul Aziz Nik Yaacob bagi pihak NET2ONE. Syarikat NET2ONE Sdn. Bhd. telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar semasa peperiksaan Online yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 18

  • Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam 
       
    SPA, 17 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa beliau berbangga kerana Bahagian Pengambilan S.P.A telah berjaya mencapai Key Perfomance Index (KPI) bahagian seperti yang dikehendaki. Beliau berkata demikian semasa kunjungan ke bahagian itu hari ini. Tambah beliau lagi apabila sesuatu bahagian berjaya mencapai KPI yang disasarkan maka kakitangannya sudah pasti memperoleh markah penilaian 85% ke atas termasuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata S.P.A akan mengadakan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan GLC dalam masa terdekat agar penggunaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah dilancarkan semalam dapat digunakan oleh agensi-agensi tersebut ------ MediaSPA
 

Continue reading

Jun 2013

Continue reading

Jun 2014 Aktiviti 31

  • Pengerusi S.P.A Mempengerusikan Mesyuarat Bersama NGO Dayak

    KUCHING, 23 JUN ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam petang tadi telah mengadakan Mesyuarat bersama NGO Dayak. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Riverside, Kuching turut di hadiri Timbalan Pengerusi S.P.A Dato’ R. Segarajah. Hadir sama Setiausaha S.P.A, Datuk Ramli Juhari. Antara lain agenda Mesyuarat adalah berkenaan statistik pendaftaran dan pelantikan calon anak Negeri Sarawak mengikut kaum bagi tahun 2014. Terdahulu dari itu Pengerusi S.P.A dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah bertemu keluarga Ahli Suruhanjaya yang telah meninggal dunia iaitu mendiang Isaka Anak Kana di Kuching Sarawak. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Januari 2016 Aktiviti 14

  • BERITA RINGKAS 27 Jan ----- "S.P.A rancang program-program yang strategik" ----- Dato' Seri Arpah Abdul Razak

PUTRAJAYA 27 Jan ----- Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini menyeru kepada warga S.P.A agar membuat perancangan yang rapi dengan menjalankan program-program strategik dan mendatangkan faedah . Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) di Putrajaya sebentar tadi. Menurut beliau lagi peraturan-peraturan kewangan hendaklah dipatuhi mengikut SOP yang telah ditetapkan. “Dalam keadaan semasa, kita perlu dan hendaklah pandai merancang bagi memastikan pengunaannya secara optimum dengan bajet yang diperuntukkan kepada S.P.A” katanya. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!