Accessibility Tools

Skip to main content

September 2012 Aktiviti 2

  • Perasmian Pusat Temu Duga SPA Di Miri  

MIRI 4 September------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah merasmikan Pusat Temu Duga SPA di Miri pada 4 September 2012. Perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi SPA berkata, pembukaan pusat temu duga ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha SPA untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada calon-calon terutama daripada kalangan anak-anak Negeri Sarawak selari dengan hasrat kerajaan ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Bin Sawiyo, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan SPA serta wakil-wakil jabatan. Sejurus perasmian, satu sesi Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 1

  • Hari Kerjaya Di UTAR  
       
    KAMPAR, Perak, 6 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Hari Kerjaya yang diadakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Hari Kerjaya yang diadakan ini adalah khusus untuk memberi pendedahan kepada graduan UTAR mengenai S.P.A dan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam. Seramai 760 orang pelajar hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Cik Neo Su Bing. Satu sesi “Mock Interview” turut diadakan dan dipengerusikan oleh Ahli Suruhanjaya iaitu Encik Boon Jon Lin dan juga Pegawai Tugas-tugas Khas iaitu YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan Puan Thoong Lay Chooi. Terdahulu dari itu Presiden UTAR, YBhg. Ir Prof Dato’ Dr. Chuah Hean Teik menyampaikan ucapan alu-aluan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada S.P.A kerana sudi mengadakan hari kerjaya untuk para pelajarnya. ------ MediaSPA
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2021 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Ke-147

PUTRAJAYA 12 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-147 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan perkhidmatan dan isu-isu dasar berkaitan skim perkhidmatan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ---- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 01 Mac ----- Perhimpunan Bulanan SPA

PUTRAJAYA, 27 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perhimpunan bulanan yang diadakan pada Selasa. Majlis turut dihadiri Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) , Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei serta warga SPA. Tan Sri Arpah turut menyampaikan kit kepada kakitangan baharu dan majlis diakhiri dengan senaman serta Brisk Walk. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Disember 2013

Continue reading

Mac 2021 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2021

Putrajaya 22 Mac 2021- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8-2021 telah diadakan pada 22 Mac 2021 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Blok F1, Kompleks F. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman dan dihadiri Ahli Suruhanjaya, Pengurusan Tertinggi serta semua Setiausaha Bahagian SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 8/2018 pada 5 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2021 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1-2021

Putrajaya 23 Mac 2021- Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 1-2021 telah diadakan buat pertama kalinya secara bersemuka pada 23 Mac 2021 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Blok F1, Kompleks F. Mesyuarat Ini dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman dan dihadiri Ahli Suruhanjaya, Pengurusan Tertinggi dan semua Setiausaha Bahagian Di SPA.

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2012 Aktiviti 1

  • Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih 

PUTRAJAYA 2 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Majlis Setulus Ingatan Sejambak Kasih dan Sambutan Aidilfitri yang diadakan di Parm Garden IOI Resort, Putrajaya. SPA turut meraikan dua orang warga SPA yang telah bersara iaitu Puan Yang Jameah Youb Ahmad dan Puan Rafiah Ismail. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato’ Segarajah Ratnalingam, dan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah hadir ke majlis tersebut. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia serta warga SPA. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan penyampaian Sijil Persaraan serta hadiah iringan. SPA juga telah memberi penghargaan kepada atlet-atlet sukan yang telah mengharumkan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perdana Menteri antaranya Rowing, Bowling dan Bola Sepak yang telah menjadi juara Liga FAM pada tahun ini. Di akhir majlis YBhg. Tan Sri Mahmood telah memotong pulut kuning sebagai acara simbolik atas kejayaan SPA dalam pelbagai bidang tugas rasmi dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here