PERISTIWA BERGAMBAR 9 Julai : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
PUTRAJAYA, 10 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia telah diadakan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman pagi tadi. ------MediaSPA
S.P.A, 5 Mac------ Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah merasmikan Bengkel Penyediaan Bajet 2014 anjuran ASPA di Aras 10, Anjung Ilham. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha,(Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai yang mewakili setiap bahagian di S.P.A. Bengkel selama dua (2) hari ini mengandungi 4 modul iaitu Taklimat Dasar-Dasar Bajet 2014 & 2015, Penyediaan Bajet, Semakan Semula Kerangka Prestasi dan Semakan Semula Outcome Aktiviti di bawah Sistem MyResult. Taklimat bengkel disampaikan oleh Encik Afizal Kasa dari Kementerian Kewangan Malaysia. ------ MediaSPA
Majlis Jamuan Makan Malam Anjuran Kerajaan Negeri Kedah
LANGKAWI, 19 Mei ------ Kerajaan negeri Kedah hari ini telah menganjurkan majlis jamuan makan malam sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-17. Majlis yang diadakan di Resort World Hotel turut dihadiri Tan Sri Mahmood Adam, serta peserta persidangan. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Dato’ Haji Kharudin Zain. ------MediaSPA
Program Senam Seni Di S.P.A Terus Mendapat Sambutan
S.P.A, 5 Mac------ Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini turut serta bersama Warga S.P.A dalam Program Senam Seni. Program yang diadakan setiap minggu pada hari Rabu itu terus mendapat sambutan dari kalangan warga S.P.A. Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Encik Kamarudzaman Hassan dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd Shaiful Ibrahim. Program Senam Seni yang bermula sejak tahun 2010 itu telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Acara yang bermula selepas waktu pejabat itu telah diadakan selama sejam bermula pada jam 5.30 petang di Dewan Temu Duga S.P.A, Aras 6. ------ MediaSPA
LANGKAWI, 20 Mei ------ Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke -17 , telah masuk hari ke -2. Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentang pada hari ini. Antara pembentang kertas kerja ialah Sesi Khas Bersama Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Pada hari pertama semalam, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah membentangkan kertas kerja bertajuk “ Keberhasilan Transformasi SPA”. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 29 Jun : myRecruitment disenarai untuk Anugerah AIICT 2016
PUTRAJAYA, 29 Jun------ Projek myRecruitment telah disenarai pendek oleh panel pemilih untuk Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016. Sesi lawatan tapak oleh panel penilai yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, Dr. Suhazaimah Dzazali hadir bersama pasukan seramai 11 orang pegawai ke S.P.A, semalam . Satu sesi taklimat mengenai projek myRecruitment telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 26/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,870 orang dan seramai 1,046 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tujuh orang (7) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan belas (19) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
PUTRAJAYA 12 Ogos ----- Kunjungan hormat dari YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air ke Pejabat Pengerusi SPA, Aras 13, Blok F1, Kompleks F, W.P Putrajaya
BERITA RINGKAS 28 Mei ----- Program Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa SPAVOL 2018
TANJUNG MALIM 25 Mei ----- Sukarelawan SPA Volunteer telah mengadakan Program Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa SPAVOL 2018 yang diadakan di Masjid Jamek Tanjung Malim Perak. Program (SPAVOL) yang dijalankan bersama Pensyarah dan Mahasiswa UPSI serta jawatankuasa Masjid telah mengagihkan sebanyak 1,800 bungkus bubur lambuk kepada Jemaah dan penduduk sekitar. Majlis berbuka puasa, solat maghrib dan tahlil turut diadakan bersama penduduk di perkampungan Orang Asli Pos Chinggung, Behrang Ulu serta sesi penyampaian sumbangan SPAVOL kepada penduduk miskin. ----- MediaSPA
MELAKA, 8 Mac------ Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Status Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mesyuarat yang diadakan di Hotel Hatten Melaka turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Sementara itu pada petang semalam, Setiausaha S.P.A turut mempengerusikan Mesyuarat Key Perfomance Indicator (KPI) yang diadakan di Pusat Temu Duga S.P.A Melaka. ------ MediaSPA
LANGKAWI, 21 Mei ------ Peserta Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-17 hari ini telah membuat lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Delegasi seramai 150 peserta diketuai oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam. Turut bersama dalam lawatan, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Pengerusi-Pengerusi SPA negeri-negeri. Terdahulu dari itu rombongan telah dibawa melawat ke Gelaria Perdana yang menempatkan barang-barang cenderamata dari pemimpin dunia yang diterima semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 29 Jun : Tan Sri Arpah mesyuarat bersama JKR
PUTRAJAYA, 29 Jun------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR). Mesyuarat bermula 9.00 pagi tadi turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir. Dr Roslan Md. Taha. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 23 Julai : Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusi S.P.A Yang Baharu
PUTRAJAYA, 23 Julai ------ Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) yang baharu bermula hari ini setelah majlis angkat sumpah jawatan dan setia di hadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Dato’ Seri Abdull Hamid Embong di Istana Kehakiman pagi tadi. Turut mengiringi ke majlis angkat sumpah, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Seterusnya Dato’ Seri Arpah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Negara, YAA Tun Arifin Zakaria. ------MediaSPA
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengubah format penyataan keputusan dan penganugerahan gred bagi peperiksaan STPM kepada penyataan baru yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP). Format yang baru ini adalah selaras dengan sistem penyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Format penyataan keputusan peperiksaan STPM yang baru ini telah melaporkan pencapaian calon dalam 11 gred berbanding dengan 7 gred yang sedia ada. Perbandingan penyataan bagi gred kertas dan gred mata pelajaran STPM yang sedia ada dan yang baru adalah seperti yang berikut :
Paper Grades
Subject Grades
Paper Grades
Subject Grades
NGMP
1
A
A
A
4.00
2
A
A-
A-
3.67
3
B
B+
B+
3.33
4
C
B
B
3.00
5
D
B-
B-
2.67
D
C+
C+
2.33
6
E
C
C
2.00
7
R
C-
C-
1.67
8
R
D+
D+
1.63
R
D
D
1.00
9
F
F
F
0.00
Bagi gred mata pelajaran,
gred C hingga gred A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00 dikira sebagai gred lulus penuh;
gred D hingga gred C- yang diberi nilai 1.00 hingga 1.67 sebagai gred lulus dan
gred F yang diberi nilai 0.00 sebagai gagal.
Nilai gred mata pelajaran adalah berasaskan kepada peratus wajaran dan markah bagi setiap kertas bagi mata pelajaran berkenaan. Penyataan keputusan peperiksaan STPM menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) ini akan dimulai dengan peperiksaan tahun 2003.