Mei 2018 Aktiviti 3
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16 Tahun 2018
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 16/2018 pada 21 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.



Accessibility Tools
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 16/2018 pada 21 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 16 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 602 orang dan seramai 772 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.



LANGKAWI, 22 Mei ------ Pasukan badminton S.P.A menang 4-1 dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan badminton dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Langkawi petang semalam turut disaksikan oleh Tan Sri Mahmood Adam dan pegawai-pegawai dari LADA. Perlawanan persahabatan diadakan adalah bersempena dengan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-17 di Langkawi. ------ MediaSPA

















BERITA RINGKAS 24 Julai : Pengerusi S.P.A Hadir ke Taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
PUTRAJAYA, 24 Julai ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini hadir ke taklimat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Ahli-Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu Datuk Abd Shukor Ibrahim dan Dato’ Norzam Mohd Nor. ------ MediaSPA



Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:
Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:
| PERINGKAT | TAKRIF |
|---|---|
| Mumtaz | Cemerlang |
| Jayyid Jiddan | Sangat Baik |
| Jayyid | Baik |
| Maqbul | Lulus |
| Rasib | Gagal |
Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:
| bidang | MATA PELAJARAN |
|---|---|
|
Bahasa Arab |
1. Nahu dan Sarf 2. Insya' dan Mutala'ah 3. Adab dan Nusus 4. 'Arudh dan Qafiyah 5. Balaghah |
| Syariah | 6. Fiqh 7. Hadith dan Mustolah |
| Usuluddin | 8. Hifz Al-Quran dan Tajwid 9. Tauhid dan Mantiq 10. Tafsir dan Ulumuhu |
Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.
S.P.A, 16 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah menerima seorang Ahli Suruhanjaya yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Mhd. Najri Abd Hamid. Upacara mengangkat sumpah semalam telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman, Putrajaya dengan diiringi Setiausaha S.P.A. YBhg. Datuk Ramli Juhari. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Dato’ Mhd Najri telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi. ------ MediaSPA



LANGKAWI, 22 Mei ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) malam tadi telah mengadakan majlis jamuan makan malam sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke -17 di Langkawi. Majlis yang diadakan di Resort World hotel dihadiri Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan peserta persidangan. Pada pagi ini sesi menimbang dan meluluskan rumusan Persidangan ke- 17 dan upacara penutup persidangan akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. ------ MediaSPA







SPA, 1 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan majlis khatam Al Quran 1437H/2016M. Majlis anjuran bersama PASPA dan PUSPANITA turut dihadiri Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan Datin Nik Asmak Nik Mahmood. Hadir Sama Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Seramai 51 orang peserta telah memeriahkan tadarus yang bermula sejak awal bulan Ramadan. ------ MediaSPA




BERITA RINGKAS 27 Julai : Dato' Seri Arpah Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Yang Pertama
PUTRAJAYA, 27 Julai ------ Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya yang pertama setelah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Khamis lepas. Mesyuarat bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA


Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.
Berikut merupakan senarai matrikulasi di bawah KPM:
| BIL. | NAMA KOLEJ | BIL. | NAMA KOLEJ |
|---|---|---|---|
| 1. | Kolej Matrikulasi Melaka Kementerian Pendidikan Malaysia, 78300 Masjid Tanah, Melaka. |
10. | Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. |
| 2. | Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
11. | Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Jengka, Pahang |
| 3. | Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Kementerian Pendidikan Malaysia, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. |
12. | Kolej Matrikulasi Teknikal Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5, Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. |
| 4. | Kolej Matrikulasi Perlis Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau, Perlis. |
13. | Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pendidikan Malaysia, Kathong Mukim Jugra, 42700 Banting, Selangor. |
| 5. | Kolej Matrikulasi Labuan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81735, 87027 Wilayah Persekutuan Labuan. |
14. | Kolej Matrikulasi Kelantan Kementerian Pendidikan Malaysia, Beg Berkunci No. 3, 16810 Selising, Kelantan. |
| 6. | Kolej Matrikulasi Johor Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. |
15. | Kolej Matrikulasi Sarawak Kementerian Pendidikan Malaysia, Lot 216, Fasa II, Taman Perindustrian Sejingkat, Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak. |
| 7. | Kolej Matrikulasi Perak Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng, Perak. |
16. | Kolej MARA Kulim Jalan Junjong, 09000 Kulim, Kedah. |
| 8. | Kolej Matrikulasi Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia, 06010 Changlun, Kedah. |
17. | Kolej MARA Kuala Nerang Lot 556, Daerah Padang Terap, 06300 Kuala Nerang, Kedah. |
| 9. | Kolej Matrikulasi Pahang Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang, Pahang. |
Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.
Sistem Gred dan Mata Nilaian
Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred. Setiap gred akan diberi mata nilaian. Semua mata pelajaran pengkhususan (kecuali bahasa inggeris) akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Pengiraan:
Mata = Jam Kredit M/P x Mata Nilaian
PNGS = Jumlah Mata / Jam Kredit Semester Berkenaan
PNGK = Jumlah Mata Keseluruhan / Jumlah Jam Kredit Keseluruhan
Sistem Gred Keseluruhan
| GRED | MATA NILAIAN | TARAF |
|---|---|---|
| A | 4.00 |
Cemerlang |
| A- | 3.67 | |
| B+ | 3.33 | |
| B | 3.00 |
Kepujian |
| B- | 2.67 | |
| C+ | 2.33 |
Lulus |
| C | 2.00 | |
| C- | 1.67 |
Gagal |
| D+ | 1.33 | |
| D | 1.00 | |
| F | 0.00 |
Sistem Gred berdasarkan Subjek
| GRED | TARAF |
|---|---|
| A | Cemerlang |
| B | Kepujian |
| C | Lulus |
| D | |
| E | Gagal |
Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 17/2018 pada 28 Mei 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib, 19 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 585 orang dan seramai 804 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 42 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.



LANGKAWI, 22 Mei ------ Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah menyempurnakan penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke -17 di Resort World, Langkawi. Majlis turut dihadiri Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-Pengerusi SPA Negeri-Negeri. Persidangan yang bermula isnin lepas telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. ------ MediaSPA




PUTRAJAYA, 18 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016/1437H di Putrajaya semalam. Majlis dihadiri Pengerusi Tan Sri Arpah Abdul Razak, Ahli Ahli Suruhanjaya dan warga S.P.A. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga turut mengadakan majlis sempena tamat perkhidmatan Ahli-Ahli Suruhanjaya iaitu Mohd. Zanudin Ahmad Rasidi dan Dato’ Amiruddin Alias. ------ MediaSPA




BERITA RINGKAS 28 Julai : Penjawat awam elak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu --- Pengerusi S.P.A
PUTRAJAYA, 28 Julai ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru kepada warga S.P.A supaya mengelak daripada terjebak dalam penyebaran berita palsu yang diperolehi dari sosial media yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang tadi. Yang turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Menurutnya lagi, sebagai penjawat awam mestilah dapat menilai dengan baik sama ada berita yang diperolehi itu memberi manfaat atau sebaliknya. Dalam ucapan di perhimpunan yang pertama dihadiri bersama-sama warga S.P.A itu beliau turut menasihatkan warga S.P.A supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. ------ MediaSPA




Sistem Penilaian
PNG (GPA)
PNG ialah Purata Nilai Gred ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Grade Point Average (GPA). PNG merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.
Formula pengiraan:
PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit)
Jumlah Kredit
PNGK (CGPA)
PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNGK merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir. Pelajar boleh membaiki PNGK dengan meningkatkan gred PNG pada setiap semester.
Formula Pengiraan:
PNGK = Jumlah nilai gred keseluruhan semester
Jumlah kredit untuk semua kod kursus
Adalah dimaklumkan bahawa kaedah penilaian PNGK bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti. Sehubungan itu, bagi mendapatkan kaedah penilaian yang digunapakai oleh universiti tersebut maka dicadangkan untuk melayari laman sesawang universiti berkenaan bagi semakan lanjut.
Senarai Direktori Universiti Awam:
PUTRAJAYA, 28 Mei ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah melancarkan sambutan hari pekerja peringkat SPA 2018 pada Isnin lepas. Majlis yang bertemakan “Kesejahteraan Pekerja Meningkatkan Produktiviti” itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis itu juga YBhg. Tan Sri Arpah turut menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu yang bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. ----- MediaSPA




S.P.A, 20 Mac ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam telah menerima delegasi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura yang diketuai oleh Pengerusinya, Mr Eddie Teo. Lawatan kerja sehari yang disertai oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya Negara berkenaan adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di S.P.A Malaysia. Terdahulu dari itu kunjungan hormat kepada Pengerusi S.P.A., YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Satu taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi S.P.A telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, di bilik mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, YBhg Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA


