TANJUNG SEPAT, 25 Mei ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan sesi interaksi dan dialog bersama persatuan-persatuan dan masyarakat setempat di Tanjung Sepat, Selangor. Sesi interaksi yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) petang semalam turut di hadiri Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat kerjaya turut disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu Tan Sri Mahmood Adam merasmikan penutup Kursus Pengenalan RELA bagi Daerah Kuala Langat. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 29 Julai : Peperiksaan Online Jurufotografi Gred B27,Pereka Gred B17 dan Pereka Gred B41
PUTRAJAYA, 29 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menjalankan peperiksaan online bagi tiga (3) jawatan iaitu Pereka Gred B17, Jurufotografi Gred B27 dan Pereka Gred B41. Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir ke bilik operasi peperiksaan di Putrajaya dan menyaksikan perjalanan peperiksaan yang bermula jam 10.00 pagi tadi. Turut hadir Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan panel penilai Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (TMK) MAMPU, Dr. Suhazimah Dzazali. Terdahulu sesi taklimat peperiksaan online S.P.A kepada delegasi Panel (AIICT) 2015 telah disampaikan oleh Puan Lim Mooi Eia. ------MediaSPA
Sistem penilaian berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dilaksanakan bagi mewujudkan satu mekanisma untuk menilai pengetahuan siswazah universiti di Malaysia.
PNG (GPA)
PNG ialah Purata Nilai Gred ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Grade Point Average (GPA). PNG merupakan markah dan gred pelajar untuk setiap semester. Ianya dikira bermula dari markah bagi setiap subjek yang diambil untuk sesuatu semester. Markah dari setiap subjek ini akan didarab dan dibahagi dengan jumlah kredit yang diambil.
Formula pengiraan: PNG = Jumlah Nilai Gred (Nilai Gred x Kredit) Jumlah Kredit
PNGK (CGPA)
PNGK ialah Purata Nilai Gred Kumulatif atau terkumpul ataupun dalam Bahasa inggeris bermaksud Cumulative Grade Point Average (CGPA). PNGK merupakan markah keseluruhan bagi semua semester yang telah diambil. Jumlah pointer dari semester satu dan akan di campurkan dengan semua semester sehingga semester akhir. Pelajar boleh membaiki PNGK dengan meningkatkan gred PNG pada setiap semester.
Formula Pengiraan: PNGK = Jumlah nilai gred keseluruhan semester Jumlah kredit untuk semua kod kursus
Adalah dimaklumkan bahawa kaedah penilaian PNGK bagi setiap universiti di Malaysia adalah berbeza-beza bergantung kepada ketetapan universiti. Sehubungan itu, bagi mendapatkan kaedah penilaian yang digunapakai oleh universiti tersebut maka dicadangkan untuk melayari laman sesawang universiti berkenaan bagi semakan lanjut.
"Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan PTD Pada 13 April 2013" ----- Tan Sri Mahmood Adam
SEMBRONG, KLUANG, 20 Mac ------ Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) akan mengadakan Peperiksaan Memasuki Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) pada 13 April 2013 . Beliau berkata demikian dalam Sidang Media yang diadakan selepas mengadakan Sesi Interaksi Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan Bagi Daerah Kluang yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Sembrong Kluang Johor. Turut hadir, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan. Sesi interaksi ini adalah merupakan yang ke-15 diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam juga turut diadakan yang disertai oleh 15 Kementerian/Jabatan dari daerah Kluang. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga telah melawat booth dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Satu sesi taklimat kerjaya juga turut diadakan yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 30 Julai : Kunjungan Hormat Dato' Seri Arpah Abdul Razak Ke Atas Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
PUTRAJAYA, 30 Julai ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak pagi ini membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di pejabatnya di Putrajaya. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (P), Dato’ Jalil Marzuki, Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad. Dato’ Seri Arpah turut mengadakan perbincangan bersama-sama Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal selama 40 minit. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 11 Jun ----- Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri SPAVOL Kepada Kakitangan SPA
PUTRAJAYA, 11 Jun ----- Pengerusi SPA merangkap Penaung SPA Volunteer (SPAVOL) YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan sumbangan SPAVOL kepada Kakitangan SPA Gred 11 dan ke bawah hari ini. Seramai 40 kakitangan SPA telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, milo, tepung, gula, sos, cordial, ketupat segera, susu dan serbuk teh sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir Setiausaha SPA merangkap Penasihat SPAVOL YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Encik Ikhbal Hanam Mukras, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei, Presiden SPAVOL YM Raja Adnan Raja Ibrahim, Timbalan Presiden SPAVOL Ismawira Amin Ismail serta AJK SPAVOL. Terdahulu Tan Sri Arpah mengucapkan terima kasih kepada SPAVOL atas usaha melaksanakan pelbagai program di seluruh negara termasuk ke Kemboja bagi membantu mereka yang memerlukan. Beliau menyatakan bahawa akan sentiasa menyokong penuh usaha SPAVOL selama ini dan seterusnya beliau mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga SPA dan mendoakan agar semua selamat pulang ke kampung halaman dan selamat kembali bertugas. ----- MediaSPA
Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Ahli Jawatankuasa Khas Masyarakat Kaum Cina
S.P.A, 22 Mac ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Cina Dalam Perkhidmatan Awam yang telah dilantik oleh S.P.A. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan untuk berinteraksi dan mendapatkan cadangan bagi meningkatkan komposisi kaum Cina dalam Perkhidmatan Awam. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 30 Julai : Sesi Interaksi Pengerusi SPA Besama-sama Pelajar Program DPA INTAN 2016
KUALA LUMPUR, 29 Julai------ Pengerusi SPA, Tan Sri Arpah Abdul Razak telah mengadakan sesi interaksi bersama-sama pelajar program Diploma Pengurusan Awam (DPA) di Auditorium INTAN Bukit Kiara, semalam. Ketibaan Tan Sri Arpah disambut oleh Pengarah INTAN Dato’ Mazlan Yusoff. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan SPA dan INTAN. Antara lain yang dihuraikan oleh Tan Sri Arpah dalam sesi interaksi itu ialah mengenai keterampilan, berpasukan, kepimpinan, jati diri dan profesional. ------ MediaSPA
Perjumpaan Tan Sri Mahmood Adam Bersama Ahli Jawatankuasa Khas Masyarakat Kaum Cina
S.P.A, 22 Mac ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Khas Mengkaji Penyertaan Kaum Cina Dalam Perkhidmatan Awam yang telah dilantik oleh S.P.A. Perjumpaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya ini adalah bertujuan untuk berinteraksi dan mendapatkan cadangan bagi meningkatkan komposisi kaum Cina dalam Perkhidmatan Awam. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA
Tan Sri Mahmoood Adam Ucap Terima Kasih Kepada Urus Setia Persidangan SPA Ke-17
PUTRAJAYA 26 Mei ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga S.P.A serta urus setia bertugas di Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke-17 yang diadakan di Langkawi pada minggu lepas berjalan dengan lancar. Beliau berkata demikian dalam satu majlis ringkas penyampaian sijil penghargaan yang diadakan tengah hari tadi. Menurutnya lagi beliau berasa bangga kepada semua pertugas termasuk dari urus setia Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), SPA Negeri dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah serta Jabatan-Jabatan yang terlibat. ------ MediaSPA