Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) Kertas Tindakan Tatatertib, 18 Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 1,511 orang dan seramai 761 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.Manakala, 31 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
Sistem Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Di Lancar
PUTRAJAYA, 27 Mei ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Peperiksaan Online. Majlis pelancaran yang diadakan di dewan temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-wakl Kementerian dan Jabatan. Di majlis itu juga, sesi menandatangani dokumen kerjasama pintar Sistem Peperiksaan Online turut diadakan. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 1 Ogos : Majlis Makan Malam Bersempena Program Hari Kerjaya
PERLIS, 31 Julai ------ Menteri Besar Perlis YAB Datuk Seri Azlan Man hadir di majlis makan malam bersempena dengan Program Hari Kerjaya dan hari Mesra Pelanggan Negeri Perlis 2015. Turut hadir di majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi S.P.P, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim dan Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang Timbalan Setiausaha (Pengambilan) En Zainal Abidin Ahmad telah di temu bual di radio Perlis fm. ------MediaSPA
Bahagian Pengurusan Anjur "Jom Kreativiti Perpustakaan"
S.P.A, 29 Mac ------ Perpustakaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menganjurkan program “Jom Kreativiti Perpustakaan” sempena cuti persekolahan untuk anak-anak Warga S.P.A. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan melukis, mewarna dan kraf tangan. Acara tahunan yang diadakan di Perpustakaan S.P.A ini telah disertai seramai 37 orang kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun. Hadir menyampaikan hadiah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Turut hadir Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 1 Ogos : Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan 2015 Di Perlis
PERLIS, 1 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan Karnival Kerjaya & Hari Mesra Pelanggan 2015 yang diadakan di Dewan Seri Melati Beseri, Perlis pada Sabtu lepas. Perasmian Karnival kerjaya anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Unit Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Manusia ( MAMPU) peringkat Negeri Perlis telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, YB. Tuan Haji Hamdan Bahari, Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPP, Tan Sri Dr. Haili Dolhan, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Zainal Rahim serta wakil Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 4 Ogos : Majlis Jamuan Hari Raya Peringkat S.P.A
PUTRAJAYA, 4 Ogos ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah menghadiri majlis jamuan hari raya peringkat S.P.A yang diadakan di Putrajaya semalam. Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari turut di hadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Dato’ Seri Arpah turut menyampaikan hadiah cabutan no bertuah kepada warga S.P.A yang hadir. ------MediaSPA
"Perjumpaan Bersama Kumpulan Sokongan Setiap Bulan" Tan Sri Mahmood Adam
S.P.A, 29 Mac------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata beliau akan mengadakan perjumpaan setiap bulan bersama pegawai-pegawai Kumpulan Sokongan. Beliau berkata demikian di dalam majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Gred 26 ke bawah yang diadakan di Dewan Temu Duga petang tadi. Beliau juga menjelaskan bahawa perjumpaan seperti ini adalah baik seperti program Interaksi yang dilakukan oleh S.P.A pada masa kini. Antara perkara yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood ialah mengenai Transformasi S.P.A yang sedang dan telah dijalankan sekarang. Beliau juga mahu supaya kumpulan sokongan ini mengetahui dan memahami mengenai perubahan yang dilakukan dan menjelaskan perkara ini kepada orang ramai. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga menyarankan agar Warga S.P.A aktif dalam pelbagai aktiviti seperti sukan, lawatan dan kursus yang dianjurkan. Terdahulu dari itu, pada sebelah pagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama Kesatuan Pegawai-Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KEPAK) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 5 Ogos : Pengerusi SPA Hadir Ke Majlis Program Diploma Pascasiswasah Pengurusan Awam
KUALA LUMPUR, 5 Ogos------ Ketua Setiausaha Negara, YBhg.Tan Sri Ali Hamsa telah merasmikan Majlis Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) 2016 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara. Hadir sama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak dan pegawai-pegawai kanan INTAN. Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Ali Hamsa mengingatkan Kadet PTD supaya menjaga integriti, tidak membocorkan maklumat atau rahsia kerajaan kepada orang yang tidak berkenaan. Beliau turut menasihatkan Kadet PTD ini supaya meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. ------ MediaSPA