Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2018 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 9 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 9/2018 pada 12 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 20 Mac ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke-136

KOTA BHARU, 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-136 di Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 10/2018 pada 19 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 11/2018 pada 26 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.

 
 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 29 Mac ----- Sesi Par Excellence Civil Service Sempena Program STAR TN50

SHAH ALAM, 27 Mac ----- Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah hadir ke sesi Par Excellence Civil Service sempena program STAR TN50 bersama lebih 1,000 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai SPA. Perkongsian ini juga membolehkan para mahasiswa untuk bertanya apa jua soalan dan secara terus, ia akan dijawab semasa dalam sesi ini. ----- PG

 

Continue reading

Mac 2018 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 30 Mac ----- Lawatan Kedutaan Republik Maldives Di Malaysia

PUTRAJAYA, 29 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima lawatan daripada Duta Besar Maldives ke Malaysia, H.E Mohamed Fahmi Hassan, semalam. Delegasi turut disertai pegawai-pegawai kanan kedutaan. Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menyampaikan taklimat SPA, yang turut dihadiri Setiausaha, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Encik Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Haji Shafei. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Ogos 2012 Aktiviti 1

  • Taklimat dan Pameran Kerjaya di Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong)

KUALA LUMPUR 6 Ogos------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Program Taklimat dan Pameran Kerjaya bersama Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur, semalam (Ahad). Program yang diadakan selama sehari itu turut dihadiri oleh Ahli Suruhanjaya, Encik Boon Joh Lin, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan pegawai-pegawai SPA. Hadir sama Presiden Pertubuhan Gabungan Cina Malaysia (Hua Zong), YBhg. Tan Sri Pheng Yin Huah. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah taklimat kerjaya oleh Puan Lim Irene, Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Boon Jon Lin, Ahli Suruhanjaya dan juga wakil daripada Jabatan Tenaga Kerja serta Jabatan Kastam. Program Taklimat dan Pameran Kerjaya yang dihadiri oleh lebih daripada 200 calon berketurunan Cina juga boleh mendaftar permohonan jawatan secara online, menyemak status terkini permohonan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas dan Bahagian Peperiksaan. Program kerjaya yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu juga telah mendapat liputan meluas daripada pihak Media Massa. ------MediaSPA

 

Continue reading

mac 2018

Continue reading

Your message here