Accessibility Tools

Skip to main content

Januari 2013 Aktiviti 4

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 1 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) Kertas Tindakan Tatatertib, 28 Kertas Rayuan Tatatertib dan satu (1) Kertas Rayuan Naik Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 285 orang dan seramai 472 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

September 2016

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 24

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos : Mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai kaum Cina dan India

    PUTRAJAYA, 25 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan arahan pelantikan pegawai Cina dan India di kaunter agensi-agensi kerajaan. Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya turut di hadiri Setiausaha Puan Lim Mooi Eia dan wakil pegawai daripada agensi yang terlibat.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 03 Ogos ----- Lawatan SPA Negeri Sarawak ke SPA Malaysia Cawangan Sarawak

KUCHING, 03 Ogos ----- Pada 2 Ogos 2018 (Khamis) , SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menerima lawatan daripada SPA Negeri Sarawak. Ketibaan seramai empat (4) orang pegawai yang diketuai oleh Setiausaha SPA Negeri Sarawak, Encik Fathi Bin Haji Hambali telah disambut oleh Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sarawak, Encik Matthew Anak Dominic Barin. Sesi taklimat ringkas mengenai SPA Malaysia telah disampaikan oleh SUB Cawangan Sarawak. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi perbincangan dan perkongsian ilmu-ilmu yang berkaitan dan beberapa perkara-perkara lain bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-dua agensi ini. ----- Urus Setia Sarawak

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 5

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

    S.P.A, 11 Januari ------  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012. Penyampaian sijil dan hadiah insentif berupa wang tunai telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan Encik Zainal Abidin Ahmad, Pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Seramai 34 orang calon penerima APC pada tahun 2012 yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima APC dan berharap mereka sama-sama dapat menjayakan transformasi yang dilaksanakan oleh S.P.A dari semasa ke semasa.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3 Tahun 2019

KUCHING 28 Jan ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2019. Mesyuarat berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, mesyuarat tersebut juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA.

 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 23 Tahun 2018

Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 23/2018 pada 30 Julai 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman

 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 6

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Tewaskan Perlis

    MELAKA, 11 Januari ------  SPA Putrajaya FC tundukkan Perlis dengan jaringan 4 - 2 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang tadi. SPA yang memperoleh jaringan seawal minit ke-2 melalui Fadzly Iskandar diikuti dengan jaringan oleh Sazali Suwandi pada separuh masa kedua melalui tendangan percuma dari jarak 25 meter ke gawang pasukan lawan. Khairol Azry menambah derita Perlis dengan menjaringkan gol ketiga lima minit selepas itu dan sekali lagi Khairol Azry menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke 73. Perlis memperolehi jaringan melalui Mohd Alimi Fahami dan pemain import Antawi Dennis Thauhid. Turut hadir menyaksikan perlawanan, Presiden S.P.A PUTRAJAYA FC, Datuk Ramli Juhari. S.P.A PUTRAJAYA FC akan bertemu dengan Pasukan Sarawak pada Hari Isnin depan di Stadium yang sama.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Oktober : Pengerusi SPA Sampaikan Taklimat di Persidangan Psikologi 2016

    PUTRAJAYA, 4 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan taklimat bertajuk Kaedah Penilaian Secara Holistik Dalam Proses Pemilihan Penjawat Awam di SPA. Taklimat yang diadakan di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu bersempena dengan Persidangan Psikologi 2016 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Persidangan selama (tiga) 3 hari itu dihadiri seramai 700 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai psikologi Kementerian dan Jabatan serta Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Januari 2019 Aktiviti 8

  • Perhimpunan Bulanan Khas Bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA Malaysia anjuran SPA Urusetia Sarawak

KUCHING 29 Januari (Selasa) --- Majlis Perhimpunan Bulanan Khas SPA Malaysia Cawangan Sarawak bersama YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah diadakan di Auditorum, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching Sarawak. Perhimpunan kali ini telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang lain. Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia iaitu YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof dan Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Dato' Zainal Abidin Bin Ahmad. Pada majlis berkenaan, En. Matthew Anak Dominic Barin selaku tuan rumah telah menyampaikan ucapan aluan dan pembentangan ringkas mengenai SPA Malaysia Cawangan Sarawak khususnya. Selain itu , YBhg. Tan Sri Pengerusi SPA Malaysia turut menyampaikan amanat kepada semua warga SPA yang hadir, antara intipati amanat YBhg. Tan Sri adalah mengenai kepentingan ilmu, integriti dan budaya kerja terbaik yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam.

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 08 Ogos ----- Kunjungan Hormat SPA VOLUNTEER (SPAVOL) Ke Atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Yang Baharu

PUTRAJAYA, 08 Ogos ----- Presiden SPAVOL (YM Raja Adnan Raja Ibrahim), Timbalan Presiden SPAVOL (Tuan Ismawira Amin Ismail) dan AJK SPAVOL telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi SPA yang baharu, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Pada kunjungan tersebut, YBhg. Tan Sri telah bersetuju menjadi Penaung SPAVOL dan berharap agar SPAVOL terus melaksanakan program-program kebajikan dan kesukarelawan. SPAVOL mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dokongan YBhg. Tan Sri Pengerusi. ----- UPK

 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 7

  • Liga Perdana 2013 - SPA Putrajaya FC Seri Bertemu Sarawak

    MELAKA, 15 Januari ------  "Kualiti permainan S.P.A. Putrajaya FC adalah setanding dengan pemain-pemain negeri" itulah ulasan dari Presiden S.P.A. Putrajaya FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari dihadapan pemain-pemain bola sepak sejurus selesai permainan dalam saingan Liga Perdana 2013 menentang Sarawak di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Pemain Sarawak terpaksa berpuas hati dengan mengutip satu (1) mata setelah menang kesemua perlawanan sebelum ini. Jaringan S.P.A. Putrajaya FC diperolehi melalui Mohd Hanifuddin pada minit ke-24. Jaringan pasukan Sarawak diperolehi dalam masa kecederaan separuh masa pertama. Keputusan seri 1-1 berakhir sehingga tamat permainan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!