April 2014 Aktiviti 26
- BERITA BERGAMBAR 17 April ---- Perbincangan Isu-Isu Pemeriksaan Fizikal Dan Pancaindera
Peristiwa bergambar.






Accessibility Tools
Peristiwa bergambar.






PUTRAJAYA, 6 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke Majlis Istiadat Penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN dan Felo INTAN 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Seramai 292 graduan menerima Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN yang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada majlis itu juga YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyampaikan Anugerah Felo INTAN 2016 kepada tokoh terbilang perkhidmatan awam iaitu YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Buang. ------ MediaSPA





BERITA RINGKAS 27 Ogos : Kursus Pengurusan Stress dan Emosi
Peristiwa bergambar.



Kuching 28 Januari (Isnin) --- Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah membuat kunjungan hormat terhadap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di pejabat Pengerusi SPA Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak . Kunjungan hormat yang bermula 2.30 petang itu diketuai oleh Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir sesi kunjungan tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA Malaysia , Dato' Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA Malaysia Dato' Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak iaitu YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit kepada semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia. Seterusnya diakhiri dengan sesi gambar kenangan bersama-sama dengan semua ahli-ahli Suruhanjaya SPA Malaysia dan SPA Negeri Sarawak.



Peristiwa bergambar.



KUALA LUMPUR, 15 Januari ------ Pengerusi S.P.A. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah bersiaran secara langsung bersama BERNAMA TV di saluran Astro 502 malam tadi. Siaran selama sejam yang bermula 10.00 malam hingga 11.00 malam dalam rancangan "Helo Malaysia" itu dikendalikan perantara terkenal Sherkawi Jirim. Antara lain, topik yang dibincangkan adalah mengenai Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta peningkatan permohonan pekerjaan ke perkhidmatan awam dari kalangan kaum Cina dan India. Rancangan tersebut juga dibuka untuk pertanyaan penonton melalui panggilan telefon. ------ MediaSPA


Peristiwa bergambar.





PUTRAJAYA, 8 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerima kunjungan daripada Kementerian Peperiksaan Taiwan, semalam. Delegasi diketuai oleh Timbalan Menterinya, Dr. Shu-Hsiang Hsu. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan juga topik berkaitan peperiksaan telah disampaikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir. ------ MediaSPA


BERITA RINGKAS 27 Ogos : "Hargailah keamanan, peliharalah keharmonian" Pengerusi S.P.A
PUTRAJAYA, 27 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya tidak terlibat dalam program-program yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara seperti yang dirancang oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan yang tidak berdaftar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Katanya lagi “ saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia hargailah keamanan, peliharalah keharmonian pupulklah perpaduan, marilah kita bersyukur di atas kenikmatan kebebasan yang kita kecapi hari ini”. Kita selaku penjawatn awam adalah tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar” katanya. ------ MediaSPA




Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 24/2018 pada 6 Ogos 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman.



S.P.A, 15 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima kunjungan dari "Chinese Academy Of Governance". Rombongan daripada Beijing, China seramai tiga orang pegawai diketuai oleh Qin Sichai, Director General, Department Of Education Planning. Satu taklimat mengenai SPA telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Turut hadir Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' R. Segarajah, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha Perkhidmatan, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sejurus selepas selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam menyampaikan cenderamata kenangan kepada Qin Sichai dan delegasi. ------ MediaSPA






Peristiwa bergambar.

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 31/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 329 orang. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 18 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



8 Februari 2019 ~ Pengerusi SPA Malaysia YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri Majlis Penyampaian Surat Pelantikan dan Penempatan kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Kemasukan Khas), bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Bukit Kiara.
Sumber foto : Intan Bukit Kiara





KLIA, 14 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkenaan urusan tatatertib yang diadakan di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Delegasi SPA diketuai oleh Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Norazian Kamaruddin. Turut bersama dalam perbincangan ialah Pegawai Undang-Undang SPA, Puan Salwa Mhd Asrar, Pegawai Integriti SPA Mohd Haziman Mahmood dan pegawai-pegawai Bahagian NPT. Manakala JIM dihadiri pegawai kanan Unit Integriti jabatan berkenaan. Selepas sesi perbincangan delegasi SPA turut dibawa ke bilik keselamatan cop dan kaunter urusan pengesahan dokumen perjalanan di KLIA. -----MediaSPA




MELAKA, 15 Januari ------ Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam hari ini telah merasmikan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Ke - V. Persidangan anjuran bersama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut di hadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi Dato' R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB Datuk Wira Omar Kaseh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Datuk Farida Mohd Ali, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Kementerian/Jabatan. YAB Ketua Menteri Melaka juga turut melancarkan buku bertajuk "Bongkar: Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Seramai hampir 300 peserta hadir dalam persidangan yang diadakan di Hotel Equatorial Melaka ini. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis perasmian di tempat yang sama. Tema Persidangan pada kali ini ialah "Transformasi Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam" dimana sebanyak tiga (3) kertas kerja akan dibentangkan selama dua hari persidangan berlangsung. ------ MediaSPA






Peristiwa bergambar.

PUTRAJAYA, 8 Oktober ------ Bersempena dengan Hari Sukan Negara yang disambut pada 8 Oktober 2016, satu acara Family Fun Walk telah diadakan di perkarangan Kompleks C yang disertai oleh warga Kompleks C dan turut dihadiri ketua-ketua Jabatan. Majlis pelepasan acara berjalan secara santai bersama ahli keluarga telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. ------ MediaSPA




