Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2016 Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 18 Oktober : Pengerusi SPA Hadir Ke Program Sukan Dan Seminar Perkhidmatan Awam

    PUTRAJAYA, 16 Oktober ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah menghadiri Program Sukan Perkhidmatan Awam ke-39 dan Seminar Bersama Kelapan Pemimpin Perkhidmatan Awam Singapura dan Malaysia. Program yang berlangsung mulai 14 hingga 16 Oktober 2016 itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Semasa berada di negara tersebut, YBhg. Tan Sri Arpah turut berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Pengerusi SPA Singapura, Mr. Eddie Teo. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 21 Feb ----- Kunjungan Hormat SPA Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

PUTRAJAYA 20 Feb ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan Urus setia SPA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri, di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam .----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 15

  • Sesi Interaksi Dan Karnival Kerjaya Di Pagoh

    PAGOH, 21 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bertempat di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor. Sesi interaksi yang pertama pada tahun ini telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Cik Chan Hong Jin dan Setiausaha Bahagian Pengambilan Encik Abdullah Tahir. S.P.A juga telah mengadakan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. Encik Zainal Abidin telah mengunjungi setiap gerai pameran kerjaya untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.  ------   MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 11

  • BERITA RINGKAS 20 Oktober : Perkongsian Pintar Sistem eSurat Antara SPA dan JPA

    PUTRAJAYA, 19 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Satu majlis ringkas penyerahan sistem eSURAT telah diadakan semalam dan dihadiri oleh Tuan Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA. Jabatan Perkhidmatan Awam pula telah diwakili oleh Encik Mohd Danial Ma’alip, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik JPA. SPA telah menggunakan sistem eSURAT yang dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Pengurusan Maklumat mulai tahun 2010. ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 2 Sept : Mesyuarat S.P.A Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A

    PUTRAJAYA, 2 Sept ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa S.P.A. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, pegawai-pegawai kanan S.P.A serta wakil-wakil Kementarian dan Jabatan. Mesyuarat dimulakan dengan perutusan Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, sesi pembentangan kertas kerja mengenai peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. Antara perbincangan yang sedang berlangsung sekarang ialah urusan pelantikan secara kontrak dan isu-isu tatatertib atau rayuan tatatertib. Mesyuarat dijangka selesai pada jam 1 tengah hari ini.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 24 September ----- SPA Fit Ekspedisi Gunung Singai, Bau Sarawak

SARAWAK, 23 September ----- SPA Malaysia Cawangan Sarawak (SPAMCS) telah melaksanakan program SPA Fit 2018 - Ekspedisi Gunung Singai, Bau melalui Kelab Rekreasi & Kebajikan (SPARK) SPA Malaysia Cawangan Sarawak. Seramai 23 peserta dan kakitangan SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menyertai program tersebut. Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan mengeratkan semangat berpasukan, setia kawan, menguji tahap kekuatan mental dan fizikal serta membantu mengesan/menyelamat mangsa pendakian Gunung Singai yang telah hilang (Stanley Kho) semasa mendaki sejak 17 September 2018 yang lepas. Semasa pendakian bermula selama lebih kurang 40 minit, pendaki yang hilang Saudara Stanley Kho telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung berdekatan. Pendakian Gunung Singai kali ini diketuai oleh Encik Doni Bin Sahari (merupakan Pengerusi Kelab Aktiviti Sukan Lasak Kenyalang) turut dibantu oleh beberapa ahli yang lain. Tempoh pendakian ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke puncak Gunung Singai dan 2 jam untuk turun ke kaki Gunung Singai dimana setengah jalan ke lokasi laluannya adalah dibuat daripada kayu belian, setengah lagi adalah laluan tanah dan curam dalam 80 Darjah. Tahniah kepada semua yang telah sampai ke puncak dan semua yg terlibat . ----- Urus Setia Sarawak

 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 12

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 33/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,623 orang dan seramai 1,539 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Februari 2019 Aktiviti 8

  • Visit by Australian Public Service Commissioner

PUTRAJAYA 28 Feb ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima kunjungan daripada Public Service Commissioner Australia. Delegasi seramai (5) lima orang pegawai itu telah diketuai oleh Mr Peter Woolcoot. Satu sesi taklimat kepada delegasi PSC Australia juga telah diadakan. Turut hadir Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 26 September ----- Perhimpunan Bulanan SPA Bagi Bulan September 2018

PUTRAJAYA, 25 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga SPA anjuran Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib. Dalam majlis berkenaan, Pengerusi SPA telah menyampaikan amanat kepada semua warga SPA agar terus menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pengerusi SPA juga turut menyampaikan kit SPA kepada pegawai baharu bertukar ke SPA, Anugerah Peminjam Buku Aktif, Penyumbang Buku Terbanyak, surat kenaikan pangkat serta Anugerah Kakitangan Paling Lama Berkhidmat di SPA.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 16

  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

    PUTRAJAYA, 21 Januari ------ Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini di Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 13 ribu orang yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai di pelbagai Kementerian/Jabatan, Badan berkanun, Swasta dan NGO berarak bermula daripada Presint 2 ke Dataran Putra. Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A.), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad. S.P.A juga turut menyertai acara perarakan yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Tema Sambutan Maulidur Rasul kali ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".  ------   MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2014 Aktiviti 36

  • Mesyuarat Suruhanjaya bil. 16 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 16/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 459 orang dan seramai 822 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sembilan (9) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 13

  • BERITA RINGKAS 26 Oktober : Program Brisk Walk Sempena Perhimpunan Bulanan SPA dan Hari Sukan Negara

    PUTRAJAYA 25 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hadir ke program “SPA Brisk Walk” yang diadakan di Kompleks C Putrajaya, petang semalam. Program dengan tema “Jom Sihat” adalah bersempena dengan Majlis Perhimpunan Bulanan SPA dan Hari Sukan Negara yang disambut pada setiap bulan Oktober. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Terdahulu, semasa ucapan YBhg. Dato’ Zainal Abidin, beliau menyentuh mengenai topik gaya hidup sihat yang diamalkan akan menjadikan kita berfikiran positif sekaligus akan melancarkan aktiviti seharian sama ada di pejabat atau di rumah.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading