Accessibility Tools

Skip to main content

September 2015 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 8 Sept : Dato' Seri Arpah Abdul Razak hadir di majlis jamuan makan malam

    KUCHING, 7 Sept ------ Dato’ Seri Arpah Abdul Razak malam tadi hadir di majlis makan malam sempena Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), di Kuching Sarawak. Turut hadir, Datuk Azailiza Mohd Ahad, Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Tan Sri Dato’ Seri Md. Raus Sharif, Dato Rhodzariah Bujang, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Hadir sama Setiausaha S.P.A, Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu pada sebelah petang, Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Pra SPKP.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

September 2018 Aktiviti 4

  • PERISTIWA BERGAMBAR 27 September ----- Sesi Perbincangan Pengerusi SPA bersama KSU MOT dan Wakil Jabatan JPA

Peristiwa bergambar : satu sesi perbincangan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Bin Hj. Kasim dan wakil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah berlangsung pada 27 September 2018 (Khamis) bermula jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya SPA.

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 17

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 4 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) Kertas Tindakan Tatatertib dan 16 Kertas Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 3,621 orang dan seramai 895 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 30 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 14

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 34/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 254 orang dan seramai 2,769 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 7

  • BERITA RINGKAS 9 Sept : Dato' Seri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat SPKP Ke - 127

    KUCHING, 8 Sept ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-127 di Pullman Hotel, Kuching, Sarawak semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg Peguam Cara Negara,Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, Puan Lim Mooi Eia. Hadir sama Timbalan Peguam Cara Negara I dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 140

KOTA KINABALU 1 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-140 di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di Sabah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2013 Aktiviti 18

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Pegawai-Pegawai Lantikan Secara Kontrak Di JPNIN

    PUTRAJAYA, 30 Januari  ------  Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan sesi interaksi dengan pegawai-pegawai Lantikan Secara Kontrak Di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Sesi interaksi yang diadakan di PICC turut di hadiri Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, YBhg. Dato' Azman Amin Hassan, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan ekspektasi pegawai-pegawai lantikan kontrak terhadap SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) yang utama dalam Perkhidmatan Awam. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis sesi interaksi berakhir di tempat yang sama. Sementara itu pada sebelah petang, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mengadakan perjumpaan bersama wakil-wakil kesatuan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bilik Mesyuarat Suruhanjaya.  -----  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2016 Aktiviti 15

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 722 orang dan seramai 1,355 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 9 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib .

    Catatan :
    Pecahan pelantikan adalah seperti berikut:

    Jenis Lantikan/ Bahagian Pelantikan Tetap Pelantikan Secara Kontrak Pelantikan Semula Secara Kontrak Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Pelantikan Semula Secara Kontrak Selepas Bersara Jumlah Keseluruhan
    PG 0 35 0 0 0 35
    PK 652 35 0 0 0 687
    Jumlah 652 70 0 0 0 722
 
 

Continue reading

September 2015 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 9 Sept : Dato' Seri Arpah hadir di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Kuching Sarawak

    KUCHING, 8 Sept ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menghadiri perhimpunan bulanan anjuran Urus Setia S.P.A Cawangan Sarawak, di Bangunan Sultan Iskandar Kuching, petang semalam. Antara lain dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi S.P.A itu ialah mengenai soal Integriti, komitment kepada tugas dan penggunaan teknologi. Dato’ Seri Arpah juga mengingatkan warga S.P.A supaya menjaga imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta bersedia menghadapi cabaran serta memberi kerjasama kepada semua pihak termasuklah pelanggan. Hadir sama di majlis perhimpunan itu, Setiausaha Puan Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Semakan Penjadualan

Semakan Penjadualan

Continue reading

September 2018 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 24 September ----- Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu kepada Pengerusi SPA

PUTRAJAYA, 21 September ----- delegasi dari Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat keatas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Mohd @ Daik bin Ngah, Pengerusi SPN Terengganu dan disertai oleh ahli-ahli serta Setiausaha SPN Terengganu. Sesi kunjungan hormat turut disertai Setiausaha SPA YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Puan Ruziah Hj Shafei dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Encik Aman Shah Hashim.

 
 

Continue reading

November 2016 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 36/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 410 orang. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 10 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

    Catatan :
    Pecahan pelantikan adalah seperti berikut:

    Jenis Lantikan/ Bahagian Pelantikan Tetap Pelantikan Secara Kontrak Pelantikan Semula Secara Kontrak Pelantikan Secara Kontrak Selepas Bersara Pelantikan Semula Secara Kontrak Selepas Bersara Jumlah Keseluruhan
    PG 18 2 2 7 0 29
    PK 54 5 321 1 0 381
    Jumlah 72 7 323 8 0 410

 
 

Continue reading