Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2013 Aktiviti 29

  • "Keputusan temu duga PTD dan Pemeriksa Kapal Terbang diumum hari ini" ------ Tan Sri Mahmood Adam  
       
    Putrajaya, 24 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan temu duga bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) dan juga jawatan Pemeriksa Kapal Terbang akan diumumkan oleh S.P.A pada hari ini. Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Katanya lagi, keputusan ini boleh diketahui secara online di Portal S.P.A mulai malam ini. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata, S.P.A akan menganjurkan seminar kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Assessment Centre dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. Turut hadir di majlis APC, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R. Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari pegawai-pegawai kanan serta warga S.P.A. Pada tahun ini seramai 42 orang warga S.P.A telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlis telah diadakan di Dewan Temu duga Aras 6, S.P.A Putrajaya ------ MediaSPA
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 1

  • Hari Kerjaya Di UTAR  
       
    KAMPAR, Perak, 6 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Hari Kerjaya yang diadakan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak. Hari Kerjaya yang diadakan ini adalah khusus untuk memberi pendedahan kepada graduan UTAR mengenai S.P.A dan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam. Seramai 760 orang pelajar hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Cik Neo Su Bing. Satu sesi “Mock Interview” turut diadakan dan dipengerusikan oleh Ahli Suruhanjaya iaitu Encik Boon Jon Lin dan juga Pegawai Tugas-tugas Khas iaitu YBhg. Ir. Lee Soon Jin dan Puan Thoong Lay Chooi. Terdahulu dari itu Presiden UTAR, YBhg. Ir Prof Dato’ Dr. Chuah Hean Teik menyampaikan ucapan alu-aluan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada S.P.A kerana sudi mengadakan hari kerjaya untuk para pelajarnya. ------ MediaSPA
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2012 Aktiviti 1

  • Lawatan Delegasi Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho

SPA, 11 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam telah menerima lawatan daripada Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho. Delegasi seramai tujuh (7) orang itu diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Awam Lesotho, Ephraim Ramootsi Lehata. Ketibaan delegasi Lesotho disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Ahmad di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Aras 10. ------ MediaSPA

Continue reading

November 2013 Aktiviti 2

  • "KIK untuk penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam
       
    S.P.A, 7 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya penyertaan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan hanya disebabkan pekeliling atau pun hanya satu arahan sahaja, sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai satu medium penambahbaikan yang berterusan terutama untuk organisasi. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena merasmikan Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A hari ini. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah pun berubah mengikut kehendak “stakeholder” sebagaimana yang diminta oleh pemimpin dan seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Konvensyen KIK peringkat S.P.A tahun ini disertai sebanyak 9 kumpulan termasuk dari Urus setia S.P.A Cawangan Sabah dan Sarawak. ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 4

  • Pertandingan Badminton JPM 2013, S.P.A Naib Juara
       
    PUTRAJAYA, 10 Nov ------ Pasukan badminton S.P.A muncul naib juara setelah tewas 1 – 3 kepada pasukan Felda dalam perlawanan akhir Badminton Jabatan Perdana Menteri 2013, yang berlangsung di dewan Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya petang tadi. Pertandingan badminton JPM yang bermula sejak semalam (Sabtu) telah disertai oleh 31 pasukan yang terdiri dari ajensi di bawah JPM. Menurut ketua pasukan, Noor Azli Abdul Hamid, beliau mengulas “ini adalah pencapaian terbaik pasukan badminton kita dalam pertandingan anjuran JPM, walaupun pasukan ini baru dua bulan ditubuhkan, tapi telah pun menjadi naib juara, ujar beliau. “Kita akan mantapkan lagi pasukan, terutama pasangan bergu wanita untuk perlawanan yang akan datang ”. Pasukan naib juara ini turut menerima pingat dan wang tunai seribu ringgit. ------ MediaSPA
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2013
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas tindakan tatatertib, dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 583 orang dan seramai 1,701 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 23 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 6

  • Pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 , S.P.A Naib Juara
       
    Kuala Lumpur, 10 Nov ----- Pasukan Bola Jaring S.P.A telah menjadi naib johan dalam pertandingan Bola Jaring MAKSWIP 2013 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas. Dalam perlawanan akhir, pasukan S.P.A ditentang oleh pasukan dari DBKL dengan jaringan 14 – 15. Sebanyak 12 pasukan yang bertanding pada edisi kali ini. ----- MediaSPA

Continue reading

November 2013 Aktiviti 7

  • Lawatan Dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia
       
    S.P.A, 12 Nov ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah menerima lawatan delegasi dari Lembaga Administrasi Negara Republik Indonesia. Ketibaan delegasi seramai 31 orang yang terdiri dari pelbagai Kementerian di Republik Indonesia itu disambut oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Ir. Setiabudhy Algamar telah diberi taklimat mengenai fungsi S.P.A, dasar dan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A. ----- MediaSPA
 
 
 
 

Continue reading

Your message here