Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)
PUTRAJAYA 28 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Putrajaya semalam. Delegasi terdiri daripada Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak diketuai oleh Pengerusi SPANS YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff. Ketibaan disambut oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) turut diadakan. ----- MediaSPA
20 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya menjayakan program Karnival Kerjaya 2018 anjuran JobsMalaysia. Program ini telah menarik minat pengunjung di sekitar Putrajaya dan SPA telah membantu pengunjung dengan membuat permohonan pekerjaan secara online, khidmat konsultansi dan semakan status permohonan.
BERITA RINGKAS 01 Disember : SPA Terima Timbalan Pengerusi Dan Lima Ahli Suruhanjaya
PUTRAJAYA, 30 November------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima enam (6) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu semalam. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof (Timbalan Pengerusi), YBhg. Datuk Yeow Chin Kiong (Ahli), YBhg. Datuk Md Yahaya Masimin (Ahli), YBhg. Dato’ Abdul Ghafar Musa (Ahli), YBhg. Dato’ Haji Nasir Mat. Dam (Ahli) dan YBhg. Datuk Dr. Narimah Yahaya (Ahli). Majlis Angkat Sumpah telah dijalankan semalam dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Azahar Mohamed di Istana Kehakiman dan turut disaksikan oleh Setiausaha SPA , YBhg. Datuk Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 28 Sept : Dato' Zainal Abidin Ahmad mulakan tugas sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu hari ini
PUTRAJAYA, 28 Sept------ Dato’ Zainal Abidin Ahmad dilantik sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu berkuatkuasa hari ini. Beliau merupakan Setiausaha S.P.A ke sembilan belas (19) menggantikan Puan Lim Mooi Eia yang bersara wajib pada 22 September lepas. Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Dato’ Zainal Sebagai Setiausaha S.P.A yang baharu. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 1 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima empat (4) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu semalam. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Mustapha, YBhg. Datuk Nor Rizan Mohd Thani, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Othman dan YBhg. Datu Hajah Sutin Shamat. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. ----- MediaSPA
26 Oktober --- Pasukan Outreach SPA telah berada di UiTM Cawangan Negeri Sembilan untuk menjayakan program Pameran Akademik anjuran UiTM Negeri Sembilan. SPA telah menawarkan khidmat konsultansi berkenaan permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam, semakan status semakan serta permohonan secara atas talian di SPA8i.
BERITA RINGKAS 30 Sept : Lawatan Kerja MIROS Ke S.P.A
PUTRAJAYA, 29 Sept------ Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membuat lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) semalam. Rombongan seramai lapan (8) orang pegawai diketuai oleh Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Aidanurfirhan Badaruddin. Lawatan kerja adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung urusan Pengambilan, Naik Pangkat & Tatatertib dan Perkhidmatan. Satu sesi taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian (Pengambilan)Tuan Haji Abdullah Tahir. ------ MediaSPA
26 Oktober --- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 26 Oktober 2018 bertempat di Auditorium KPKPS Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam Bin Mukras, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan ) SPA. Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian pada pertandingan tersebut. Juara pertandingan KIK 2018 ini telah dimenangi oleh Kumpulan Citra (Bahagian Peperiksaan), tempat kedua ialah Kumpulan Kenyalang (Urusetia Cawangan Sarawak), tempat ketiga ialah kumpulan PKPK ( Bahagian Pengambilan Khas) dan tempat keempat adalah Kumpulan Raflesia (Urusetia Cawangan Sabah).
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,344 orang dan seramai 1,098 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 21 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua(2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 30 Sept : Mohd Razif Ab Latif dari S.P.A terima Anugerah Khas Pencapaian Sukan
PUTRAJAYA, 29 Sept------ Mohd Razif Ab Latif dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima Anugerah Khas Pencapaian Sukan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2015. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC), Putrajaya semalam. Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak dan Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. ------ MediaSPA