Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2015 Aktiviti 6

  • BERITA RINGKAS 15 Okt : Mesyuarat antara S.P.A dan JPA

    PUTRAJAYA, 15 Okt ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) hari ini telah mengadakan Mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya. Mesyuarat di pengerusikan oleh Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Jalil Marzuki. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pegawai-pegawai kanan S.P.A dan JPA. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi adalah berkaitan dengan urusan perjawatan.  ------  MediaSPA

 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 4 Januari : S.P.A Sertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M

    PUTRAJAYA, 4 Jan ------ Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya semalam turut disertai Kontinjen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Perarakan 149 kontinjen yang membabitkan 12 ribu peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta institut pengajian tinggi dan NGO memulakan perarakan dari hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri sejauh 1.8 kilometer menuju ke Masjid Putra. Kontinjen S.P.A diketuai oleh Setiausaha Datuk Ramli Juhari. Sambutan yang bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2019 Aktiviti 3

  • Perhimpunan Bulanan SPA

PUTRAJAYA 27 Mei ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman hadir ke majlis perhimpunan bulanan SPA di Putrajaya pada Isnin. Hadir sama Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Pada majlis itu Tan Sri Zainal Rahim turut menyampaikan kit kepada kakitangan SPA yang baharu melapor diri dan menyerahkan barangan keperluan asas kepada kakitangan terpilih yang disumbangkan oleh SPAVOL ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

November 2018 Aktiviti 5

  • Hari Inovasi SPA 2018

PUTRAJAYA 12 November ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah merasmikan hari inovasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun 2018, pada Isnin. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengerusi, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha Dato’ Zainal Abidin Ahmad pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Zainal Rahim mengucapkan tahniah kepada SPA kerana menjadi Johan Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM 2018) kategori ICT, melalui sistem eTapis. Pengerusi SPA turut menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan Horizon KIK, pertandingan montaj, sudut inovasi, reka cipta dan tresure hunt.– MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2012 Aktiviti 1

  • Lawatan Delegasi Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho

SPA, 11 Januari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) semalam telah menerima lawatan daripada Kementerian Perkhidmatan Awam Lesotho. Delegasi seramai tujuh (7) orang itu diketuai oleh Menteri Perkhidmatan Awam Lesotho, Ephraim Ramootsi Lehata. Ketibaan delegasi Lesotho disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Ahmad di Bilik Mesyuarat Suruhanjaya, Aras 10. ------ MediaSPA

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1 Bagi Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 1/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 2,640 orang dan seramai 1,230 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sepuluh (10) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

Mei 2019 Aktiviti 4

  • Majlis Tadarus Dan Khatam AL Quran

PUTRAJAYA 29 Mei ----- PUSPANITA Cawangan Kecil SPA hari ini telah menganjurkan majlis tadarus dan khatam Al Quran 1440 H. Majlis turut dihadiri Setiausaha SPA Encik Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras serta warga SPA. Hadir sama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA Puan Umi Kalshom Abdul Ghafar. Majlis bacaan Al Quran serta doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Zarifi Mohd Daud daripada JAKIM ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

November 2018 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 35 Tahun 2018

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 35/2018 pada 19 November 2018. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut, Tingkat 51, KOMTAR, Pulau Pinang.

 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 2

  • "KIK untuk penambahbaikan berterusan" ---- Tan Sri Mahmood Adam
       
    S.P.A, 7 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengingatkan warga S.P.A supaya penyertaan dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bukan hanya disebabkan pekeliling atau pun hanya satu arahan sahaja, sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai satu medium penambahbaikan yang berterusan terutama untuk organisasi. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena merasmikan Konvensyen KIK peringkat S.P.A 2013 yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A hari ini. Menurutnya lagi, S.P.A kini telah pun berubah mengikut kehendak “stakeholder” sebagaimana yang diminta oleh pemimpin dan seperti yang dimahukan oleh pelanggan. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Konvensyen KIK peringkat S.P.A tahun ini disertai sebanyak 9 kumpulan termasuk dari Urus setia S.P.A Cawangan Sabah dan Sarawak. ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!