Accessibility Tools

Skip to main content

November 2014 Aktiviti 17

  • "S.P.A Melaksanakan Inisiatif Menambah baik Perkhidmatan" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    Melaka 8 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini lebih dikenali bukan sahaja kerana transformasi malahan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan di bawah program transformasinya. “Kita ada buku Compentnecy Based Interview (CBI) yang di dalamnya mengandungi garis panduan bagaimana S.P.A hendak menjalankan sesi temu duga seterusnya mendapat calon yang bagus untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam”. Tan Sri Mahmood berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian retreat semakan semula dokumen ISO 9001: 2008 dan pelan perancangan strategik S.P.A tahun 2014 anjuran ASPA, di Melaka malam tadi. Turut hadir Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. ------ MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 9

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 3 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,246 orang dan seramai 975 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, dua belas (12) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua orang (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2015 Aktiviti 15

  • BERITA RINGKAS 30 Okt : Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Pelantikan PTD

    KUALA LUMPUR, 30 Okt  ------  Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 di INTAN Bukit Kiara. Majlis turut dihadiri Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris. Hadir sama Pengarah INTAN Dato’ Dr. Mazlan Yusoff. Majlis yang bermula jam 9.00 pagi tadi dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh Dato’ Seri Arpah dan seterusnya penyampaian surat tawaran pelantikan ke Jawatan PTD.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

SPM/SVM

SPM/SVM

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
      1. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
      2. dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
    2. Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.
      (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
    1. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
      1. mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
      2. kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
    2. Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
      (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

  4. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

    Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera
    Pembantu Pertahanan Awam
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Keselamatan
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pembantu Penguat Kuasa
    Gred KP1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya
    Pegawai Bomba
    Gred KB1
    Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
    (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)

SENARAI JAWATAN YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN MASUK PADA PERINGKAT SPM/SVM

    Continue reading

    Julai 2019 Aktiviti 2

    • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Ke - 141

    PUTRAJAYA 5 Julai ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-141 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ---- MediaSPA

     
     
     
     
     
     
     

    Continue reading

    Oktober 2015

    Continue reading

    Disember 2018 Aktiviti 4

    • BERITA RINGKAS 14 Disember ----- Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) ke- 139

    PUTRAJAYA, 14 Disember ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-139 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya pagi tadi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA

     
     
     
     
     
     

    Continue reading

    November 2013 Aktiviti 10

    • Perlawanan Badminton Persahabatan Antara S.P.A Dan SUK Pulau Pinang
         
      PULAU PINANG 18 Nov ------ Kelab Badminton S.P.A menang 7-0 dalam perlawanan badminton persahabatan dengan pasukan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pasukan Kelab Badminton S.P.A di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, manakala pasukan negeri di ketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Farizan Darus. Perlawanan persahabatan yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang itu telah berlangsung semalam ------  MediaSPA
     
     
     
     

    Continue reading

    Sertai Kami !!!