Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2018 Aktiviti 5

  • Kejohanan Sukan Integrasi MAKSWIP 2018

KANGAR 14-16 Disember --- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menghantar pasukan Bola Sepak, Bola Tampar Pantai dan Bola Jaring untuk menyertai Kejohanan Sukan Intergrasi MAKSWIP 2018 yang telah diadakan di Kangar, Perlis. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Yang Dipertua MAKSWIP. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah YB. Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Pasukan Bola Jaring SPA telah menjadi Johan pada kejohanan Bola Jaring MAKSWIP 2018.

 
 
 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 11

  • Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Ke Atas Menteri Besar Perlis
       
    PERLIS, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perlis, YAB. Azlan Man. Turut bersama dalam kunjungan hormat tersebut, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Pegawai Tugas-tugas Khas, YBhg. Datuk Salim Hashim dan Datuk Mustapha Ahmad S. Marican. Terdahulu dari itu pada pagi tadi YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Kompleks Unit Pencegah Penyeludupan Bukit Kayu Hitam, Kedah. Satu taklimat turut diadakan yang disampaikan oleh Komander UPP Negeri Kedah iaitu Tuan Abdul Latif Abdul Rahman. Pada sebelah malam pula, Pengerusi S.P.A telah menyertai kursus Competency Based Interview (CBI) dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat bersama Pengerusi-Pengerusi dan Setiausaha-Setiausaha SPA Negeri di Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis. ------  MediaSPA
 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 2

  • BERITA RINGKAS 1 Nov : Program Sehati Sejiwa di Selangau, Sibu Sarawak

    SELANGAU, 31 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hadir di Program Sehati Sejiwa di Selangau, Sibu Sarawak. Program bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Belaun. Antara program ialah taklimat persediaan menghadiri temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.  ------  MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2019 Aktiviti 5

  • Setiausaha SPA Sampaikan Sumbangan Warga SPA Kepada Keluarga Allahyarhamah Azura Zainal

AMPANG 24 Julai ----- Setiausaha SPA, En. Zohari Said telah membuat kunjungan ke rumah keluarga Allahyarhamah Cik Azura Zainal daripada Bahagian Peperiksaan yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mei lepas. Setiausaha SPA telah menyampaikan sumbangan derma daripada Warga SPA dan sumbangan Puspanita kepada keluarga Allahyarhamah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras. ----- MediaSPA.

 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 12

  • Badminton Persahabatan, S.P.A Menang
       
    PERLIS, 18 Nov ------ Pasukan Badminton S.P.A hari ini telah menang 4 – 0 dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Pejabat SUK Negeri Perlis. Perlawanan yang diadakan di gelanggang Majlis Sukan Negari Perlis ini telah di ketuai oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ini adalah merupakan kemenangan kedua pasukan badminton S.P.A dalam tempoh 24 jam setelah menewaskan pasukan dari pejabat SUK Negeri Pulau Pinang semalam. Perlawanan persahabatan ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya yang diadakan di Perlis hari ini. ------  MediaSPA
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2014 Aktiviti 20

  • " 313,168 Calon Duduki Pepriksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam" ---- Tan Sri Mahmood Adam

    PUTRAJAYA 12 Nov ------  Seramai 313,168 calon telah menduduki peperiksaan secara online untuk memasuki perkhidmatan awam sejak ia diperkenalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) pada 30 April 2014. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pada satu majlis penghargaan sempena kelancaran pelaksanaan sistem peperiksaan online di Putrajaya semalam. Peperiksaan yang diadakan dengan kerjasama JARING Communication Sdn. Bhd. dan Syarikat Novatis Resources Sdn.Bhd. yang menyediakan jalur lebar telah membolehkan 120,000 calon menduduki peperiksaan dalam masa yang sama. Menurut Tan Sri Mahmood lagi peperiksaan terkini iaitu Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang dijalankan pada 1 November 2014 telah dijalankan dengan jayanya dengan tidak menghadapi sebarang masalah tenikal dan dihadiri seramai 46,516 calon. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Mac 2014 Aktiviti 26

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 bagi Tahun 2014

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 418 orang dan seramai 879 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 39 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan enam (6) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 13

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 4 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 703 orang dan seramai 682 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga (3) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 3

  • BERITA RINGKAS 2 Nov :  Dato' Seri Arpah Abdul Razak rasmi bengkel penggubalan soalan peperiksaan

    GENTING HIGHLANDS 2 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan bengkel penggubalan soalan peperiksaan yang diadakan di Awana, Genting Highlands. Bengkel tiga (3) hari yang bermula hari ini telah dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 38/2015.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Pengesahan Pelantikan

Pengesahan Pelantikan

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan pelantikan bermaksud proses mengesahkan lantikan seseorang pegawai yang telah bersetuju menerima tawaran pelantikan ke jawatan tetap dan telah memenuhi syarat tawaran.

     

  • 2. Apakah peraturan yang berkaitan dengan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan dilaksanakan berdasarkan Perkara 144(1) Perlembagaan dan Peraturan-peraturan 20, 21, 22 dan 23 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]. Prosedur Pengesahan Pelantikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah merujuk kepada Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2011.

  • 3. Apakah tujuan Pengesahan Pelantikan?

    Pengesahan Pelantikan bertujuan untuk mengesahkan bahawa pegawai telah memenuhi syarat tawaran pelantikan iaitu diperakui sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar dan memenuhi Akuan Berkanun semasa melaporkan diri bertugas dan pegawai menandatangani Aku Janji selepas melapor diri bertugas.

     

  • 4. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pengesahan Pelantikan?

    Dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana dalam Senarai Semak Pengesahan Pelantikan melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 5. Adakah perlu seseorang pegawai sedang berkhidmat dilantik ke jawatan baharu, menjalani semula pemeriksaan kesihatan?

    Ya, pegawai yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di jawatan terdahulu perlu menjalani semula pemeriksaan kesihatan sekiranya dikehendaki oleh Suruhanjaya apabila dilantik ke jawatan baharu mengikut perenggan 7 MyPPSM Ceraian UP.1.3.10

     

  • 6. Siapakah yang boleh menjadi saksi di ruangan Bahagian C – Pengakuan Saksi (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam) dan bilakah tarikh yang perlu diisikan?

    Saksi terdiri daripada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional (Gred 41 dan ke atas) dalam perkhidmatan awam. Tarikh tandatangan saksi hendaklah sebelum mendapat pengesahan Pengamal Perubatan Berdaftar.

     

  • 7. Bolehkah pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar di klinik swasta?

    Boleh.

  • 8. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pengesahan Pelantikan?

    14 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 9. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pengesahan Pelantikan?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

November 2013 Aktiviti 13

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 39/2013
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh(10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikanseramai 793 orang dan seramai 932 orang pegawaitelah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 16 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 

Continue reading

Sertai Kami !!!