Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 38/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 74 orang dan seramai 1,176 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sembilan (9) kertas Tatatertib, lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Written by NOR ILANAH BINTI ROSLAN on . Posted in Static Content.
Penetapan Gaji Permulaan
1. Bolehkah pegawai yang sedang berkhidmat dan telah disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain memohon untuk penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman?
Kerajaan melalui Peraturan 25(7), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] telah memperuntukkan bahawa penentuan gaji permulaan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan kemudian dilantik ke skim perkhidmatan yang lain pada mana-mana tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), gaji permulaan pegawai itu adalah pada gaji yang lebih tinggi tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred jawatan terdahulu.
Manakala Peraturan 25(8) telah memperuntukkan bahawa gaji permulaan ditentukan jika pegawai dilantik pada tarikh yang sama atau lebih awal dari tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji jawatan terdahulu, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, terhad kepada amaun gaji maksimum di gred tersebut sebelum menentukan gaji permulaan pelantikan itu.
Permohonan boleh dikemukakan kepada Kementerian/ Jabatan dengan merujuk kepada Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2020 – Panduan Penentuan Gaji Permulaan Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat Yang Telah Disahkan Dalam Perkhidmatan Dan Dilantik Ke Jawatan Lain.
2. Dokumen apakah yang diperlukan untuk memperakukan seseorang pegawai dalam urusan penetapan gaji permulaan?
BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Tan Sri Arpah Abdul Razak Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 1/2017
PUTRAJAYA, 09 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya yang pertama bagi tahun 2017 (Bil 1/2017) bertempat di Ibu Pejabat SPA Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan SPA. Mesyuarat membincangkan dan menimbangkan kertas-kertas berkaitan dengan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib. MediaSPA
PERLIS, 19 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah mengadakan Seminar Outreach, Pengenalan S.P.A kepada guru-guru bimbangan dan kaunseling sekolah peringkat negeri Perlis. Seminar yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Negeri, Kangar, Perlis itu dirasmikan oleh Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Dua semi taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan Khas, Encik Mohd. Shaiful Ibrahim. Seminar anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) ini turut menjemput wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk menyampaikan taklimat mengenai pelaksanaan e-Profiling. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 12 Nov------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad pagi ini mempengerusikan Mesyuarat pra Suruhanjaya yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Haji Abdullah Tahir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Written by NOR ILANAH BINTI ROSLAN on . Posted in Static Content.
Pelanjutan Tempoh Percubaan
1. Bilakah permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?
Perakuan permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam apabila pegawai gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun).
2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelanjutan tempoh percubaan?
Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut:
i. Program Transformasi Minda (PTM) atau peperiksaan tidak diadakan atau di luar kawalan pegawai – pelanjutan selama satu tahun ke satu tahun tanpa denda; ii. Gagal peperiksaan/ PTM – pelanjutan selama satu tahun denda dan satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan; dan iii. Tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan – pelanjutan selama satu tahun denda dengan amaran (kali terakhir) sebelum ditamatkan Perkhidmatan sekiranya tidak diperakukan sehingga tamat tempoh pelanjutan.
4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan?
28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.
5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pelanjutan Tempoh Percubaan?
i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA. ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/ iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/
BERITA RINGKAS 16 Ogos ----- Ahli Suruhanjaya Baharu
PUTRAJAYA, 15 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah Datuk Seri Jalil Marzuki dan Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA
BERITA RINGKAS 12 Januari ----- Pengerusi SPA Hadir ke Program Assessment Centre (PAC) PTD 2017
KUALA LUMPUR, 11 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak hari ini telah mengadakan lawatan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara untuk melihat perjalanan Program Assessment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tahun 2017. Ketibaan Pengerusi disambut oleh Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifudin Syed Ikhsan. Sejurus tiba, YBhg. Tan Sri Arpah diberi taklimat berkenaan dengan Program PAC PTD bagi tahun 2017 dan turut meluangkan masa melihat perjalanan program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Seramai 133 calon hadir untuk program UKJK pada hari ini yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). MediaSPA
Sesi Interaksi Pengerusi S.P.A Dan Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Perlis
PERLIS, 20 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan Sesi Interaksi Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan/Negeri, Badan-Badan Berkanun, Persatuan-Persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Sesi Interaksi yang diadakan di Dewan 2020 Kangar, Perlis itu turut dihadiri Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. Pada Sesi interaksi yang ke-18 ini juga turut diadakan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang disertai oleh pelbagai Kementerian dan Jabatan. YBhg. Tan Sri Mahmood juga turut mengunjungi setiap booth pameran dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan. Terdahulu dari itu, selepas sesi soal jawab bersama jemputan yang hadir, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut menyampaikan surat lantikan kepada 4 (empat) orang untuk jawatan Pengajar Jururawat Gred U41, Pegawai Penguatkuasa Gred N41 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17. Sesi sidang media turut diadakan selepas majlis selesai. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA 14 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam sebentar tadi mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari manakala SPRM diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme), Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar. Antara lain perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengambilan untuk kekosongan jawatan di SPRM. ------ MediaSPA
"Tugas dan peranan kakitangan awam beri penjelasan" Tan Sri Mahmood Adam
PUTRAJAYA, 2 Jan------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam berkata tugas dan peranan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan adalah memberi penerangan tetapi bukan bersifat defensive atau mempertahankan sebaliknya memberi penjelasan yang sebenarnya sama ada melalui media social, ini termasuk Facebook dan sebagainya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengurusan Maklumat di Putrajaya petang semalam. Menurutnya lagi pada masa sekarang banyak fitnah dalam sosial media yang dilemparkan terutama kepada Kerajaan atau pun agensi /jabatan kerajaan. Tan Sri Mahmood juga berkata banyak cabaran-cabaran yang dihadapi Negara namun dengan semangat perpaduan dan kepimpinan yang ada sekarang ia telah berjaya diatasi. Dalam perhimpunan itu juga sesi pengenalan pemain dan jersi Kelab Bolasepak SPA FC musim 2015 yang akan mengharungi saingan Liga Perdana. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 13 Nov : Dato' Zainal Abidin Ahmad rasmi bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A
PORT DICKSON, 13 Nov------ Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah merasmikan Bengkel Pengurusan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan S.P.A, di Port Dickson malam tadi. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan dan ASPA itu turut menjemput pegawai perunding keselamatan maklumat sektor awam daripada MAMPU. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bengkel itu ialah mengenai pelan tindakan balas kecemasan (ERP) dan pelan komunikasi krisis (CCP). ------ MediaSPA
BERITA RINGKAS 12 Januari ----- "Pelbagai Kejayaan Dan Pencapaian SPA Sepanjang Tahun 2016" -- Pengerusi SPA
PUTRAJAYA, 10 Januari ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak berkata pelbagai kejayaan dan pencapaian yang membanggakan SPA telah dikecapi sepanjang tahun 2016. Antaranya ialah SPA telah menerima 1,561,206 permohonan individu untuk memasuki perkhidmatan awam. Daripada jumlah tersebut, seramai 25,046 orang calon berjaya dilantik secara tetap dan 34,640 orang calon telah dilantik secara kontrak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan SPA pertama di Putrajaya Selasa lepas. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga telah membuka Pusat Temu Duga baharu di Kuala Terengganu serta pemindahan Pusat Temu Duga SPA ke UTC Perak yang merupakan langkah penjimatan kos sewaan. Di samping itu juga SPA telah berjaya mengekalkan pensijilan semula MS ISO 9001:2008, perkongsian pintar sistem eSURAT bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), perkongsian pintar sistem eCirculation antara SPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, pelancaran aplikasi mobile mySPA8i dan pelancaran MyGim atau aplikasi pemarkahan temu duga secara online. SPA juga telah berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) 2016 sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA). Pada peringkat kejuaraan sukan dan sosial pula, SPA muncul Juara Pertandingan Bola Jaring sempena sukan MAKSWIP 2016. Turut hadir dalam perhimpunan itu, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai SPA. MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas tindakan tatatertib, tujuh (7) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib dan tiga (3) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 752 orang dan seramai 970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 24 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.