Accessibility Tools

Skip to main content

November 2014 Aktiviti 24

  • Badminton Persahabatan S.P.A Bertemu MSN Negeri Johor

    JOHOR BAHRU, 17 Nov  ------  Pasukan badminton Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) menang 5 – 3 dalam perlawanan badminton persahabatan bertemu pasukan Majlis Sukan Negara, Negeri Johor yang diadakan di gelanggang badminton MSN Johor Bahru, Johor malam tadi. Perlawanan turut disaksikan Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPA Negeri Johor Dato’ Haji Mohd Rashidi Mohd Noor. Perlawanan badminton persahabatan diadakan bersempena dengan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha S.P.A negeri dan Karnival Kerjaya yang diadakan di Johor Bahru bermula hari ini. ------   MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 39/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,236 orang dan seramai 2,622 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga RayuanKenaikan Pangkat dan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 
 

Continue reading

Pemberian Taraf Berpencen

Pemberian Taraf Berpencen

  • 1. Bilakah pegawai layak diberikan Pemberian Taraf Berpencen?

    Pemberian Taraf Berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang dari tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

     

  • 2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    Senarai semak bagi Pemberian Taraf Berpencen boleh diperolehi melalui Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 3. Bagaimanakah untuk mendapatkan Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan?

    Jadual keenam boleh diperolehi di Senarai Semak Urusan Perkhidmatan

  • 4. Berapa lamakah tempoh proses Urusan Pemberian Taraf Berpencen?

    28 hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima oleh SPA.

     

  • 5. Bolehkah pegawai memohon salinan surat Pemberian Taraf Berpencen?

    i. Pegawai hendaklah memohon salinan surat daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM) di tempat bertugas. Sekiranya tiada, PSM boleh memanjangkan permohonan tersebut kepada SPA.
    ii. Pegawai/ PSM boleh mencetak surat tersebut melalui https://myservice.spa.gov.my/
    iii. Pegawai/ PSM (Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang telah menggunakan TERAS) boleh mencetak surat tersebut melalui https://teras.spa.gov.my/

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 4

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 2/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 215 orang dan seramai 350 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sebelas (11) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

November 2013 Aktiviti 17

  • "Berhati-hati Sebelum Mengambil Tindakan Tatatertib" -- Tan Sri Mahmood Adam


    MORIB, 26 Nov ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar urus setia tatatertib di setiap Kementerian dan Jabatan berhati-hati sebelum membuat pertuduhan tatatertib terutama melibatkan tindakan buang kerja terhadap kakitangan di bawah seliaannya. “Urus setia tatatertib Kementerian/Jabatan hendaklah meneliti sebelum tindakan diambil terhadap yang dituduh”. Katanya lagi, ada sesetengah Kementerian/Jabatan mengambil tindakan kes-kes yang tidak jelas seperti tarikh serta masa dan ada juga kes-kes yang tidak munasabah untuk diambil tindakan. Dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan garis panduan terhadap tindakan yang boleh diambil sebelum membuat kertas kerja. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Tatatertib Bagi Urus Setia Lembaga Tatatertib Kementerian/Jabatan 2013 di Morib International Resort, Banting Selangor. Turut hadir, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia. Menurutnya lagi, bengkel selama tiga (3) hari yang diadakan ini merupakan platform untuk bertukar-tukar fikiran semasa membuat perbincangan di samping dapat menimba pengalaman. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Januari 2015 Aktiviti 18

  • Lawatan Kerja SPA Negeri Perak Ke S.P.A Malaysia

    PUTRAJAYA, 29 Jan ------ Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam di Purtajaya, semalam. Perjumpaan delegasi dari SPAN Perak diketuai oleh Pengerusinya Dato’ Jamry Haji Sury. Perjumpaan selama dua jam itu dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam mengenai competency based interview (CBI) sesi maklum balas dan penyampaian sijil, serta cenderamata. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2015 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 18 Nov : Dato' Seri Arpah Abdul Razak rasmi bengkel pelan strategik ICT (PSICT) S.P.A 2016-2020

    MELAKA, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak telah merasmikan bengkel Pelan Strategik ICT (PSICT) 2016-2020 di Melaka. Bengkel tiga (3) hari bermula semalam turut dihadiri Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta pegawai-pegawai dari setiap Bahagian.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 5

  • Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pada 20 hingga 21 Ogos 2019 bertempat di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek telah selesai dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan untuk merangka Pelan Strategik SPA bagi tahun 2020-2022 dan menggariskan program-program yang akan diberi fokus dalam tempoh tersebut. Turut hadir sama dalam bengkel ini ialah YBrs. Tuan Zohari Bin Said, Setiausaha SPA, YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, TSU(S) dan YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, TSU(R). YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Pengerusi SPA, juga sempat melakukan tinjauan pada hari terakhir bengkel ini dan telah sama-sama memberikan pandangan serta hala tuju ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan SPA. Dalam ucapan penutup beliau, warga SPA turut disarankan supaya sentiasa berkongsi ilmu, bekerjasama dalam satu pasukan dan bersedia untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif.

 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2017 Aktiviti 5

  • BERITA RINGKAS 24 Januari ----- Mesyuarat Meningkatkan Pengambilan Orang Kurang Upaya

PUTRAJAYA, 24 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan mesyuarat dan sesi perbincangan bertujuan untuk meningkatkan pengambilan penjawat awam daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) SPA, Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA, Tuan Haji Abdullah Tahir. Mesyuarat turut dihadiri Ahli Dewan Negara (mewakili OKU) YB. Senator Bathmavathi a/p Krishnan, pegawai-pegawai daripada Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Jobs Malaysia), Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Persatuan OKU. MediaSPA

Continue reading

November 2015 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 19 Nov : Bengkel pelan strategik ICT (PSICT) S.P.A 2016-2010

    MELAKA, 19 Nov ------ esi pembentangan kumpulan dalam bengkel pelan strategik ICT (PSICT) S.P.A 2016-2020 iaitu semakan Visi dan Misi ICT, semakan teras strategik ICT dan objektif, telah selesai sebentar tadi. Ahli Suruhanjaya, Tuan Haji Sumali Amat turut menyampaikan rumusan serta pandangan. Hadir sama Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan S.P.A. Bengkel yang bermula selasa lepas, berakhir hari ini.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2019 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil.26 Tahun 2019 dan Mesyuarat Khas Bil.3 Tahun 2019

Mesyuarat Suruhanjaya Bil.26 Tahun 2019 dan Mesyuarat Khas Bil.3 Tahun 2019 telah diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2019 bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Pengerusi SPA dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya serta barisan pengurusan atasan SPA. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi melihat semula pelaksanaan dasar-dasar sedia ada di bawah SPA, membincangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan strategi SPA serta berkongsi pandangan dalam memacu hala tuju SPA. YBrs. Tuan Zohari Bin Said, Setiausaha SPA, turut mengambil peluang melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Cawangan Sabah dan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, TSU(S), YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, TSU(R) serta Puan Ervinah Kebahi @ Syafarina Binti Ibrahim, Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sabah. Selain itu, pihak urusetia Bahagian Urusetia Mesyuarat SPA turut membuat kejutan dengan menyediakan kek untuk YBhg. Tan Sri sempena hari lahir beliau pada 24 Ogos 2019 lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!