JOHOR BAHRU, 14 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya bil 40/2014 di Johor Bahru, Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Timbalan Pengerusi Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Terdahulu Tan Sri Mahmood mengadakan Mesyuarat Pra Suruhanjaya di tempat yang sama. ------ MediaSPA
Written by Nur Aina Maisara binti Mahadi on . Posted in Static Content.
Diploma/STPM/STAM/HSC
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI KUMPULAN PELAKSANA
GRED GAJI
GAJI MINIMUM (RM SEBULAN)
GAJI MAKSIMUM (RM SEBULAN)
KADAR KGT* (RM)
KADAR KGM (RM)
5
1,650.00
6,620.00
145.00
155.19
*Nota: Selaras dengan perenggan 52, pegawai yang sedang menerima kadar KGT yang lebih tinggi daripada kadar KGT berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024 akan kekal menggunakan kadar KGT tersebut secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
BERITA RINGKAS 30 Ogos -------- Kunjungan Hormat Pengerusi SPA Negeri Perak Ke SPA Malaysia
PUTRAJAYA 23 Ogos ----- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak, YDH. Dato’ Pahlawan Hasnan Hassan telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Kunjungan turut dihadiri Ahli-Ahli SPA Negeri serta pegawai-pegawai kanan. Satu sesi taklimat SPA Malaysia telah disampaikan yang juga dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli SPA Malaysia dan pegawai-pegawai kanan---- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,410 orang dan seramai 1,983 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 17 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 19 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 544 orang dan seramai 835 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima belas (15) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 4/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 356 orang. Manakala, 22 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan 13 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
Tan Sri Mahmood Adam Rasmikan Retreat Suruhanjaya di Johor Bahru
Johor Baru, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini merasmikan retreat Suruhanjaya yang diadakan di Johor Bahru Johor. Turut hadir Timbalan Setiausaha Dato’ R.Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai S.P.A. Retreat yang bermula semalam akan diadakan selama tiga (3) hari di sini. ------ MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2014 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,145 orang dan seramai 918 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 12 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 20 Nov : Mesyuarat bersama S.P.A dan JPA
PUTRAJAYA, 20 Nov------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Perrkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat yang bermula sebentar tadi dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Dato’ Jalil Marzuki. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. ------MediaSPA
Memberi khidmat sokongan sebagai urus setia kepada Suruhanjaya dalam urusan pengambilan anggota-anggota Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana ke dalam Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasanya supaya kemas, teratur dan pantas.
Tugas
Bertanggungjawab untuk menguruskan semua urusan pelantikan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (Kumpulan B di bawah JKK) bagi memenuhi salah satu fungsi SPA berdasarkan Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi
Menguruskan pengisian kekosongan jawatan tetap/kontrak untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (bagi kelayakan diploma/ /STPM/ Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia) untuk semua Kementerian/Jabatan dan 4 negeri: Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka;dan Menguruskan jadual perjalanan Ahli Suruhanjaya untuk urusan temu duga.
Piagam Pelanggan
Kami pegawai dan kakitangan Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam berjanji akan memberi perkhidmatan yang cekap dalam menguruskan pengambilan bermula daripada permohonan Kementerian/Jabatan diterima dengan lengkap sehingga tawaran dikeluarkan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 8 - 12 minggu.
Aktiviti Utama Bahagian Pengambilan
Unit Proses Semakan permohonan melalui sistem ePengisian; Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) untuk Gred 29 ke atas; Penyediaan Pakej Temu Duga untuk Lembaga Temu Duga; dan Sebagai Urus Setia semakan dokumen di kaunter temu duga. Maklumat lanjut : 03-88856364/03-88856374/03-88856146/03-88856128
Unit Temu Duga Menyediakan jadual temu duga bagi Ahli Suruhanjaya ; dan membuat tempahan bilik temu duga, hotel dan kenderaan Ahli Suruhanjaya. Maklumat lanjut : 03-8885 6330/0388856379
Unit Kertas Suruhanjaya Semakan laporan temu duga; Semakan nilai pengiktirafan kelayakan calon; dan Penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya. Maklumat lanjut : 03-88806485/03-88856331/03-88856340/03-88856334
Unit Tawaran Kemas kini status calon ke dalam sistem dan pemakluman keputusan temu duga melalui Portal SPA; dan Penyediaan surat tawaran lantikan kepada calon dan Kementerian/Jabatan; Maklumat lanjut : 03-88856357/03-88856275/03-88856350/03-88856348
Unit Perubatan Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) bagi jawatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi; dan Penyediaan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya.
Unit Pentadbiran Menguruskan sistem ePertanyaan; dan Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan bahagian. Maklumat lanjut : 03-8885 6332/03-88856337/03-88856306/03-88856353
Sistem Pengambilan - Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM)
Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my.
Proses Pengambilan Di SPA
Urusan pengambilan yang dilaksanakan oleh SPA kini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya, yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa, atau ringkasannya SMSM. Sistem ini diperkenalkan dalam bulan Januari 1997. Di bawah SMSM, permohonan jawatan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. SMSM memudahkan urusan pendaftaran permohonan, tapisan, penyenaraian calon lantikan dan simpanan, penjadualan temu duga, penentuan tempat temu duga dan tawaran jawatan. Di bawah sistem ini pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online di Portal SPA http://www.spa.gov.my.
Permohonan Kementerian/ Jabatan/ SUK Negeri
SPA akan memulakan urusan pengambilan bagi sesuatu jawatan sebaik sahaja menerima permohonan dari Kementerian/Jabatan/SUK Negeri yang berkenaan untuk mengisi jawatan tersebut. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri adalah bertanggungjawab melaporkan kekosongan kepada SPA dengan memaklumkan bilangan jawatan yang hendak diisi serta maklumat lain seperti jumlah kekosongan yang dijangka wujud dalam tempoh terdekat, senarai tugas jawatan, diskripsi tugas dan sebagainya melalui ePengisian. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri juga boleh memohon apa-apa keperluan khusus yang perlu calon miliki seperti pengkhususan kelayakan mengikut keperluan jabatan atau keperluan skop tugas skim perkhidmatan yang ingin diisi. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu memaklumkan jumlah kekosongan sebenar yang ingin diisi dan kekosongan yang dijangka berlaku akibat persaraan, perletakan jawatan, kenaikan pangkat dan lain-lain kekosongan yang akan berlaku dalam tempoh 1 tahun akan datang.
Urusan permohonan pengisian bagi sesuatu jawatan adalah tidak melebihi dua kali setahun. Untuk itu, Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu membuat perancangan yang teliti serta mengambil kira urusan kenaikan pangkat sebelum mengemukakan permohonan pengisian jawatan kepada SPA.
Iklan/ Pendaftaran
SPA telah melaksanakan urusan permohonan jawatan sepanjang masa melalui online. Dengan kaedah ini, SPA tidak lagi mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar sebelum sesuatu urusan pengambilan bagi pengisian jawatan kosong dilaksanakan. Mulai tahun 2009, pendaftaran SPA dijalankan secara online sepenuhnya. Calon perlu berdaftar dengan SPA menggunakan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Calon boleh memohon sehingga maksimum 15 pilihan jawatan berdasarkan kelayakan dan minat mereka. Seperti biasa, permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa dan tempoh sah laku pendaftaran adalah selama 1 tahun.
Permohonan yang lengkap akan didaftarkan di dalam bank data SPA. Tempoh sah laku setiap pendaftaran ialah 1 tahun. Sekiranya pemohon masih tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh Surat Akuan Pendaftaran, mereka perlu memperbaharui pendaftaran sekiranya masih berminat. Berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan/SUK Negeri, SPA akan memulakan urusan pengambilan dengan menyemak pemohon yang memohon jawatan berkenaan yang pendaftarannya masih sah. Oleh itu, pemohon dinasihatkan supaya memastikan pendaftaran mereka sentiasa sah/aktif.
Tapisan/ Ujian
Tapisan ialah peringkat menyenarai pendek calon-calon untuk dipanggil temu duga. Tapisan dilakukan sekiranya jumlah permohonan yang dijana dari bank data SPA jauh melebihi jumlah jawatan kekosongan yang hendak diisi. Oleh itu tapisan akan dibuat hinggalah jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temu duga diperolehi. Jumlah calon temu duga biasanya ditentukan berdasarkan nisbah 10 calon bagi setiap satu kekosongan jawatan dan 10 - 15 calon bagi jawatan yang melibatkan ujian fizikal.
Asas tapisan yang utama adalah mengikut kehendak skim jawatan berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah permohonan melebihi jumlah kekosongan, asas-asas tapisan lain boleh digunakan. Antara tapisan yang biasa dikenakan adalah bidang pengkhususan, pencapaian Cumulative Grade Point Average (CGPA) dan lulus peperiksaan khas. Lain-lain asas tapisan ialah jantina, umur, kelayakan lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana / PHD dan anak negeri serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan secara khusus oleh Kementerian/Jabatan yang memohon pengisian sesuatu jawatan itu. Peperiksaan Online dan ujian psikometrik merupakan salah satu kaedah tapisan.
Temu Duga
Calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPA akan menetapkan tempat temu duga di semua ibu negeri di Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.
Kertas Suruhanjaya/ Tawaran
Calon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga. Selain daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPA akan menetapkan tempat temu duga di semua ibu negeri di Semenanjung dan beberapa tempat di Sabah dan Sarawak.