Panduan Kerjaya
Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
Panduan Ujian Psikometrik
Panduan Temu Duga
Accessibility Tools
Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
Panduan Ujian Psikometrik
Panduan Temu Duga
Putrajaya 24 Mac 2021- Bahagian Dasar Dan Perancangan Telah Mengadakan Bengkel Perancangan Strategik 2022 Pada 24 Mac 2021 (Rabu), Bengkel Ini Dihadiri Oleh Pengurusan Tertinggi Dan Bahagian-Bahagian Di SPA. Objektif Bengkel Adalah Bertujuan Untuk Merancang Dan Menetapkan Program-Program Yang Akan Diberi Keutamaan Dalam Pelaksanaan Tahun 2022.








Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 9/2018 pada 12 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.




KUALA LUMPUR, 28 Mei ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar. Kunjungan yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur itu telah berlangsung selama 40 minit. YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17 Mei 2013 menggantikan YBhg. Tan Sri Ismail Omar yang telah bersara wajib. ------ MediaSPA

PUTRAJAYA 23 Mac ----- Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad petang ini mempengerusikan Mesyuarat bersama jabatan (MBJ) Bil.1/2016 yang diadakan di Putrajaya. Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta wakil pihak pekerja. MediaSPA




MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 20 BAGI TAHUN 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 20/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 269 orang dan seramai 1,107 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan percubaan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan dua belas (12) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.


PUTRAJAYA, 30 - 31 Mac 2021 - Unit Inovasi dan Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan Bengkel Pemahaman Standard MS ISO 9001:2015 dan Pemurnian Dokumentasi kepada penyelia dokumen dan auditor. Seramai 30 orang peserta menghadiri kursus ini terdiri daripada 27 orang dari SPA Putrajaya dan 3 orang dari Urus Setia Cawangan Sabah dan Sarawak secara maya. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En. Khalid bin Libar dari SIRIM STS Sdn. Bhd. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pemahaman kepada pegawai-pegawai yang baharu dilantik sebagai penyelia dokumen dan auditor untuk persediaan pensijilan semula MS ISO 9001:2015 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.


KOTA BHARU, 16 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuaratnya yang ke-136 di Kota Bharu Kelantan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim Mahkamah Rayuan, YA Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir Peguam Cara Negara II, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, penentuan gaji permulaan, kenaikan pangkat, pemangkuan, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA






S.P.A, 29 Mei ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan agar hubungan baik antara warga S.P.A. terus dijaga “ Sama-samalah kita menjaga hubungan baik antara kita (warga S.P.A), hormatilah ketua kita, berbincang bersama-sama agar setiap apa yang hendak kita lakukan tidak disalah sangka oleh pihak-pihak lain”. Beliau juga mengingatkan supaya jangan membiarkan deringan telefon di pejabat melebihi tiga kali. “Panggilan telefon yang dibuat mesti ada perkara penting, beritahulah kepada pelanggan kita perkara yang sebenar agar S.P.A tidak dipandang serong oleh orang luar ”. Beliau berkata demikian di Majlis Minum Pagi Bahagian Bersama Pengerusi S.P.A di Anjung Ilham. Turut hadir Setiausaha Bahagian Peperiksaan Puan Faidzah Arshad, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat Dan Tatatertib, Puan Salmah Idris dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. ------ MediaSPA



SPA 25 Mac ----- Zamri Mohd Jalil dilantik sebagai Yang Di Pertua PASPA yang baharu untuk menerajui Persatuan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PASPA) bagi sesi 2016/2017. Mesyuarat agung PASPA yang diadakan pada jumaat lepas turut menampilkan 7 (tujuh) muka baharu antaranya Zainal Bahauddin Timbalan YDP I, Noor Dasrafeezal Abdul Shukor dilantik sebagai Bendahari, Muhamad Syafiq Azwad Zulkefle (Agama), Muhamad Hafiz Yusof (Ekonomi), Abdul Shukor Mohamed (Kebajikan), Mohd Shamshul Kamar Ahmad (Sukan) dan Wan Mohd Syafiq Wan Nazri (Penerbitan). Terdahulu dalam ucapan Penaung PASPA, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata agar PASPA terus menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta membantu apabila menghadapi sebarang masalah bagi meringankan beban yang dihadapi. Sementara itu, Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah turut mengucapkan tahniah atas pelantikan AJK yang baharu dan beliau berharap agar kerjasama dan saling bantu membantu untuk kebaikan persatuan . MediaSPA





MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 20 BAGI TAHUN 2015
PUTRAJAYA, 3 Jun ------ Hari ini merupakan hari terakhir Dato’ R.Segarajah bertugas sebagai Timbalan Pengerusi S.P.A setelah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya pada 4 Jun 2012. Beliau yang ditemui Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan pejabat itu petang tadi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepadanya termasuk semua warga S.P.A selama beliau bertugas di sini. ------ MediaSPA



Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 10/2018 pada 19 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.



Peristiwa bergambar.





Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 11/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 260 orang dan seramai 1,125 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, enam (6) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, dua (2) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



PERISTIWA BERGAMBAR 4 Jun : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.


PUTRAJAYA 12 April ----- Program Kesedaran Vaksinasi Covid-19 SPA 2021 telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan SPA Bulan April 2021. Program anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) SPA ini membawa penampilan istimewa dari salah seorang Ahli Suruhanjaya SPA iaitu YBhg. Datuk Dr. Azman Abu Bakar untuk berkongsi informasi berkenaan Covid-19: Fakta dan Mitos. Antara yg ditekankan kepada warga SPA ialah fakta yang benar berkenaan virus Covid-19 dan kepentingan mengambil vaksin Covid-19 kepada warga SPA.








Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 11/2018 pada 26 Mac 2018 di Putrajaya, dipengerusikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak.


