September 2019 Aktiviti 1
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26/2019
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26/2019



Accessibility Tools
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 26/2019



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 3/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,897 orang. Manakala, enam belas (16) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.




Johor Baru, 18 Nov ------ Tan Sri Mahmood Adam hari ini mempengerusikan Mesyuarat bersama NGO Melayu yang diadakan di Persada Johor Bahru,Johor. Antara lain agenda mesyuarat yang diadakan selama 3 jam itu ialah permohonan kaum Melayu yang menyertai perkhidmatan awam di negeri Johor. Tan Sri Mahmood Adam juga menyampaikan surat lantikan sebagai jawatankuasa khas kepada 19 wakil NGO yang hadir, antaranya ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Dato’ Haji Nooh Gadut. ------ MediaSPA





Peristiwa bergambar.






BERITA RINGKAS 5 Februari : Mesyuarat Pra Suruhanjaya
Peristiwa bergambar.


BERITA RINGKAS 23 Nov : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
PULAU PINANG, 20 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan Darus, di Menara KOMTAR, Pulau Pinang. Turut hadir dalam kunjungan hormat, Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Selepas itu sesi taklimat dan perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Terdahulu pada sebelah pagi, Dato’ Seri Arpah telah mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya. ------ MediaSPA





Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan kontrak atau tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa dan perakuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 19 dan ke bawah bagi kelayakan PT3/PMR dan SPM/SVM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan cekap dalam masa yang ditetapkan.
Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-
Unit Pentadbiran
Unit Separa
Unit Tawaran
Unit Proses / Jadual
Unit Pendaftaran/ Aduan
Unit Temu Duga
Unit Kontrak
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 27/2019



PUTRAJAYA, 1 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah memperoleh dua (2) anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 dalam Kategori Pencapaian Terbaik Sukan dan Sosial. Anugerah telah diperolehi melalui sukan badminton yang dimenangi oleh Mohd Razif Abd Latif yang mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti Asean dan memenangi pingat emas dalam acara bergu lelaki dan bergu campuran serta pingat perak dalam acara berpasukan lelaki. Kategori ke dua yang dimenangi oleh S.P.A ialah anugerah pasukan terbaik Jabatan Perdana Menteri iaitu pasukan bola sepak S.P.A yang merupakan pasukan pertama layak ke peringkat tertinggi bola sepak Negara. Kedua-dua mereka telah menerima Piala Pusingan, Sijil dan wang tunai. Majlis dihadiri Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Hadir sama Setiausaha S.P.A YBhg. Datuk Ramli Juhari. Majlis yang berakhir sebentar tadi telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya. ------ MediaSPA






Johor Baru, 18 Nov ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam hari ini merasmikan Kursus Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan di Menara Kastam, Jabatan Kastam diRaja Malaysia, Johor Bahru. Turut hadir Pengarah Kastam Negeri Johor, Dato’ Ramli Johari. Kursus sehari anjuran Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) dihadiri seramai 85 orang peserta. ------ MediaSPA





Peristiwa bergambar.

BERITA RINGKAS 5 Februari : Lawatan Tan Sri Mahmood Ke One Stop Centre
Peristiwa bergambar.

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 40/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 179 orang dan seramai 1,313 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, sebelas (11) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 14 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



Memberi khidmat sokongan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berkaitan urusan-urusan Perkhidmatan anggota perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya dengan adil, saksama dan teratur berdasarkan Undang-Undang dan peraturan- peraturan yang ditetapkan.
Kami komited untuk melaksanakan tugas kami dengan segera, adil dan berkualiti untuk memproses perakuan-perakuan urusan perkhidmatan dan menyampaikan keputusan Suruhanjaya berkaitannya dalam tempoh masa (dari tarikh perakuan lengkap diterima) seperti berikut:
Bahagian Perkhidmatan menawarkan sepuluh (10) jenis Perkhidmatan kepada Kementerian/Jabatan/pegawai awam yang terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
Pengesahan Pelantikan;
Peraturan-Peraturan :
Suatu proses bagi mengesahkan pelantikan seseorang pegawai yang menerima tawaran pelantikan tetap sesuatu jawatan setelah memenuhi syarat-syarat dalam tawaran pelantikan.
Punca Kuasa :
Peraturan 25(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] adalah proses yang dilaksanakan bagi pegawai yang dilantik untuk kali pertama yang memohon untuk mendapatkan gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji yang ditawarkan berdasarkan kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang disandangnya.
Pengalaman yang boleh diambil kira berdasarkan Peraturan 25(2), P.U. (A) 1/2012:
Pegawai Sedang Berkhidmat
Suatu proses bagi melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai yang belum memenuhi syarat untuk disahkan sama ada dengan atau tanpa denda dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan.
Punca Kuasa:
Suatu proses bagi mengesahkan perkhidmatan seseorang pegawai yang telah memenuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang ditetapkan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Punca Kuasa:
Suatu proses bagi memberikan taraf berpencen kepada seseorang pegawai yang telah menolak skim KWSP dan telah disahkan dalam perkhidmatan setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Punca Kuasa:
| Pertukaran Perkhidmatan |
| Satu kemudahan tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya untuk membolehkan seseorang pegawai yang pelantikan mereka berada di bawah bidang kuasa SPA bertukar ke satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Pertukaran perkhidmatan boleh dilaksanakan seperti berikut: |
|
| Punca Kuasa: |
|
| Pertukaran Pelantikan |
| Satu tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama / berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut: |
|
| Punca Kuasa : |
|
| Pertukaran Sementara / Peminjaman |
| Salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing. |
| Punca Kuasa : |
|
| Pertukaran Tetap |
| Satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang ditukar sementara atau dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap. |
| Punca Kuasa : |
|
| Pelepasan Untuk Pertukaran Sementara / Peminjaman |
| Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPA yang dipinjam ke agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain. |
| Punca Kuasa : |
|
Proses mengembalikan seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain jika:
Punca Kuasa :
Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut:
Proses pembatalan tawaran pelantikan jika seseorang calon/ pegawai itu:
Punca Kuasa :
Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:
PUTRAJAYA 27 September ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-142 di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YA Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan Setiausaha SPKP, Encik Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan----- MediaSPA







PUTRAJAYA, 28 Februari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan perhimpunan bulanan yang diadakan di Dewan Temu duga SPA Putrajaya, semalam. Perhimpunan bulanan anjuran Bahagian Pengambilan bertemakan "Menanam sifat ikhlas dalam kehidupan dan kerjaya" itu telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Terdahulu, satu sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Nik Mohd Sukiman Nik Yusof, Pegawai Hal Ehwal Islam, SPRM. MediaSPA






Johor Baru, 18 Nov ------ Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kempas Johor Bahru. Ketibaan Tan Sri Mahmood di sambut oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan seterusnya beliau dibawa melawat ke dewan temu duga untuk melihat calon-calon yang sedang menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera untuk temu duga ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27. ------ MediaSPA



