Lawatan Kerja Pengerusi S.P.A Ke Kompleks KDN Di Johor Bahru
Johor Baru, 18 Nov ------ Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah membuat lawatan kerja ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kempas Johor Bahru. Ketibaan Tan Sri Mahmood di sambut oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan seterusnya beliau dibawa melawat ke dewan temu duga untuk melihat calon-calon yang sedang menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera untuk temu duga ke jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27. ------ MediaSPA
KAJANG, 5 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) petang tadi mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Penjara Malaysia, di Kajang Selangor. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Tan Sri Mahmood Adam turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato' Sri Hj. Zulkifli Omar dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara. Hadir sama Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 24 Nov : Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil. 2/2015
PULAU PINANG, 24 Nov------ Pengerusi S.P.A Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Suruhanjaya Bil 2/2015 yang diadakan di Pulau Pinang. Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi tadi turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha S.P.A. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Written by Noorashikeen Mohamed on . Posted in Static Content.
Bahagian Penilaian Kompetensi
Objektif
Mengurus dan melaksanakan penilaian kompetensi secara efisien dan teratur untuk melahirkan penjawat awam yang kompeten dan berintegriti.
Fungsi
Mengurus dan melaksanakan penilaian kompetensi sebelum calon diperakukan ke peringkat temu duga iaitu:
Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)
Pusat Penilaian (Assessment Centre)
Profession Assessment Centre (PAC)
Ujian Bakat
Ujian Kompetensi Pemanduan (UKP)
Ujian Pengendalian Pemanduan Bot (UPPB)
Piagam Pelanggan
Komitmen kami ialah menguruskan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) dengan efisien dan teratur. Kami berjanji akan mengumumkan keputusan PSEE dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penilaian dijalankan.
Aktiviti Utama Bahagian Penilaian Kompetensi
Aktiviti utama Bahagian Penilaian Kompetensi berdasarkan 5 unit iaitu:
Unit Kajian & Pembangunan Instrumen:
Membangunkan item-item penilaian PSEE.
Menjalankan kajian kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian.
Membangunkan soalan Competency Based Interview (CBI) berdasarkan skim perkhidmatan dan gred jawatan.
Menguruskan Data Bank Item PSEE / PAC / CBI.
Menyelaras pelantikan ahli Jawatankuasa Penilaian Kompetensi SPA.
Mengurus dan menyelaras taklimat CBI kepada panel temu duga.
Unit Penilaian Psikometrik
Menyediakan template penilaian PSEE.
Memproses markah calon.
Menyediakan statistik pencapaian calon dalam sesuatu peperiksaan.
Menyediakan statistik berkaitan urusan peperiksaan.
Mengumumkan keputusan peperiksaan.
Unit Tadbir Urus Peperiksaan Online & PAC
Menguruskan Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).
Menjalankan konsultasi pembinaan modul Assessment Centre.
Mengurus dan menyelaras pengendalian Assessment Centre.
Menjalankan Naziran di pusat-pusat penilaian.
Menjalankan kajian penambahbaikan sistem pengendalian penilaian.
Unit Fizikal dan Pancaindera
Menguruskan pelantikan Ketua Penguji dan Penguji.
Menguruskan pengagihan calon ke Pusat Ujian Pemeriksaan.
Memberi taklimat berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
Mengadakan kursus berkaitan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
Memantau perjalanan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
Unit Pentadbiran & Sokongan
Menguruskan hal Pentadbiran dan Perkhidmatan.
Pengurusan fail-fail, surat menyurat, peralatan peperiksaan dan pejabat.
Penyediaan bajet dan tuntutan perbelanjaan dan lain-lain.
Skop Penilaian
Ujian Psikometrik
Keupayaan Kognitif
Personaliti
Kepimpinan
Integriti
Kesihatan Mental
Profession Assessment Centre
Ujian Bakat
Ujian Kompetensi Pemanduan
Ujian Pengendalian Pemanduan Bot
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan
Pemeriksaan BMI
Ujian Pengecaman Warna
Ujian Penglihatan
Ujian Kecergasan
Ujian Psikometrik merupakan satu penilaian berasaskan laporan kendiri untuk mengukur kesesuaian dari aspek keupayaan kognitif, personaliti, sikap, kemahiran dan kecenderungan bagi menentukan kesesuaian ciri seseorang calon dengan jawatan yang dimohon.
Profession Assessment Centre untuk menilai keupayaan dan potensi calon dalam aspek kepimpinan dan kerja berpasukan.
Ujian Bakat untuk menilai keupayaan dan potensi calon di dalam pelbagai bidang seni serta lain-lain aspek yang penting untuk jawatan yang memerlukan kompetensi bakat.
Ujian Kompentesi Pemanduan untuk menilai kebolehan dan kemahiran calon dalam aspek pemanduan kenderaan.
Ujian Pengendalian Pemanduan Bot untuk menilai kebolehan dan kemahiran calon dalam pengendalian bot.
Ujian Fizikal dan Pancaindera merupakan pemeriksaan seperti ukuran ketinggian, berat badan, penglihatan dan kecergasan untuk memastikan calon-calon memenuhi syarat yang ditetapkan, khususnya bagi jawatan tertentu dalam skim perkhidmatan yang mensyaratkan Ujian Fizikal dan Pancaindera.
BERITA RINGKAS 4 Mac ----- Tan Sri Arpah mempengerusikan Mesyuarat SPKP
LANGKAWI 3 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-132 di Langkawi International Convention Centre (LICC), semalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Peguam Cara Negara. Turut hadir mesyuarat berkenaan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Ketua Pendaftar dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. ----- MediaSPA
Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Bersama Pengerusi Dan Setiausaha SPA Negeri-Negeri
Johor Baru, 19 Nov ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengerusi –pengerusi dan setiausaha-setiausaha SPA Negeri yang diadakan di Persada Johor Bahru. Mesyuarat bersama pengerusi dan setiausha diadakan di sini adalah bersempena dengan Retreat Suruhanjaya, Mesyuarat bersama NGO Melayu, Perasmian kursus anjuran ASPA, Mesyuarat Suruhanjaya dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam. ------ MediaSPA
PUTRAJAYA, 6 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah mengadakan peperiksaan online bagi jawatan Perangkawan Gred E41 yang diadakan pada Jumaat. Seramai 1,917 calon telah menduduki peperiksaan yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir 10.15 malam. Turut hadir menyaksikan perjalanan peperiksaan, Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Dato' R. Segarajah sementara pusat peperiksaan pada kali ini telah diadakan di Putrajaya. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh S.P.A, keputusan akan diketahui pada Isnin Jam 12.00 tengah hari selapas Mesyuarat Suruhanjaya pada hari berkenaan. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 25 Nov : Taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
PULAU PINANG, 25 Nov------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak hari ini hadir ke taklimat oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN). Taklimat satu jam setengah yang turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya itu adalah berkaitan dengan urusan pelantikan di jabatan tersebut. Turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA
Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:
Melantik;
Mengesahkan dalam perkhidmatan;
Memberi taraf berpencen;
Menukar;
Menaikkan pangkat; dan
Menjalankan kawalan tatatertib.
ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.
Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan Awam berikut:
Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
Perkhidmatan Awam Bersama; dan
Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.
Objektif
Objektif Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
Fungsi
Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.
Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:
Semua kumpulan pegawai dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan yang dikenakan hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Jabatan;
Pegawai Kumpulan 'A' yang dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat dan pegawai Kumpulan 'D' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang yang dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Jabatan.
Menguruskan Urusan Kenaikan Pangkat:
Kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.
Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:
Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan;
Pegawai Kumpulan 'A' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis;
Pegawai Kumpulan Sokongan gred 17 dan ke atas dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:
Urusan kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam - 2 minggu.
Prima Facie bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu.
Tindakan tatatertib bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu.
Tindakan tatatertib untuk kes-kes bagi pegawai disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah atau dikenakan perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu.
Tindakan tahan kerja atau gantung kerja bagi pegawai yang menghadapi pertuduhan atau disabitkan kesalahan jenayah atau perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu.
Urusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat. - 8 minggu.
Senarai Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan:
Perlembagaan Persekutuan.
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Melaka (Pindaan) 2003.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Pulau Pinang 1997.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Sembilan 2006.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989.
Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989.
Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996.
Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perluasan Bidang kuasa) 1959.
BERITA RINGKAS 2 Okt ----- Perbincangan Prestasi Perbelanjaan SPA 2019
PUTRAJAYA 2 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman hari ini telah mengadakan perbincangan mengenai prestasi perbelanjaan SPA tahun 2019 bersama pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Turut hadir Setiausaha SPA, En. Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam. ----- MediaSPA
BERITA RINGKAS 6 Mac ----- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 Dan Sekalung Budi
PUTRAJAYA, 5 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPA Tahun 2016 dan Sekalung Budi yang diadakan di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Seramai 35 orang penerima APC telah menerima sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Terdahulu dalam ucapannya, YBhg. Tan Sri Arpah menyentuh mengenai pemilihan calon-calon APC iaitu harus mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan selain mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan. Pengerusi juga berasa amat berbangga dengan prestasi-prestasi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai SPA sepanjang tahun 2016 dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah APC. Dalam majlis yang sama juga SPA turut meraikan 3 (tiga) orang Ahli Suruhanjaya SPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan iaitu Puan Zuraidah Amiruddin, YBhg. Datuk Ir. Anjin Haji Ajik dan Tuan Haji Onn Haji Abdullah. YBhg. Tan Sri Arpah turut mengimbas kembali pencapaian SPA sepanjang tahun dan juga kenangan-kenangan bersama Ahli Suruhanjaya. YBhg. Tan Sri Arpah mengucapkan penghargaan kepada Ahli Suruhanjaya di atas segala jasa dan pengorbanan mereka sepanjang menjadi Ahli Suruhanjaya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Seri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. --- MediaSPA
Ketua Menteri Melaka Rasmi Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16
MELAKA 7 Oktober------ Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Wira Ir. Haji Idris Haji Haron hari ini telah merasmikan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Persidangan yang bermula hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah dan Pengerusi-Pengerusi S.P.A Negeri. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Hj. Naim bin Abu Bakar. Terdapat tujuh (7) kertas kerja akan dibentangkan pada kali ini iaitu "Produk 1 Malaysia Transformasi S.P.A" yang dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, "Memperkasakan Modal Insan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan" oleh Setiausaha SPP, YBhg. Dato’ Abu Bakar Othman, "Pelaksanaan Sistem Semakan Maklumat Individu" oleh Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, "Pelaksanaan Tapisan Keselamatan bagi Penjawat Awam" oleh Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan, Tuan Haji Md. Yasin Husin dan "Assessing Integrity in Personel Selection: Methods, Underlying Constructs and Potential Applications in Malaysia" oleh MIMOS. Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membentangkan kertas kerja yang akan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zakaria Haji Jaafar yang diberi tajuk "Transformasi SPRM" manakala Jabatan Peguam Negara juga akan membentangkan kertas kerjanya iaitu "Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi dalam Penjalanan Fungsi dan Kuasa Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam". Persidangan akan berakhir pada 10 Oktober 2013. ------MediaSPA
Johor Baru, 18 Nov------ Pasukan Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) menang setelah menewaskan pasukan badminton Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), 7 – 4 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium tertutup badminton di Larkin semalam. Perlawanan turut disaksikan penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam dan Datuk Bandar MBJB, Tuan Haji Abd Rahman Mohamed Dewam. Ini adalah perlawanan persahabatan ke dua dalam tempoh seminggu terdahulu pada Ahad lepas pasukan badminton S.P.A menewaskan pasukan badminton Majlis Sukan Negara 5 - 3 yang diadakan di Johor Baharu. Perlawanan persahabatan ini adalah persiapan bagi KBSPA untuk menyertai kejohanan anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hujung bulan ini. ------MediaSPA
BERITA RINGKAS 27 Nov : "Penjawat Awam diseru amalkan cara hidup sihat " Dato' Seri Arpah Abdul Razak
PUTRAJAYA, 26 Nov------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak menyeru penjawat awam supaya mengamalkan cara hidup sihat kerana berupaya meningkatkan daya tumpuan dan fokus seseorang ke atas pelaksanaan tugasan seharian. Beliau berkata demikian dalam ucapan di perhimpunan bulanan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) di Putrajaya semalam. Katanya lagi “tubuh badan yang sihat, sudah tentu akan menyumbang kepada kecerdasan emosi dan pemikiran”. Turut hadir Setiausaha S.P.A, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir serta warga S.P.A.. ------ MediaSPA