Oktober 2019 Aktiviti 2
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 28/2019
Mesyuarat Suruhanjaya Bil 28/2019



Accessibility Tools
Mesyuarat Suruhanjaya Bil 28/2019
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 555 orang dan seramai 1,208 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 11 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan lima (5) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
MELAKA, 9 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini bersama peserta Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat lawatan kerja ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Sungai Baru, Melaka. Turut sama dalam lawatan kerja itu ialah Ahli-Ahli Suruhanjaya serta Pengerusi-pengerusi S.P.A Negeri. Taklimat mengenai ALAM telah disampaikan oleh Encik David Fredrick. Pengerusi S.P.A bersama rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan ALAM dan ke Pusat Simulator Akademi Laut Malaysia. Selesai sesi lawatan kerja di akademi tersebut, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama delegasi telah membuat lawatan ke Karnival Kerjaya S.P.A yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah, Melaka. Karnival kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan adalah bersempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 16. Pengerusi S.P.A bersama Ahli-Ahli Suruhanjaya turut melawat booth pameran dan menyampaikan cenderamata kepada setiap kementerian/jabatan yang turut serta sebagai tanda kenangan. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 5/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,666 orang dan seramai 1,144 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lima (5) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan dua (2) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas tindakan tatatertib, satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sebelas (11) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
BERITA RINGKAS 27 Nov : Razak School of Government (“RSOG”) mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi S.P.A
Peristiwa bergambar.
Objektif Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat adalah untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat terlibat dalam urusan seperti berikut:
Memastikan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh berikut:
Perancangan Strategik
Merangka dan memantau perkembangan aktiviti yang telah dirancang di dalam Pelan Perancangan Strategik SPA setiap 5 tahun.
Sasaran Kerja Tahunan
Menyelaras sasaran kerja tahunan SPA dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.
Urusan Parlimen
Mengurus dan menyelaras setiap pertanyaan lisan dan bukan lisan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kajian
Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang berkaitan tentang dasar-dasar SPA.
PUTRAJAYA 17 Okt ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah menerima kunjungan hormat, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Roselindawati Abdul Rahman di Putrajaya, semalam. Satu sesi perbincangan telah diadakan yang turut dihadiri Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Ghazali Hizam dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras ----- MediaSPA
PUTRAJAYA, 8 Mac ----- Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada hari ini, satu acara pelepasan (flag off) peserta kayuhan berbasikal anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) telah diadakan di peringkat Kompleks C, Putrajaya pagi tadi. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan SPA dan pegawai-pegawai sekitar Kompleks C. Terdahulu dari itu Dato’ Seri Zainal dan Tan Sri Arpah meluangkan masa untuk melawat booth International Bazaar Ride 2017 bertemakan “Be Bold For Change”, di perkarangan Blok C10, Kompleks C. Seramai hampir 200 peserta yang terdiri dari wanita pelbagai peringkat usia telah menyertai acara kayuhan berbasikal dan motosikal skuter. MediaSPA
MELAKA, 10 Oktober ------ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun hari ini telah merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ke 16 yang diadakan di Hotel Holiday Inn, Melaka. Terdahulu, Pengerusi S.P.A YBhg. Tan Sri Mahmood Adam bersama peserta persidangan telah menimbang dan meluluskan rumusan persidangan seterusnya mengadakan sesi dialog. Sementara itu, Negeri Kedah akan menjadi tuan rumah Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kali ke 17 yang akan diadakan di Langkawi pada tahun 2014. Dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau mengucapkan terima kasih kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kerana memberi layanan yang baik kepada peserta dan pasangan disepanjang persidangan yang bermula pada Isnin lepas. ------ MediaSPA
Johor Baru, 19 Nov ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) telah mengadakan sesi interaksi dan Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam yang diadakan di Stadium Tertutup Bandaraya Johor Baharu hari ini. Majlis turut dihadiri ketua-ketua Jabatan Persekutuan, NGO dan orang ramai di sekitar Johor Baharu. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam dan turut dihadiri Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Satu sesi taklimat kerjaya untuk murid-murid sekolah sekitar Johor Baharu turut diadakan. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015
Kuala Lumpur, 10 Feb ------ Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Kejohanan Badminton 2015 yang berlangsung di di Dewan Komuniti Sentul, Kuala Lumpur. Kejohanan yang bermula Isnin hingga Khamis ini disertai 27 pasukan dari Kementerian dan Jabatan serta agensi. Kelab Badminton S.P.A (KBSPA) turut menghantar dua (2) pasukan. Penaung KBSPA, Tan Sri Mahmood Adam malam tadi turut hadir manyaksikan perlawanan yang disertai oleh pasukan S.P.A ------ MediaSPA
Memastikan kelancaran perjalanan Mesyuarat Suruhanjaya, Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib, Mesyuarat Rayuan Kenaikan Pangkat, Mesyuarat Khas dan Urusan Perkhidmatan Ahli Suruhanjaya.
Mengurus dan memastikan urusan Mesyuarat Suruhanjaya sentiasa berjalan dengan lancar dan memastikan Pakej Mesyuarat akan dihantar 24 jam sebelum mesyuarat bermula.
PUTRAJAYA 18 Okt ----- Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Peperiksaan dipilih menerima anugerah khas Pengerusi SPA yang diumumkan di Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2019 pada Jumaat lepas. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan dan komitment Bahagian ini dalam meningkatkan kualiti dan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Terdahulu Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan bakal pesara. Turut diraikan ialah pentadbir pusat temu duga yang telah berkhidmat bersama SPA. Penghargaan jasamu dikenang turut diberikan kepada pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu Allahyarhamah Azura Zainal dan Allahyarham Munir Mansor. Pengerusi SPA juga mengilhamkan anugerah Pegawai Berketerampilan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Manakala Mohd. Zamrin Kassim dan Nur Izwani Azman dari Bahagian Pengambilan Khas, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati SPA. Turut hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, En Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA ----- MediaSPA
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 8/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 408 orang dan seramai 1,118 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 10 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 15 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.
S.P.A, 11 Oktober ------ Penaung Kelab Badminton S.P.A, YBhg Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton S.P.A yang muncul juara dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton MAKSWIP 2013 yang diadakan di dewan Pusat Komuniti, Sentul Perdana, Kuala Lumpur malam tadi. “ Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain badminton yang memenangi kejohanan ini, saya juga amat berbangga dengan kejayaan ini, dan sudah tentu pasukan kita (S.P.A) akan menjadi kuasa baru dalam arena badminton yang dianjurkan oleh MAKSWIP selepas ini” . Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaikan sijil serta insentif berupa wang tunai kepada semua pemain. Hadir sama Presiden Kelab badminton S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Presiden Encik Zainal Abidin Ahmad. Ini adalah merupakan kemenangan pertama badminton S.P.A sejak ditubuhkan dua (2) bulan lepas dan terus mincul juara yang menewaskan pasukan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang merupakan pasukan terkuat sejak sekian lama dan muncul juara melebihi 15 kali dalam arena badminton, anjuran MAKSWIP. ------ MediaSPA
Peristiwa bergambar.
Lawatan Mr. Kishimoto Ke S.P.A
PUTRAJAYA, 13 Feb ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) telah menerima kunjungan daripada Mr. Kishimoto, head of educational department, civil servant training centre, National Personnel Autority Of Japan, petang semalam. Mr.Kishimoto yang ingin mengetahui mengenai urusan Pengambilan, Peperiksaan, Urusan Naik Pangkat dan Tatatertib telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Timbalan Pengerusi, Dato' R. Segarajah serta pegawai-pegawai kanan. ------ MediaSPA