Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2015 Aktiviti 14

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 415 orang dan seramai 624 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, empat (4) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. 

 

Continue reading

Mac 2017

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 14

  • Tan Sri Mahmood Adam Sampaikan Surat Tawaran Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam


    KUCHING, 30 Oktober ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah menyampaikan surat tawaran pelantikan, pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Majlis yang diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuching, Sarawak semalam turut dihadiri oleh Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Turut hadir wakil pegawai dari Kementerian dan Jabatan Negeri Sarawak. Seramai 122 orang calon telah hadir untuk menerima surat tawaran bagi jawatan Juruaudit Gred W41, Jururawat Gred U29, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27, Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred J29, Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dan Pegawai Bomba Gred KB17. -----  MediaSPA

 

 
 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 9 Dis : Taklimat Oleh KEMAS

    LANGKAWI, 9 Dis ------ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini telah menyampaikan taklimat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) yang diadakan di Langkawi International Convention Centre (LCC). Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah KEMAS, Dato’ Hassan Mohd Amin turut dihadiri Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

November 2019

Continue reading

April 2017 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 10/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 1,264 orang dan seramai 2,783 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 20 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Oktober 2013 Aktiviti 15

  • Mesyuarat SPKP Di Kuching Sarawak


    KUCHING, 31 Oktober ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-122 di Kuching, Sarawak. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi S.P.A, yang juga merupakan Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara Malaysia, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta dua orang YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara dan YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Suruhanjaya telah menimbang dan membuat keputusan bagi urusan Pelantikan, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Penamatan Pemangkuan Pegawai Undang-Undang termasuk perkara-perkara dasar berkaitan perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Selain itu, kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan Suruhanjaya. ------  MediaSPA

 

 
 

Continue reading

Disember 2015 Aktiviti 9

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41 Tahun 2015

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 41/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 685 orang dan seramai 2,625 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga belas (13) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seorang (1) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Tatatertib, enam (6) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan sepuluh (10) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 

Continue reading

April 2017 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13 Tahun 2017

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 13/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 675 orang dan seramai 1,287 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 14 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 19 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

September 2013 Aktiviti 1

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 32 Tahun 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 32/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan tiga (3) kertas tindakan tatatertib dan sebelas (11) Kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 252 orang dan seramai 994 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 15 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan.

 
 

Continue reading

Sertai Kami !!!