Februari 2014 Aktiviti 11
-
BERITA BERGAMBAR 15 Feb ---- Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Di Kuching SarawakPeristiwa bergambar.



Accessibility Tools



Tan Sri Mahmood Adam Pengerusikan Mesyuarat Pra Suruhanjaya Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 26 Feb ------ Pengerusi S.P.A, Tan Sri Mahmood Adam pagi ini telah mempengerusikan mesyuarat Pra Suruhanjaya di pusat temu duga S.P.A Jalan Cenderasari Kuala Lumpur. Mesyuarat yang bermula sebentar tadi turut dihadiri Setiausaha Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad serta pegawai-pegawai kanan. Terdahulu ketibaan Tan Sri Mahmood disambut oleh Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA



Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42 Tahun 2015
Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 42/2015 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,643 orang dan seramai 2,468 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan belas (18) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas Tatatertib, lapan (8) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tiga belas (13) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



PUTRAJAYA, 5 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min serta pegawai-pegawai Kanan KKM. Satu sesi perbincangan turut diadakan bersama Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak . Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad dan pegawai-pegawai kanan SPA. Antara topik perbincangan adalah mengenai isu-isu pengambilan calon untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan termasuk isu berkaitan dengan pelantikan secara kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41. MediaSPA



SPA 10 September ------ Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A), YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran pelantikan untuk mereka yang berjaya dalam temu duga bagi jawatan yang dipohon dan surat pengesahan perkhidmatan kepada penjawat awam yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Majlis yang diadakan di Dewan Temu duga, Aras 6 itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg. Dato’ R.Segarajah, Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta wakil-wakil Jabatan. Dalam ucapan yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, beliau berharap agar calon yang dilantik ini dapat menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang baik dalam perkhidmatan awam negara. Beliau juga berharap calon-calon yang dilantik ini memenuhi ciri-ciri yang diperlukan memandangkan proses temu duga yang dijalankan oleh S.P.A adalah berkualiti, telus dan sistematik. Di akhir majlis, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam meluangkan masa beramah mesra bersama penjawat awam yang baharu dilantik dan seterusnya mengadakan Sidang Media bersama wartawan yang hadir membuat liputan. ------MediaSPA





Peristiwa bergambar.












Lim Mooi Eia Setiausaha S.P.A Yang Baharu Mulai Esok
PUTRAJAYA, 26 Feb ------ Lim Mooi Eia dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) yang baharu bermula esok (Jumaat) yang menggantikan Datuk Ramli Juhari kerana bersara wajib pada hari ini. Pengumum rasmi kepada warga S.P.A telah dibuat oleh Pengerusi, Tan Sri Mahmood Adam dalam ucapan di perhimpunan bulanan yang diadakan di Putrajaya petang tadi. Manakala jawatan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) di isi oleh Salmah Idris juga berkuat kuasa esok. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood, beliau mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan ucapan selamat bersara kepada Datuk Ramli Juhari. Lim Mooi Eia adalah merupakan Setiausaha S.P.A yang ke 18. Terdahulu di majlis perhimpunan itu juga warga S.P.A turut diperkenalkan dengan pemain-pemain yang menjuarai Kejohanan Badminton MAKSWIP 2015 serta pengumumam mengenai perlawanan peringkat MAKSAK yang akan disertai oleh pemain-pemain badminton S.P.A bermula esok. ------ MediaSPA







BERITA RINGKAS 25 Dis : S.P.A Sertai Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015M
SERDANG, 24 Dis ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (S.P.A) antara 11 ribu peserta yang menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Kebangsaan Tahun 1437/2015M yang diadakan di Taman Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang semalam. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Salmah Idris, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Abdullah Tahir. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan dan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul. ------ MediaSPA






Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 14/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 5,306 orang dan seramai 2,970 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 40 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tujuh (7) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan lima (5) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 26 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



S,P.A, 11 September ------ Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Ismail Haji Mohamed Said telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Ketibaan beliau bersama pegawai-pegawai kanan disambut oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan seterusnya mengadakan perbincangan di bilik Mesyuarat Pengerusi. Perbincangan yang berlangsung selama 25 minit itu turut dihadiri Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Dollah. ------MediaSPA


Peristiwa bergambar.












PERISTIWA BERGAMBAR 27 Feb : Perjumpaan Setiausaha Dengan Pengerusi S.P.A
Peristiwa bergambar.

Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2017 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 993 orang dan seramai 2,465 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, lapan (8) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga (3) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu Suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.



S,P.A, 12 September ------ Azri Alwan dari Bahagian Pengambilan muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Talentime S.P.A 2013 yang diadakan di dewan temu duga S.P.A Putrajaya malam tadi. Beliau yang membawakan lagu bertajuk “Kehilangan” yang di popularkan oleh penyanyi Firman telah menewaskan 11 peserta lain. Tempat kedua dimenangi oleh Rosli Choh dari Bahagian Pengurusan yang juga memenangi kategori vokal terbaik, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Suhaimi Ismail yang juga menang dalam kategori persembahan terbaik. Seramai 12 peserta yang terdiri dari warga S.P.A bersaing dalam pertandingan Talentime sempena bulan Kemerdekaan 2013. Peserta telah diadili oleh juri professional iaitu Jaffar Abdul Rahman atau (JARI) dan Leonard Yeap Lin Soon. Pemenang menerima hadiah wang tunai serta piala iringan yang telah disampaikan oleh Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Turut hadir Setiausaha S.P.A, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ------ MediaSPA





PERISTIWA BERGAMBAR 1 Mac : Kursus Tips Dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam Di Putrajaya
Peristiwa bergambar.
