| KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PENGUATKUASAAN MARITIM |
| KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
| SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
-
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T8: RM2,710.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Sains Nautikal, Sains Samudera, Pengajian Kelautan (Maritime Studies) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T8: RM2,867.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T8: RM2,867.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T8: RM3,024.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T8: RM3,338.00); atau
dan
- mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
|
| SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
| SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
3. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Leftenan Muda Maritim Gred T8, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
-
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
- lulus Peperiksaan Khas;
- Diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah; dan
- had umur pelantikan;
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
| PENETAPAN GAJI PERMULAAN |
: |
4. |
Gaji permulaan yang lebih tinggi dari minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. |
| TEMPOH PERCUBAAN |
: |
5. |
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun. |
| LATIHAN |
: |
6. |
- Leftenan Muda Maritim Gred T8 lantikan terus adalah dikehendaki mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
- Leftenan Muda Maritim Gred T8 yang memasuki perkhidmatan melalui Peningkatan Secara Lantikan boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan.
|
| GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN |
: |
7. |
Leftenan Muda Maritim Gred T8 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melantik atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. |
| PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
8. |
Leftenan Muda Maritim Gred T8 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus Program Transformasi Minda dan lulus Peperiksaan Undang-Undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Pekhidmataan. |
| PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
9. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah.
|
| PERGERAKAN GAJI TAHUNAN |
: |
10. |
Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. |
| KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI |
: |
11. |
Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan untuk kenaikan pangkat. |
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT LEFTENAN MADYA MARITIM GRED T9 |
: |
12. |
Leftenan Muda Maritim Gred T8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Leftenan Madya Maritim Gred T9 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT LEFTENAN MARITIM GRED T10 |
: |
13. |
Leftenan Madya Maritim Gred T9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Leftenan Maritim Gred T10 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT LEFTENAN KOMANDER MARITIM GRED T11 |
: |
14. |
Leftenan Maritim Gred T10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Leftenan Komander Maritim Gred T11 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOMANDER MARITIM GRED T12 |
: |
15. |
Leftenan Komander Maritim Gred T11 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Komander Maritim Gred T12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KEPTEN MARITIM GRED T13 |
: |
16. |
Komander Maritim Gred T12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Kepten Maritim Gred T13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT LAKSAMANA PERTAMA MARITIM GRED T14 |
: |
17. |
Kepten Maritim Gred T13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Laksamana Pertama Maritim Gred T14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya untuk memegang jawatan yang lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.
|
| KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
18. |
Laksamana Pertama Maritim Gred T14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |