| Taraf Latihan |
: |
Diploma |
| Sesi Pengambilan |
: |
April dan Oktober setiap tahun. Catatan: sesi pengambilan bulan Januari dan bulan Julai telah dipinda kepada kepada sesi pengambilan bulan April dan bulan Oktober. Takwim terkini berkuat kuasa mulai pengambilan sesi Oktober 2026. |
| Tempoh Latihan |
: |
Tiga (3) tahun |
| Tempat Latihan |
: |
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
- Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)
- Institut Latihan KKM Alor Setar (Pembantu Perubatan)
|
| Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat SPM/setaraf |
: |
Pilihan 1 i. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam: a. Bahasa Melayu; b. Matematik/Matematik Tambahan; c. Biologi; d. dua (2) subjek lain; dan ii. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
ATAU
Pilihan 2 i. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam: a. Bahasa Melayu; b. Matematik/Matematik Tambahan; c. Kimia; d. dua (2) subjek lain; dan ii. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam: a. Biologi; serta b. Bahasa Inggeris.
ATAU
Pilihan 3 i. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam: a. Bahasa Melayu; b. Matematik/Matematik Tambahan; c. Fizik; d. dua (2) subjek lain; dan
LAMPIRAN 3
ii. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam: a. Biologi; serta b. Bahasa Inggeris.
ATAU
Pilihan 4 i. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam: a. Bahasa Melayu; b. Matematik/Matematik Tambahan; c. Sains; d. dua (2) subjek lain; dan ii. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Catatan: Syarat minimum kelayakan akademik pada peringkat SPM seperti di atas telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) KKM bagi pengambilan pelatih ke ILKKM sahaja.
|
| Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 |
: |
- Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
- Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Penolong Pegawai Perubatan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
- Pemohon PSB hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
|
Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia