Jun 2014 Aktiviti 6
- BERITA BERGAMBAR 4 Jun ---- Taklimat Pelupusan Rekod
![](/images/Arkib/Galeri/2014/Aktiviti6_1_jun_.png?1738800121697=)
![](/images/Arkib/Galeri/2014/Aktiviti6_2_jun_.png?1738800121697=)
![](/images/Arkib/Galeri/2014/Aktiviti6_3_jun_.png?1738800121697=)
![](/images/Arkib/Galeri/2014/Aktiviti6_4_jun_.png?1738800121697=)
![](/images/Arkib/Galeri/2014/Aktiviti6_5_jun_.png?1738800121697=)
Accessibility Tools
KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) petang ini telah mengadakan perjumpaan bersama SPA Negeri Sabah. Delegasi dari SPA Malaysia telah diketuai oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari serta pegawai-pegawai kanan. Ketibaan delegasi disambut oleh Pengerusi SPA Negeri Sabah YBhg. Datuk Ismail Awang Besar. Satu taklimat dari SPA Negeri telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Iamail Awang Besar di Pejabat SPA Negeri di Kota Kinabalu. ----- MediaSPA
SPA, 23 Februari ------ Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, mengarahkan semua Penolong Setiausaha (PSU) supaya melihat semula e-Rulling dan mengemukakan cadangan penambahbaikan. ”Semua PSU-PSU hendaklah melihat semula e-Rulling atau apa-apa peraturan yang difikirkan perlu diubah dan kemukakan cadangan jika difikirkan perlu dibuat penambahbaikan”. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Peperiksaan di Dewan Temu Duga SPA di aras 6, semalam. Turut hadir, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, dan Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia. Terdahulu dari itu dalam ucapannya, beliau meminta supaya pegawai-pegawai bawahan turut melibatkan diri dalam menyumbang idea-idea supaya matlamat organisasi tercapai. Di akhir majlis, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Bowling Tertutup SPA 2011. ------ MediaSPA
SPA, 31 Julai ------- Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan jersi rasmi S.P.A kepada pemain Badminton Kebangsaan, Mohd. Zakri Latif yang akan menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos depan. Mohd Zakri akan menyarung jersi yang tertera nama "SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM" dan menjadi pakaian rasmi beliau sepanjang kejohanan tersebut. Dalam majlis ringkas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi sebentar tadi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd. Zakri dan menasihati beliau agar menjaga displin dan nama baik negara. Mohd. Zakri akan ke Guangzhou pada Jumaat ini dan akan ditemani jurulatih Razif Sidek. ------ MediaSPA.
KUALA LUMPUR, 6 Jun ------ Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini berkata, apabila seseorang itu dilantik sebagai kakitangan kerajaan mestilah patuh kepada peraturan-peraturan dan terikat kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Beliau berkata demikian dihadapan 97 orang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang baru menerima surat lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A). Katanya lagi, Pegawai Tadbir Dan Diplomatik juga adalah menjadi tulang belakang kepada kerajaan. Turut hadir dimajlis ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad. Hadir Sama Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Pengarah INTAN Dato’ Dr . Mazlan Yusoff serta pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis yang diadakan di Auditorium INTAN Bukit Kiara, berakhir sebentar tadi. ------ MediaSPA
KOTA KINABALU 20 November----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan sesi Retreat Suruhanjaya. Sesi Retreat Bil 3/2012 yang bermula malam tadi hingga Rabu ini dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato' Segarajah Ratnalingam, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sementara itu pada malam tadi, SPA telah mengadakan mesyuarat mingguan Suruhanjaya Bil 38/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. ----- MediaSPA
PAHANG, 29 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengadakan Kursus Compentency Based Interview Technique (CBI), anjuran ASPA di Awana Genting Golf and Country Resort. Kursus 3 hari yang bermula Isnin lepas, telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA. Turut hadir Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Mengulas mengenai kursus CBI yang berakhir hari ini, Dato’ Lamien Sawiyo berkata ”Kursus CBI ini merupakan satu usaha SPA untuk meningkatkan tahap profesionalisma Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai SPA yang terlibat dengan urusan temu duga supaya urusan temu duga yang kita jalankan ini, lebih mantap dan lebih berkesan untuk mencari calon-calon yang terbaik memasuki perkhidmatan awam”. Mengulas mengenai temu duga yang dijalankan oleh SPA sebelum ini beliau berkata, ” di masa-masa yang lepas mungkin kita tidak menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan menggunakan pengalaman-pengalaman yang lepas, jadi ini mungkin berbeza diantara seseorang penemu duga dengan seseorang yang lain, tapi melalui kaedah yang sama ini (CBI), kita boleh mengurangkan perbezaan yang luas diantara satu penemu duga dengan penemu duga, dan dengan ini kita akan dapat satu calon yang unggul untuk menganggotai perkhidmatan awam”. Terdahulu dari itu YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, yang menjalankan fungsi Pengerusi SPA, telah menyampaikan sijil-sijil penyertaan dari Omni View Consultancy (M) Sdn. Bhd kepada peserta yang hadir. ------ MediaSPA