Syarat Umum
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 19 ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
Boleh memohon tertakluk memenuhi syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, pemohon yang merupakan graduan Diploma Kejururawatan dan/atau Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian hendaklah memiliki kelayakan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pendaftaran-pekerjaan-spa9).
Pemohon boleh merujuk kepada syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tidak layak. Pemohon boleh merujuk kepada syarat permohonan bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.