Latihan Separa Perubatan
LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL
Pengenalan
Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.
Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan April dan bulan Oktober. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)
Catatan: sesi pengambilan bulan Januari dan bulan Julai telah dipinda kepada kepada sesi pengambilan bulan April dan bulan Oktober. Takwim terkini berkuat kuasa mulai pengambilan sesi
Oktober 2026.
- SYARAT KELAYAKAN UMUM
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
- SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON
- Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
- berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
- Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
- berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
- disahkan dalam perkhidmatan;
- telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun; dan
- mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang daripada 85% bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun tanpa Cuti Tanpa Gaji).
- Pemohon merupakan PSB dalam mana mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
- berumur tidak melebihi 45 tahun pada sesi pengajian semasa;
- disahkan dalam perkhidmatan;
- telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun; dan
- mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Penilaian Prestasi Tahunan tidak kurang daripada 85% bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun tanpa Cuti Tanpa Gaji).
- Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
- SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
Berikut merupakan senarai 10 jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:
- SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:
(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
FAQ
Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.
a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil - 2 tahun
b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma - 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.
Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.
Tidak layak kerana dasar ‘One Step Lower’ menetapkan kelayakan akademik tertinggi bagi pemohon Latihan Separa Perubatan adalah sehingga Diploma/setaraf (pautan ke Pendaftaran Pekerjaan SPA9)
Sila rujuk kepada Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan mengenai syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.