Accessibility Tools

Skip to main content

Tindakan Tatatertib Am

Tindakan Tatatertib Am

2. Adakah pegawai yang telah dihadapkan Surat Pertuduhan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat boleh bersara daripada perkhidmatan awam?

Tidak boleh. Tempoh perkhidmatan pegawai itu disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur persaraan dan dikira cuti tanpa gaji sehingga tindakan tatatertib itu diputuskan.

5. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan tetapi telah melakukan kesalahan tatatertib?

Tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan:

a) Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib; atau
b) Ketua Jabatan boleh tidak memperakukan pengesahan dalam perkhidmatan pegawai dalam Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] kepada Pihak Berkuasa Melantik.

6. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan jika pegawai memperoleh sijil sakit palsu?

Berdasarkan Surat Edaran rujukan JPA.(S)TT 343 Jld.2(67) bertarikh 26.3.2010 – Tindakan Tatatertib Ke Atas Pegawai Awam Yang Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu Atau Meminda Sijil Cuti Sakit, jika didapati sijil cuti sakit yang dikemukakan adalah palsu atau dipinda, tindakan berikut hendaklah diambil:

a) melucutkan hak emolumen pegawai pada hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti;
b) membuat laporan Polis sekiranya sijil cuti sakit berkenaan diperoleh daripada sindiket menjual sijil cuti sakit; dan
c) mengambil tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai kerana berkelakuan tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(f) dan (g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

7. Jika Urus Setia Tatatertib mendapati terdapat kesilapan dalam surat pertuduhan terhadap seseorang pegawai, apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh Urus Setia?

Jika surat pertuduhan belum disampaikan kepada pegawai, surat pertuduhan baharu boleh dikeluarkan dan surat pertuduhan lama hendaklah dibatalkan.

Jika surat pertuduhan telah dikeluarkan dan pegawai telah mengemukakan representasi, Lembaga Tatatertib perlu dimaklumkan mengenai kesilapan tersebut sebelum Lembaga Tatatertib membuat keputusan terhadap kes tatatertib pegawai.

8. Bagaimana kaedah untuk menyediakan surat pertuduhan yang jelas dan tepat?

Surat Pertuduhan boleh mengandungi lebih daripada satu pertuduhan.

Setiap pertuduhan hendaklah mempunyai satu kesalahan sahaja. Fakta yang dipertuduhkan perlu jelas, terperinci dan spesifik yang mengandungi antara lain jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat kesalahan tersebut berlaku serta
peraturan yang berkaitan dengan kesalahan.

Contohnya, jika pegawai dituduh tidak hadir bertugas, maklumat spesifik seperti tarikh-tarikh tidak hadir bertugas dan tempat bertugas perlu dinyatakan dalam surat pertuduhan.

9. Alamat yang manakah perlu digunakan untuk penyediaan dan penyerahan Surat Pertuduhan?

Mengikut Peraturan 52(1), P.U.(A) 395/1993, pegawai hendaklah memberikan Ketua Jabatan alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu bagi maksud penyampaian notis atau dokumen berkaitan.

Serahan apa-apa dokumen tatatertib dibuat kepada pegawai menggunakan alamat kediaman terakhir yang dimaklumkan/ diberikan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan.

10. Apakah kaedah penyerahan Surat Pertuduhan?

Mengikut Peraturan 52(2), P.U.(A) 395/1993, apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang ditinggalkan di, atau diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah ke alamat bagi penyampaian yang diberikan di bawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sempurna kepada pegawai itu.

Surat Pertuduhan boleh dipos atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah seperti menyerahkan secara kediri kepada pegawai. Sekiranya serahan dibuat menggunakan Pos Berdaftar, serahan dianggap lengkap apabila akuan penerimaan ditandatangani oleh pegawai.

12. Siapakah yang menganggotai Lembaga Tatatertib sesuatu jabatan/kementerian?

Mengikut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 jadual. Pengerusi – Ketua Jabatan/Ketua Bahagian Ahli I – Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Pengarah (Pegawai yang paling kanan selepas Pengarah) Ahli II - Seseorang pegawai P&P yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

13. Bagaimana kaedah untuk melantik Pengerusi ganti Lembaga Tatatertib?

Pelantikan jawatan tersebut perlu dibuat oleh KSN seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3, P.U.(A) 396/1993.

Your message here