Accessibility Tools

Skip to main content

Latihan Separa Perubatan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN BERTARAF SIJIL

Pengenalan

Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam Perkhidmatan Awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan diadakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan bulan Januari dan bulan Julai. Terdapat dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 Tahun)

  1. SYARAT KELAYAKAN UMUM
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    3. Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    4. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
      (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

  2. SYARAT KELAYAKAN KHUSUS MENGIKUT KATEGORI PEMOHON
    1. Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
      1. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
    2. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
      1. berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
      2. telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
      3. mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
    3. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
      1. berumur tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
      2. telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
      3. mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
        (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
  1. SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
    Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

FAQ

Your message here