Taraf Latihan |
: |
Diploma |
Sesi Pengambilan |
: |
Januari dan Julai setiap tahun |
Tempoh Latihan |
: |
- Tiga (3) tahun bagi calon Lantikan Terus
- Satu (1) tahun bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat
|
Tempat Latihan |
: |
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Sandakan (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh
- Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
|
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat SPM/setaraf |
: |
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
- Dua (2) subjek lain; serta
- Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
|
Syarat permohonan bagi calon PSL dari Jururawat Masyarakat |
: |
- Berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
- Pegawai sedang berkhidmat tetap sebagai Jururawat Masyarakat dan telah disahkan dalam perkhidmatan serta telah berkhidmat sekurang- kurangnya tiga (3) tahun berturut-turut serta lengkap berkhidmat selama 36 bulan tanpa Cuti Tanpa Gaji (CTG); dan
- Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SPM(V) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
|
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 |
: |
- Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
- Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Jururawat di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
- Pemohon PSB dan PSL hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
|
Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia