Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Pembantu Khidmat Am Gred H1

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji
Gaji Minimum


:

RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

      (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

    4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

    dan

    1. Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b)).
    1. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
    2. Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
    3. Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia; atau
    4. Bagi tugas pengendalian dandang, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berkebolehan mengendalikan loji pembakaran dalam 40-100 kuasa kuda atau loji stim/dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan; atau
    5. Bagi tugasan menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PANDUAN PENDAFTARAN DI DALAM SPA9 (UNTUK CALON) : 3.
  • Pilihan jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1 di dalam SPA9 adalah seperti senarai berikut:
    (i) Pembantu Khidmat Am Gred H1*
    (ii) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am)
    (iii) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
    (iv) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Operator Loji)
    (v) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am dan Menyelamat)
    *melibatkan urusan pengambilan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri
    Perlis, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka mengikut keperluan semasa.

  • Bagi permohonan jawatan Pembantu Khidmat Am berdasarkan bidang pengkhususan yang berbeza iaitu Am/Pemanduan/Operator Loji/Am dan Menyelamat, pemohon hendaklah memastikan pendaftaran jawatan ini dibuat mengikut susunan keutamaan pada menu “Jawatan Dimohon” -> “SPM/SPMV/SVM (Gred 1)”. Susunan keutamaan ini akan menentukan pertimbangan Suruhanjaya bagi maksud pelantikan ke dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada calon hendaklah memenuhi syarat pelantikan yang sedang berkuat kuasa.

    • Contoh:
      Encik Ali bin Abu paling meminati jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan) diikuti dengan Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am), Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Operator Loji) dan Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am dan Menyelamat). Oleh itu, dalam permohonan SPA9, Encik Ali bin Abu hendaklah memastikan susunan pendaftaran jawatan ini dibuat mengikut turutan keutamaan seperti
      contoh berikut:
      1. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan);
      2. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am);
      3. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Operator Loji);
      4. Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am dan Menyelamat)

  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan adalah dipaparkan di dalam Sistem SPA9 secara integrasi data dengan MyJPJ.
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
  • Lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan adalah dipaparkan di dalam Sistem SPA9 secara integrasi data dengan MyJPJ.
  • Pemohon dengan kelayakan perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
  • Pemohon dengan kelayakan Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
Ringkasan Tugas Utama Mengikut Bidang Pengkhususan   4.

(i) Pembantu Khidmat Am Gred H1
Mengikut fungsi tugas Pembantu Khidmat Am Gred H1 yang akan ditetapkan oleh
Kementerian/Jabatan berkaitan.


(ii) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am)
Melibatkan tugas am untuk kelancaran operasi pejabat yang akan ditetapkan oleh
Kementerian/Jabatan berkaitan.


(iii) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Pemanduan)
Melibatkan tugas am untuk kelancaran operasi pejabat dan tugas khas
pemanduan/pengendalian kren yang akan ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan
berkaitan.


(iv) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Operator Loji)
Melibatkan tugas am untuk kelancaran operasi pejabat dan tugas khas pengendalian
dandang yang akan ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan berkaitan.


(v) Pembantu Khidmat Am Gred H1 (Am dan Menyelamat)
Melibatkan tugas am untuk kelancaran operasi pejabat dan tugas khas menyelamat
yang akan ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan berkaitan.

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024

Penghuraian Kerja Perkhidmatan Pembantu Khidmat Am di Portal Rasmi JPA
(https://www.jpa.gov.my/skim-perkhidmatan)