Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada Institut Latihan Perhutanan Sabah atau Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
:
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9
:
3.
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Renjer Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024