Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Penjaga Jentera Elektrik Gred J1

Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Kementerian Kerja Raya

Jadual Gaji
Gaji Minimum


:

RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

    Gaji permulaan di Gred J1 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:

    A0/A1                                          :      RM1,561.00

    A4-2/A4-1/A4                       :      RM1,622.00

    B0-2/BO-1/B0/B1/B4        :      RM1,683.00

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
  • Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.
 Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
Your message here