Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Laskar Kelas II Maritim Gred T1

Klasifikasi Perkhidmatan : Penguatkuasaan Maritim
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jadual Gaji

Gaji Minimum

 

:

 

RM1,500.00

Gaji Maksimum

:

RM4,780.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

:

RM100.00

Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,590.00); atau

    2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,590.00); atau

    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,653.00); atau

    4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,716.00).

dan

  1. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    1. tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;
    2. berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;
    3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    4. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    5. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran di Dalam SPA9 : 3.
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.

  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024
Your message here