Recruitment Process Glossary
RECRUITMENT PROCESS
NO. | WORD | DEFINITION |
---|---|---|
1. | Call Circular | Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan |
NO. | TERM | DEFINITION |
---|---|---|
1. | CFS | Contract for Service (CFS):- CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. |
2. | COS | Contract Of Service (COS):- COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu: I. Peruntukan OS11000 – Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA. II. Peruntukan OS29000 – Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan. |
3. | eCR | Sistem Change Request:- Sistem Change Request (eCR) dibangunkan bagi memudahkan pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuat aduan berkaitan sistem yang digunakan di SPA. Sistem ini merekodkan semua urusan penyelenggaraan aduan dan segala pemakluman berkaitan aduan melalui e-mail yang dijana secara automatik. Sistem eCR juga menjana beberapa laporan yang berkaitan untuk kegunaan dan rujukan bahagian-bahagian dan ianya boleh dicetak. Sistem ini turut membenarkan pengguna untuk menyemak status aduan lama dan baru yang telah dilaksanakan. |
4. | eKS | Sistem Kertas Suruhanjaya Elektronik :- Sistem yang digunakan untuk memaparkan kertas-kertas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. |
5. | eSISRAF | Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam: - Sistem yang diselia oleh MQA ( Agensi Kelayakan Malaysia) bagi menyemak status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam. |
5. | eSMSM | Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik :- Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) telah dibangunkan sejak tahun 1996 bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjalankan fungsi lantikan ke perkhidmatan awam. SMSM merupakan satu sistem pengurusan pengambilan kakitangan ke perkhidmatan awam yang bersepadu. Sistem ini merangkumi keseluruhan proses urusan pengambilan bermula daripada proses pendaftaran calon hingga ke proses tawaran. |
6. | eTapis | Tapisan keutuhan melalui 6 agensi (SPRM/ JPA/ Insolvensi/ JPN/ PDRM/ CGSO/AADK) berkaitan Semakan Kewarganegaraan, Bangkrup, Rekod Jenayah, Rasuah, Dadah, Tatatertib Buang Kerja |
7. | eVetting | Permohonan tapisan keselamatan kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan |
8. | JPA | Jabatan Perkhidmatan Awam |
9. | JSKT | Jawatan Sementara Kontrak Tetap (15 tahun) |
10. | KPSU | Ketua Penolong Setiausaha |
11. | KPT | Ketua Pembantu Tadbir |
12. | LFM | Lembaga Farmasi Malaysia |
13. | LT | Lantikan Terus : - Calon yang belum berkhidmat di Kementerian/ Jabatan sebagai Tetap/ Sementara/ COS/CFS/ PSH |
14. | LTD | Lembaga Temu Duga :- Lembaga Temu Duga terdiri daripada Panel-panel yang dilantik untuk menjalankan urusan temuduga sesuatu perjawatan berdasarkan permohonan Kementerian/Jabatan. |
15. | MMC | Malaysia Medical Council ( MQA) / Majlis Perubatan Malaysia :- Antara fungsi Majlis Perubatan Malaysia adalah untuk memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta Perubatan 1971 secara adil dan berkesan. |
16. | MQA | Malaysian Qualifications Agency (MQA) / AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA :- Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA adalah badan berkanun di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Kelayakan Malaysia 2007 untuk memberi akreditasi program akademik yang disediakan oleh institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan pasca menengah atau lebih tinggi dan memudahkan pengiktirafan dan artikulasi kelayakan |
17. | MyGIM | Aplikasi permarkahan temu duga :- Antara objektif MyGIM ialah menyediakan platform kepada Pengerusi / Wakil Jabatan untuk membuat pengisian markah temu duga secara online,mempercepatkan proses penghantaran perakuan secara online dan Proses pemarkahan dibuat secara telus dan sistematik. |
18. | PB | Perkara Berbangkit : - Urusan / perkara berbangkit yang memerlukan pertimbangan/keputusan hasil daripada Mesyuarat Suruhanjaya SPA. |
19. | PBM | Pihak Berkuasa Melantik |
20. | PG | Bahagian Pengambilan |
21. | PK | Bahagian Pengambilan Khas |
22. | PLP | Penyata Lembaga Permulaan : - Kertas Cadangan yang disediakan untuk menetapkan asas tapisan pemilihan calon mengikut keperluan Kementerian/ Agensi. |
23. | PPA | Pegawai Perhubungan Awam |
24. | PPT | Penolong Pegawai Tadbir |
25. | PSB | Pegawai Sedang Berkhidmat : - Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dengan Jabatan/Agensi/Kementerian dibawah Kerajaan Malaysia secara tetap atau kontrak. |
26. | PSH | Pegawai Sambilan Harian : - Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal) |
27. | PSL | Peningkatan Secara Lantikan : - Pegawai yang telah lulus peperiksaan khas yang ditetapkan dan boleh dinaikkan pangkat namun masih perlu menjalani tapisan temuduga yang sama bersama calon PSB(Pegawai sedang Berkhidmat) dan Orang Awam. |
28. | PSU | Penolong Setiausaha |
29. | PSUK | Pejabat Setiausaha Kerajaan |
30. | PT | Pembantu Tadbir |
31. | SPA | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam |
32. | STP | Sistem Tawaran Pelantikan |
33. | SU | Setiausaha |
34. | SUB | Setiausaha Bahagian |
35. | Tapisan Akhir | Tapisan yang melibatkan CGPA/ Bidang/ Umur/ Jantina yang diperlukan oleh Kementerian/ Jabatan |
36. | Tapisan Awal | Tapisan mengikut skim perkhidmatan |
37. | TK | Tingkat Keutamaan / Ranking |
38. | TSU(P) | Timbalan Setiausaha (Pengambilan) |
REGISTRATION PROCESS
NO. | WORD | DEFINITION |
---|---|---|
1. | SPA9 | Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia |
NO. | TERM | DEFINITION |
---|---|---|
1. | eSMSM | Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik |
2. | KIV | Dalam Pemerhatian |
3. | PG | Bahagian Pengambilan, SPA |
4. | PK | Bahagian Pengambilan Khas, SPA |
5. | DG | Bahagian Digital dan Informatik, SPA |
6. | SPADATA | SPA Database |