Accessibility Tools

Skip to main content

Terma Dan Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  • Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan;
  • Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  • Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  • Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.

 

Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Continue reading

Latar Belakang

Latar Belakang

Sejarah Penubuhan

a

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

  • Fungsi

    Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

    1. Melantik
    2. Mengesahkan dalam perkhidmatan
    3. Kemasukkan ke dalam jawatan berpencen
    4. Menaikkan pangkat
    5. Menukar
    6. Menjalankan kawalan tatatertib

    Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

  • Tugas

    Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

    PELANTIKAN
    Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan.

    PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
    Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

    PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
    Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

    PERTUKARAN PERKHIDMATAN
    Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

    KENAIKAN PANGKAT
    Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

    KAWALAN TATATERTIB
    Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

  • Visi, Misi, Motto, Objektif dan Ikrar

    VISI

    Menjadi pihak berkuasa melantik yang berintegriti, dinamik dan profesional dalam urusan pelantikan dan urusan perkhidmatan penjawat awam.

    MISI

    Melantik penjawat awam yang berintegriti dan kompeten melalui penilaian yang holistik dan melaksanakan urusan perkhidmatan penjawat awam secara cekap dan berkesan.

    MOTTO

    Mudah, Cepat dan Tepat.

    OBJEKTIF

    Memastikan fungsi melantik, mengesah, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.

    IKRAR

    Ikrar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan:

    Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan;
    Berpegang teguh kepada ajaran agama;
    Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
    Komited kepada pelaksanaan program kualiti;
    Melaksanakan kepimpinan melalui teladan;

    Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah:

    Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;
    Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan;
    Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif;
    Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan;
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.

Continue reading

Ahli Suruhanjaya

Ahli Suruhanjaya

YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus

Pengerusi

YBhg. Datuk Zohari bin Said

Timbalan Pengerusi

YBhg. Dato' Dr. Haji Azman bin Abu Bakar

YBhg. Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar

YBhg. Dato' Nor Inchun binti Mohamed Salleh

YBhg. Datu Kameri bin Affandi

YBhg. Datuk Hajah Masnah binti Matsalleh

YBrs. Tuan S Letchumanan A/L Shanmgam

YBrs. Dr. Anis bin Mahmud@Abdul Samad

YBrs. Dr. Hishamuddin bin Mohd Hashim

YBhg. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman

YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad

YBhg. Dato' Normazli binti Abdul Rahim

YBhg. Dato' Tan Kang Sai

Continue reading

Carta Organisasi

Carta Organisasi

YBhg. Datuk Ikhbal Hanam bin Mukras

Setiausaha SPA

Puan Sharenawane binti Hussin

Timbalan Setiausaha Pengambilan

Encik Mansor bin Abd Hamid

Timbalan Setiausaha Perkhidmatan

Joyce Evelyn Ejau

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengambilan

Bazarul Mazni bin Baharuddin

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengambilan Khas

Dr. Azura binti Hamdan

Setiausaha Bahagian
Bahagian Penilaian Kompetensi

Zalehah binti Muyet

Setiausaha Bahagian
Bahagian Digital dan Informatik

Shafril Azmi Bin Shaharin

Setiausaha Bahagian
Bahagian Perkhidmatan

Azra Haida Binti Baharom

Setiausaha Bahagian
Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib

Norma Aizan binti Che Man

Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan

Ismawati binti Ibrahim

Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Perhubungan Korporat

Mohammad Nasrol bin Mat Nasir

Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan dan Perkhidmatan Awam Negeri

Wan Zulhazmi bin Wan Yusof

Setiausaha Bahagian
Bahagian Urus Setia Mesyuarat

Farzi bin Ahmad

Setiausaha Bahagian Urus Setia
Cawangan Sabah

Suriani binti Saruji

Setiausaha Bahagian Urus Setia
Cawangan Sarawak

Salwa binti Mhd Asrar

Penasihat Undang-Undang

Mohd Akmal bin Ahmad

Pegawai Integriti

Continue reading

Alamat & Telefon SPA

Alamat & Telefon

Alamat Pejabat

Ibu Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000

Peta Lokasi

2.944974,101.710007

   

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: +6088 488922
Faks: +6088 488920

6.028397,116.118087

   

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching, Sarawak
Telefon: +6082 240011
Faks: +6082 246545

1.532767,110.359266

   

Continue reading

Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman web yang lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Continue reading

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Continue reading

Penafian

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.

Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini termasuk semua rekaan, teks, gambar, ilustrasi, bahan media dan kandungan untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

 

Continue reading

Punca Kuasa

Punca Kuasa SPA

Punca Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Fungsi SPA

Bil. Punca Kuasa
1. Perlembagaan Persekutuan – Bahagian X (Perkhidmatan -Perkhidmatan Awam);
2. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 1957;
3. Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2017 ; dan
4. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

Continue reading

Hari Kerjaya SPA

Hari Kerjaya SPA


Hari Kerjaya SPA

Merupakan program bersemuka di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang dijalankan secara tahunan. Program ini akan dianjurkan dalam skala yang kecil di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Objektif

  1. Menjadikan program Hari Kerjaya SPA sebagai langkah mewujudkan budaya layanan mesra pelanggan.
  2. Memberi peluang kepada orang awam di lokasi penganjuran mendapatkan maklumat secara terus / bersemuka berkenaan dengan urusan-urusan di bawah SPA.
  3. Memupuk minat di kalangan orang awam untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai bidang kerjaya.
  4. Memberikan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai tatacara permohonan jawatan secara online.
  5. Memberikan taklimat kepada orang awam mengenai tips dan panduan menghadiri temuduga dan peperiksaan online.

Pengisian Program

1. Taklimat kerjaya oleh pegawai-pegawai SPA mengenai permohonan jawatan dalam Perkhidmatan Awam meliputi :

  1. Panduan memohon jawatan melalui sistem SPA.
  2. Panduan persediaan ujian online atau fizikal di bawah SPA.
  3. Tips dan panduan menghadiri temu duga SPA.

2. Kaunter Khidmat Nasihat SPA meliputi;

  1. Semakan Permohonan Jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan (Matrikulasi, Diploma dan Ijazah).
  2. Semakan Permohonan Jawatan Pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil): Memberikan maklumat dan panduan mengenai permohonan jawatan pelaksana (PMR, SPM, SKV, SVM, Sijil).
  3. Panduan peperiksaan online dan fizikal di bawah SPA.
  4. Panduan pengisian permohonan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
  5. Lain-lain urusan melibatkan khidmat nasihat di bawah SPA.

3. Pameran info dan maklumat di bawah SPA.

Penyertaan

Hari Kerjaya SPA adalah terbuka untuk disertai terutama kepada pelajar dan pencari pekerjaan yang berminat untuk memohon pekerjaan di bawah bidang kuasa SPA. Maklumat penganjuran Hari Kerjaya SPA akan diwar-warkan melalui Portal Rasmi SPA dan media sosial SPA terutamanya di FB SPA.

Jangan lepaskan peluang. Dapatkan tips, panduan dan maklumat secara terus dengan SPA. Kenali SPA dengan lebih dekat dan jelas.

#carikerjaSPA, #SPAdanAnda dan #seharibersamaSPA

Continue reading

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Ketua Pegawai Digital (CDO)

Nama : Puan Sharenawane Binti Hussin
E-mel : sharenawane@spa.gov.my
Telefon : 03-8091 9005

Peranan dan tanggungjawab Ketua Pegawai Digital (CDO)

1. Bertanggungjawab kepada Setiausaha SPA dalam melaksanakan tugas-tugas dan keperluan yang melibatkan teknologi digital.

2. Meneraju inisiatif pendigitalan di SPA melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.

3. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.

4. Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di SPA berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.

5. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus SPA sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.

6. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) SPA dengan:

a. Memastikan PSP SPA selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
b. Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) SPA tersedia.
c. Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.

7. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.

Continue reading

Glosari

Glosari

Urusan Pengambilan

BIL. DEFINISI PERKATAAN PENERANGAN
1. Call Circular Garis Panduan Permohonan Pengisian Kekosongan Jawatan

 

BIL. SINGKATAN PENERANGAN
1. CFS Contract for Service (CFS):-
CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.
2. COS Contract Of Service (COS):-
COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:

I. Peruntukan OS11000 – Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.

II. Peruntukan OS29000 – Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan.
3. eCR Sistem Change Request:-
Sistem Change Request (eCR) dibangunkan bagi memudahkan pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuat aduan berkaitan sistem yang digunakan di SPA. Sistem ini merekodkan semua urusan penyelenggaraan aduan dan segala pemakluman berkaitan aduan melalui e-mail yang dijana secara automatik. Sistem eCR juga menjana beberapa laporan yang berkaitan untuk kegunaan dan rujukan bahagian-bahagian dan ianya boleh dicetak. Sistem ini turut membenarkan pengguna untuk menyemak status aduan lama dan baru yang telah dilaksanakan.
4. eKS Sistem Kertas Suruhanjaya Elektronik :-
Sistem yang digunakan untuk memaparkan kertas-kertas pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
5. eSISRAF Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam: -
Sistem yang diselia oleh MQA ( Agensi Kelayakan Malaysia) bagi menyemak status pengiktirafan Kerajaan untuk tujuan perlantikan perkhidmatan awam.
5. eSMSM Sistem Mengambil Sepanjang Masa Elektronik :-
Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) telah dibangunkan sejak tahun 1996 bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menjalankan fungsi lantikan ke perkhidmatan awam. SMSM merupakan satu sistem pengurusan pengambilan kakitangan ke perkhidmatan awam yang bersepadu. Sistem ini merangkumi keseluruhan proses urusan pengambilan bermula daripada proses pendaftaran calon hingga ke proses tawaran.
6. eTapis Tapisan keutuhan melalui 6 agensi (SPRM/ JPA/ Insolvensi/ JPN/ PDRM/ CGSO/AADK) berkaitan Semakan Kewarganegaraan, Bangkrup, Rekod Jenayah, Rasuah, Dadah, Tatatertib Buang Kerja
7. eVetting Permohonan tapisan keselamatan kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
8. JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
9. JSKT Jawatan Sementara Kontrak Tetap (15 tahun)
10. KPSU Ketua Penolong Setiausaha
11. KPT Ketua Pembantu Tadbir
12. LFM Lembaga Farmasi Malaysia
13. LT Lantikan Terus : -
Calon yang belum berkhidmat di Kementerian/ Jabatan sebagai Tetap/ Sementara/ COS/CFS/ PSH
14. LTD Lembaga Temu Duga :-
Lembaga Temu Duga terdiri daripada Panel-panel yang dilantik untuk menjalankan urusan temuduga sesuatu perjawatan berdasarkan permohonan Kementerian/Jabatan.
15. MMC Malaysia Medical Council ( MQA) / Majlis Perubatan Malaysia :-
Antara fungsi Majlis Perubatan Malaysia adalah untuk memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta Perubatan 1971 secara adil dan berkesan.
16. MQA Malaysian Qualifications Agency (MQA) / AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA :-
Agensi Kelayakan Malaysia atau MQA adalah badan berkanun di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Kelayakan Malaysia 2007 untuk memberi akreditasi program akademik yang disediakan oleh institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan pasca menengah atau lebih tinggi dan memudahkan pengiktirafan dan artikulasi kelayakan
17. MyGIM Aplikasi permarkahan temu duga :-
Antara objektif MyGIM ialah menyediakan platform kepada Pengerusi / Wakil Jabatan untuk membuat pengisian markah temu duga secara online,mempercepatkan proses penghantaran perakuan secara online dan Proses pemarkahan dibuat secara telus dan sistematik.
18. PB Perkara Berbangkit : -
Urusan / perkara berbangkit yang memerlukan pertimbangan/keputusan hasil daripada Mesyuarat Suruhanjaya SPA.
19. PBM Pihak Berkuasa Melantik
20. PG Bahagian Pengambilan
21. PK Bahagian Pengambilan Khas
22. PLP Penyata Lembaga Permulaan : -
Kertas Cadangan yang disediakan untuk menetapkan asas tapisan pemilihan calon mengikut keperluan Kementerian/ Agensi.
23. PPA Pegawai Perhubungan Awam
24. PPT Penolong Pegawai Tadbir
25. PSB Pegawai Sedang Berkhidmat : -
Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dengan Jabatan/Agensi/Kementerian dibawah Kerajaan Malaysia secara tetap atau kontrak.
26. PSH Pegawai Sambilan Harian : -
Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3, Tahun 2011 (Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian), membawa maksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal)
27. PSL Peningkatan Secara Lantikan : -
Pegawai yang telah lulus peperiksaan khas yang ditetapkan dan boleh dinaikkan pangkat namun masih perlu menjalani tapisan temuduga yang sama bersama calon PSB(Pegawai sedang Berkhidmat) dan Orang Awam.
28. PSU Penolong Setiausaha
29. PSUK Pejabat Setiausaha Kerajaan
30. PT Pembantu Tadbir
31. SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
32. STP Sistem Tawaran Pelantikan
33. SU Setiausaha
34. SUB Setiausaha Bahagian
35. Tapisan Akhir Tapisan yang melibatkan CGPA/ Bidang/ Umur/ Jantina yang diperlukan oleh Kementerian/ Jabatan
36. Tapisan Awal Tapisan mengikut skim perkhidmatan
37. TK Tingkat Keutamaan / Ranking
38. TSU(P) Timbalan Setiausaha (Pengambilan)

Continue reading

Tender & Sebut Harga

Tender & Sebut Harga

Tawaran Tender / Sebut Harga

Harap Maaf. Tiada tawaran tender / sebut harga buat masa ini.

Keputusan Tender / Sebut Harga

Sebut Harga/ Tender Nama Syarikat Harga Tawaran (RM)
Perolehan Perkhidmatan Pemasangan, Pengkonfigurasian, Pengujian Dan Pelaksanaan Serta Penyediaan Kepakaran Teknikal Aplikasi Untuk Sistem Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Secara Dalam Talian (Online) Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Pocket Data (M) Sdn. Bhd.

324,990.00

Harap Maaf. Tiada keputusan tender / sebut harga buat masa ini.

Continue reading

Panduan Temuduga

Temu Duga

Panduan Temu Duga

  • Persiapan Menghadiri Temuduga

    Semasa hadir temu duga:

      1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

        1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
        2. SPM/ SPMV/ SVM;
        3. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
        4. skrol dan transkrip akademik bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
        5. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
        6. skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
        7. slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
        8. surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
        9. Kad Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
        10. sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
        11. sijil kegiatan luar;
        12. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan seperti di Lampiran A - Pengesahan Ketua Perkhidmatan dan juga Lampiran D - Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan , LNPT terakhir calon untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun. Dokumen LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan/ Kementerian sebelum dibawa oleh calon ke pusat temu duga; dan
        13. salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
      2. Anda juga dikehendaki:

        1. melengkapkan resume di pautan MyResume;
        2. memuat naik:
          1. gambar, MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
          2. sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
          3. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
        3. membawa senarai semak temu duga daripada sistem MyResume serta pengiktirafan kelayakan akademik daripada MQA, Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam. Sekiranya kelayakan dalam negara yang dicari tidak ditemui, mohon rujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk carian lanjut; dan
        4. mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
      3. Kegagalan tuan/puan untuk mematuhi perkara 1, 2, mengemukakan maklumat palsu serta kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti di LAMPIRAN A boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
      4. Tuan/Puan hanya dibenarkan berada di pusat temu duga tidak lebih awal 30 minit dari masa yang dijadualkan bagi tujuan penjarakan sosial.
      5. Sila cetak Surat Pengesahan Panggilan Temu Duga bagi menghadiri urusan temu duga ini.
  • Surat Panggilan

    Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel dan semakan di Portal Rasmi SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Latihan Separa Perubatan) di Direktori Emel/Telefon Pegawai SPA atau layari Portal Rasmi SPA di www.spa.gov.my.

  • Tips Temuduga SPA

Continue reading

Your message here