KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
KEWANGAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
-
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau
- lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00); atau
- lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA9: RM3,020.00).
[Senarai Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(a)(ii) adalah seperti di Lampiran B11B].
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN AKAUNTAN GRED WA12, WA13 ATAU WA14 |
: |
3. |
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Akauntan Gred WA12, WA13 atau WA14 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2;
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli MIA;
- memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; dan
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WA12: RM5,530.00/ Gaji permulaan ialah pada Gred WA13: RM6,210.00/ Gaji permulaan ialah pada Gred WA14: RM6,560.00).
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN |
: |
4. |
Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Penolong Akauntan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Akauntan Gred WA9, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan
- had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
5. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
6. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA10 |
: |
7. |
Akauntan Gred WA9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- Ahli MIA; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
|
8. |
Akauntan Gred WA9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- Ahli MIA; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT GRED WA9 KE GRED WA12 DALAM KEADAAN ISTIMEWA |
: |
9. |
Akauntan Gred WA9 yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan dan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke jawatan Akauntan Gred WA12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA12 |
: |
10. |
Akauntan Gred WA10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- Ahli MIA; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
|
11. |
Akauntan Gred WA10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- Ahli MIA; dan
- memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA13 |
: |
12. |
Akauntan Gred WA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA13 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- Ahli MIA;
- keutamaan diberikan kepada pegawai yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
|
13. |
Akauntan Gred WA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- Ahli MIA;
- memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED WA14 |
: |
14. |
Akauntan Gred WA13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA14 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- Ahli MIA;
- keutamaan diberikan kepada pegawai yang memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
|
15. |
Akauntan Gred WA13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred WA14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan;
- memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- Ahli MIA;
- memperoleh kelayakan Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
16. |
Akauntan Gred WA14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Akauntan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2019 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2018). |