Chief Digital Officer (CDO)
Article available only in Malay language.
Peranan dan tanggungjawab CDO
- Bertanggungjawab kepada Setiausaha SPA dalam melaksanakan tugas-tugas dan keperluan yang melibatkan teknologi digital.
- Meneraju inisiatif pendigitalan di SPA melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di SPA berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus SPA sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.
- Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) SPA dengan:
- Memastikan PSP SPA selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan.
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) SPA tersedia.
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
- Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.