Attending Interview
Â
- Semasa hadir temu duga:
-
Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:
- MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
- SPM/ SPMV/ SVM;
- STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
- skrol dan transkrip akademik bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
- Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
- skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
- slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
- surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
- Kad Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
- sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
- sijil kegiatan luar;
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan di pautan: https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terakhir calon untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun. Dokumen LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan/ Kementerian sebelum dibawa oleh calon ke pusat temu duga; dan
- salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
-
Anda juga dikehendaki:
- melengkapkan resume di pautan MyResume;
- memuat naik:
- gambar, MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
- sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
- skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
- membawa senarai semak temu duga daripada sistem MyResume serta pengiktirafan kelayakan akademik daripada MQA, Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam. Sekiranya kelayakan dalam negara yang dicari tidak ditemui, mohon rujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk carian lanjut; dan
- mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
- Kegagalan tuan/puan untuk mematuhi perkara 1, 2, mengemukakan maklumat palsu serta kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti di LAMPIRAN A boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
- Tuan/Puan hanya dibenarkan berada di pusat temu duga tidak lebih awal 30 minit dari masa yang dijadualkan bagi tujuan penjarakan sosial.
- Sila cetak Surat Pengesahan Panggilan Temu Duga bagi menghadiri urusan temu duga ini.
-