Attending Interview

 

  • Semasa hadir temu duga:
    1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

      1. MyKad/ Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak;
      2. SPM/ SPMV/ SVM;
      3. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan;
      4. skrol dan transkrip akademik bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain (jika berkenaan);
      5. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik (jika berkenaan) bagi calon yang belum memperolehi skrol Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
      6. skrol dan transkrip akademik untuk Ijazah Sarjana Muda bagi calon yang memiliki kelayakan Sarjana/ Doktor Falsafah;
      7. slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
      8. surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
      9. Kad Orang Kurang Upaya/ surat pengesahan berdaftar dengan eKasih (jika berkenaan);
      10. sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
      11. sijil kegiatan luar;
      12. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan di pautan: https://www.spa.gov.my/spa/panduan/kelayakan/pegawai-sedang-berkhidmat-psl), LNPT terakhir calon untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun. Dokumen LNPT hendaklah dilakri oleh Jabatan/ Kementerian sebelum dibawa oleh calon ke pusat temu duga; dan
      13. salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2011 (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
    2. Anda juga dikehendaki:

      1. melengkapkan resume di pautan MyResume;
      2. memuat naik:
        1. gambar, MyKad, Sijil Kelahiran, Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
        2. sijil SPM/ SPMV/ SVM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Politeknik/ Sijil daripada Institusi yang berkaitan; dan
        3. skrol dan transkrip bagi pemegang Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana dan Doktor Falsafah serta status pengiktirafan kelayakan akademik sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan; serta
      3. membawa senarai semak temu duga daripada sistem MyResume serta pengiktirafan kelayakan akademik daripada MQA, Sijil/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah (jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam. Sekiranya kelayakan dalam negara yang dicari tidak ditemui, mohon rujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) untuk carian lanjut; dan
      4. mematuhi etika pemakaian untuk menghadiri temu duga.
    3. Kegagalan tuan/puan untuk mematuhi perkara 1, 2, mengemukakan maklumat palsu serta kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard seperti di LAMPIRAN A boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
    4. Tuan/Puan hanya dibenarkan berada di pusat temu duga tidak lebih awal 30 minit dari masa yang dijadualkan bagi tujuan penjarakan sosial.
    5. Sila cetak Surat Pengesahan Panggilan Temu Duga bagi menghadiri urusan temu duga ini.