Guru Bahasa Gred DG41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
- Jadual Gaji:
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,188.00 | RM9,552.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN : | ||
1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |
(a) | warganegara Malaysia; | |
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
(c) | ijazah sarjana muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,289.73). |
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||
2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan | |
DESKRIPSI TUGAS : | ||
Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar. | ||