Juruukur Bahan Gred J41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Jadual Gaji:
Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
RM2,529.00 | RM9,643.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN : | ||
1. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: | |
(a) | warganegara Malaysia; | |
(b) | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan | |
(c) | ||
(i) | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan | |
(ii) | berdaftar sebagai Juruukur Bahan Siswazah dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00) |
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU | ||
2. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. | |
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN | ||
3. | Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bahan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bahan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: | |
(a) | ||
(i) | mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau | |
(ii) | lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Juruukur Bahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan | |
(b) | had umur pelantikan:
|
|
DESKRIPSI TUGAS : | ||
Membuat kerja-kerja penilaian ukur bahan ke atas pelan-pelan untuk tawaran, kontrak, penilaian kontrak dan lain-lain tugas berkaitan. | ||