KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERUBATAN DAN KESIHATAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U9: RM2,580.00).
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA |
: |
3. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
4. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U10 |
: |
5. |
Pegawai Dietetik Gred U9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U12 |
: |
6. |
Pegawai Dietetik Gred U10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U13 |
: |
7. |
Pegawai Dietetik Gred U12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED U14 |
: |
8. |
Pegawai Dietetik Gred U13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Dietetik Gred U14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
9. |
Pegawai Dietetik Gred U14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
DESKRIPSI TUGAS |
: |
- Perkhidmatan Dietetik Klinikal
- Melaksanakan langkah-langkah dalam nutrition care process seperti nutritional prescription, nutrition monitoring and evaluation bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
- Perkhidmatan Dietetik Komuniti
- Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
- Penyediaan Perkhidmatan Makanan
- Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau tube feeding yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
- Latihan
- Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
- Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.
|
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Dietetik yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2021 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021). |